4 Apr 2019

Makan Wendy Di Design Village Outlet Mall, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Makan Wendy Di Design Village Outlet Mall, Penang | Burger Sedap Wendy's | Wendy's fames dengan menu burgernya. Tapi ada juga menu lain seperti nachos, ayam goreng, bubur etc. Untuk ayam goreng boleh pilih spicy atau original. Spicy boleh tahan pedas macam ayam McD. Should try!
 
 
Comel tanpa ada jerawat macam mcd banyak jerawat
 
Kalau dah masuk Design Village, habis duit untuk shopping. Maceh bf belanja, jadi nina tak tau harga
 

 
Asal usul Wendy's yang ditubuhkan pada 1969 di Columbus, Ohio, US. Branch pertama Malaysia di Sunway Piramid. Wendy's rangkaian ke-3 terbesar kategori hamburger fast food chain di belakang McD dan Burger King. Kalau perasan logo Wendy's ada budak girl rambut merah, ianya anak founder yang ke 4 nama Melinda Lou Wendy Morse.
 
 
 
Bf pilih Double Mushroom Melt (Beef), boleh nampak cheese meleleh

Nina pilih Mushroom Melt (Chicken), lembut roti dan patty tebal, moist dan creamy.






Apa yang best bukan setakat burger tapi suasana di restoran ala US. Lighting terang, clean lines, ada variety tempat duduk yang selesa, high-top tables dan high-top counter, free wifi etc. Nak makan pun senang tak perlu bersesak-sesak macam McD, KFC. Bagi nina, Wendy's antara burger paling best dan sedap. Cuma ayah sorang penggemar McD, katanya fries ada rasa masin dari fries Wendy's. Bagi nina itu ok sebab boleh jaga kesihatan.

 
 
Cheese leleh keluar

 
 
Rahsia resepi Wendy's ialah made-to-order policy. Setiap burger akan dibuat once pelanggan order. Best makan panas-panas, sama macam Texas Chicken! Wajib cuba menu chili nachos, review kata best. Tapi nina belum cuba lagi. Setakat ni di Penang ada 2 branch, di Design Village Outlet Mall dan hentian Juru (boleh drive thru).
  

3 Apr 2019

Si Dia Bawa Jumpa Family Dan Celebrate Birthday Di Halab Penang

Assalamualaikum Readers 
 
 
Makanan Arab Di Halab Penang | Makan Sedap Di Penang | Bila Boyfriend Bawa Jumpa Keluarga | Entri 3 in 1 jelah, semua ada. Perempuan yang normal mestilah 'kecut perut' bila teman lelaki nak kenalkan dengan parents dia. Sempena hari lahir bf yang ke 27, niat dia nak kenalkan nina sekaligus mengeratkan silaturahim. Ya ampun, hanya Allah yang tau hati ni berdebar-debar, macam nak ambil ujian jpj. Haha..
 
 
 
Bangunan pub dahulu dah jadi restoran Arab
 
Nganga tunggu makanan
 
Sembang apa pun tak tau lah. Adik bf no 3
 

Bang aji ni malam tu pulak semua gambar dia snap jadi blur. Gemuruh jugak ke macam mana


 
Entri belon [klik], nina ada mention surprisekan birthday bf. Sweet angat-angat. Tak pernah lagi buat kerja gitu. Masih ingat lagi tahun 2011/12 bf ada jemput ke open house rumahnya tapi disebabkan takda rasa cinta maka nina abaikan. Hingga birthday nina [klik] tahun lepas baru kami jumpa semula selepas 8 tahun, di restoran yang sama parents dan adik bf juga makan disitu (dorang fikir kami couple, tak declare pun). Sob.. sob.
 
 

Lupa dah air apa tapi ada lemon
 
Happy Birthday! Dah kawen baru boleh tayang muka dalam social media
 
Best dan bersih, nak makan dalam kena book dulu sebab ramai. Kang jenuh beratur sampai luar jalan
 
Nak makan di luar pun boleh, kalau hujan habis
 

 
17 Feb 2019, di Halab. Kami jumpa, duduk makan sambil sembang. Mama dan abahnya bertanyakan soalan macam-macam. Alhamdulillah, walaupun awkward, segan tapi going smooth. Nasib baik semuanya friendly, boleh sembang macam-macam. Next is improve my cooking skill! Haha.. Mamanya nak menantu pandai masak (nanti nina share 1st resepi untuk mama bf). Ok meh nak share buku menu depa. Rambang mata.
 
 
 
Lets go to the food ! Yeahh.. first time makan di Halab. Sebelum ni bangunan resto tu pub. Sejak viral di Penang, resto middle eastern ni dah crowded dengan semua bangsa. Apa yang best, menu menarik dan sedap! Portion besar gedabak dan harga yahudi affordable. Rata-rata yang makan sini mesti certain meja ada sambut birthday (otherwise the waiter will play and sing the song). Meh nina share menu-menu dan makanan yang diorder malam tu. Tak habis makan.
 
 

Main course nasi arab, portion besar
 
Tak tau nak kata. Haha
 
Nice tengok pasta arab
 
Jangan percaya gambar. Ingat kecik sekali mai besaq
 
Makaroni sedap!
 
Kambing sedap
 
Sesuai makan ramai-ramai

Not bad ada western
Wajib cuba tea panas arab, sedap juga
 
Kalau blur kena zoom
 
Meriahnya dessert

Crepe pun sedap

Tea arab


Lama tak isap. Zaman remaja memang suka


Mushroom soup ala pizza hut
 


Jadi, yang ada di Penang atau nak cuti kat sini semata-mata nak makan masukkan dalam list! Waiter arab pun ada yang handsome. Hehehe.. Apa pun terima kasih buat family bf sebab sudi jumpa nina dan belanja makan, walaupun segan sampai tak habis makan. Haha..
 
 
 
HALAB PENANG
 
 
Alamat : 381, Chulia St, 10200 George Town
 
 
Operasi : 10 AM - 4 AM
 
 


 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com