6 Feb 2013

Tips Awet Muda Cara Mudah


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Harini nak share Tips Awet Muda Cara Mudah . Dah breakfast? Aku baru je balik dari breakfast dengan kakak2 staf. Harini dorang ada buat minum-minum memandangkan staf-staf Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK) datang kursus di KMPP. Kalau belom breakfast cepat-cepat la makan.



Lawakan?



Bagaimana nak awek muda? Sebabnya kat sini kak-kak banyak yang awet muda. Walaupun dah ada anak. Amat penting menjaga penampilan diri agar nampak marketable di depan orang lain. Ada beberapa cara yang mudah taw :)


  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Boleh amalkan petua Rasullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  • Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

  • Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. In Shaa Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik seperti Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/rambut yang dipotong/gugur. Sunat memotong kuku bermula dari tangan kanan.

  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

  • Jangan bawa masalah hingga ke waktu tidur.

  • Hindari sifat dengki & cemburu.

  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

  • Jangan tinggal solat. Kerana air wudhu' yang terkena wajah 5 kali sehari adalah pencuci muka paling berkesan.

  • Hindari diri dari merokok.

  • Senyum selalu. Pemanis wajah nie.

  • Maafkan semua orang sebelum tidur.

  • Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:


“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”


3 Feb 2013

Lelaki Ketika Jatuh Cinta



Entry ini ditujukan khas untuk golongan wanita...
Ladies, pernah bertanya apa yang dirasakan oleh seorang lelaki ketika dia jatuh cinta? Seperti daku dahulu pernah bertanya kepada bekas kekasih dan dia menjawab betapa indahnya perasaannya ketika itu.


Adakah dia juga selalu memikirkanmu seperti kamu selalu memikirkannya 24jam?


Adakah dia juga selalu menunggumu online selama berjam-jam seperti kamu lakukan?


Adakah dia selalu merindukanmu seperti kamu merindukan dia sepanjang waktu?


Adakah dia mengingat hal-hal kecil yang kamu ucapkan untuk dia?




Wanita,

Lelaki tak akan memikirkanmu 24jam, tapi dia jelas memilikimu dalam hatinya.


Lelaki memang terkadang sengaja menunggumu online, meskipun terkadang tak mengucapkan sepatah kata.


Lelaki selalu tersenyum ketika memikirkanmu, tetapi lelaki juga berusaha untuk tak terlalu menunjukkan betapa dia senang berbicara padamu.

Lelaki, ketika tulus mencintaimu, akan selalu memikirkanmu. Dia ingin menghabiskan semua waktunya bersamamu.


Lelaki tak memikirkan dan mengingat hal-hal kecil yang kamu ucapkan, lelaki memikirkan segala hal yang kamu katakan.


Lelaki, sekiranya dia mulai tulus mencinta, tak ada cara baginya untuk berhenti mencinta, meski kamu dan dia tak lagi bersama. 


Lelaki, setiap kali bertemu pasangan yang tengah jatuh cinta, akan selalu mengingat wanita yang dicintainya dan membayangkan jika pasangan tersebut adalah dirinya dan wanita yang dicintainya.


Lelaki, ketika tulus mencinta, akan selalu mengingat segala hal tentang wanita yang dicintainya, cara  kamu berjalan, caramu berdandan, caramu berbicara, tersenyum, tertawa dan caramu bersedih.


Tapi sayangnya mereka akhirnya melepaskan ia pergi tanpa sebarang kata... mungkin tak pernah tahu untuk menghargai..


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com