6 Dec 2011

Love Drunk

Minggu ni banyak sungguh jemputan kenduri kawin. Jadi aku menjadi peneman setia untuk pergi makan nasi minyak free. Indahnya dapat bergosip pasal decoration pelamin, baju pengantin, pasangan pengantin tu secocok kah?, berapa ribu duit hantaran, katering kat mana dan bla..bla..bla, tersenyum aku dengar makcik2 bergosip. 


Tak sangka mamat tu ada pertalian darah dengan aku
Langkah bendul betul. Aku pun tak kawin lg


Kalau dah mabuk bercinta sampai ke pelamin dari buat benda bukan2. Rupa paras dah tak penting lagi janji hati dah suka. Esok kalau hati dah tak suka "ceraikan aku !". Siapa pun kalau dilamun cinta mula dengar lagu2 tangkap leleh ciptaan Eddie Hamid macam lagu Halimah Jonggang takpun band jiwang yang bermula dengan huruf S contohnya Spring, Scoin, Spoon, Slam, Spin, Siti Nurhaliza pun boleh la.


With my Mak Chaq at Pinang Court, Sungai Pinang, Penang


Bila dah lamun cinta automatik jadi stalker. Bukak Fesbok orang yang kita angau semata-mata nak tengok status hubungan. Bila angau mula nak jadi gatal terlebih. Hormon pun tak betul. Najis mutawasitoh tu. Bila orang cakap 'makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah' sebenarnya tak boleh nak menggambarkan orang tu sedang dilamun cinta. Sebab tu la orang dulu2 handal membuat sajak cinta walaupun sekolah pondok je. Jika mengalami simptom2 berikut, anda sebenarnya sedang dilamun cinta, bukannya demam panas seperti yang doktor kata. Anyway aku tiba2 diserang demam pulak harini. Tak bermakna aku demam sebab rindukan si dia, mamat tu pun demam jugak. Alahai ~~

3 Dec 2011

Berlakon Dalam Final Projek

Gara-gara terlalu banyak menonton movie jadi terikut-ikut. Nak kena lempang baru sedar lepas tu pura-pura menangis. Tak payah nak hidup dalam kepura-puraan atau berlakon. Jadi diri sendiri okay. Orang kata, kalau kita kongsi makanan, hubungan akan lebih mesra. Tapi jangan percaya sangat. Kemesraan lebih kepada saling mempercayai dan hormat menghormati. Setakat kongsi minuman coke dengan boyfriend memang nampak sweet. Opss kantoi pulak ! Kalau kita pandai jaga hubungan sesama kawan, kita makan dalam pinggan asing-asing pun masih boleh kekal lama persahabatan tu. So kawan jom kita kawan sampai berkedut.



Sebabnya aku banyak tengok perangai orang-orang sekeliling. Tak kira kawan rapat, kawan sekolah, jiran takpun kawan kolej. Aku pun tak faham kat fb bertegur sapa tapi kat luar masing-maing takut nak tegur, takut nak senyum ada yang buat-buat tak kenal. Satu je kelemahan aku, aku susah nak senyum kat orang takut tak dapat feedback, mana tau orang tu tengah badmood ke memang confirm tak senyum. Tak bermakna aku sombong. Jadi untuk sem baru aku taknak sombong dengan senior junior. So, jangan jadi manusia yang hidup dalam kepura-puraan. 



Sebelum tu jom layan behind the scene project final Digital Audio Video (DAV). Ceh kalah pelakon bollywood. Aku jadi heroin kot. Jeng..jeng..jeng






p/s: Susah sebenarnya nak jaga hati orang !! once perasaan kita dipermainkan, sampai bila-bila kita ada bad impression kat orang tu. Jadi kita haruslah berpura-pura kononnya takda apa-apa. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com