12 Aug 2019

Tips Pilih Cincin Yang Sesuai

Assalamualaikum Readers
 
 
Tips Pilih Cincin Yang Sesuai | Beli Cincin Emas 916 Di Poh Kong | Sebelum beli ada baca tips-tips nak pilih cincin. Habis tawaf blog-blog tapi hasilnya elekkk! Ada tengok cincin di website, cari yang cantik-cantik. Seumur hidup tak pernah beli cincin dan tak suka pakai, rasa rimas nak buat kerja. Kalau gatai nak pakai, pinjam cincin mak tapi size tak sama. Dah tunang ni, memang request nak pakai time keluar, tak pakai bila duduk rumah atau kerja. Sebelum terjah kedai emas, Nina ajak blogger Zaf tengok cincin. 


Suka design cincin ni
 
Cincin emas batu Swarovski
 
Cantik-cantik cincin kedai emas Cina di Sunway Carnival Mall
Ambil di Zalora tapi size 10 ke atas tak ada details



Ada beberapa tips yang Nina nak share buat sesiapa yang tengah plan nak cari cincin tunang / nikah, boleh cuba tips ni gerenti puas hati tapi kena bincang dulu dengan partner berkenaan bajet cincin. Nasib baik tunang jenis dah tau taste Nina :
 

 
 
 
 
#1  Cara terbaik terus serbu kedai emas dan belek semua jenis size, pattern dan corak.
  
 
#2  Survey dulu harga emas 916 yang terkinikena tau size jari dan masuk semua kedai emas supaya boleh compare kedai emas yang offer harga berbaloi dan design terbaru.
 
 
#3  Tak galakkan beli cincin online atau minta bf belikan, kena bawa tuan badan yang nak disarungkan cincin. Sebabnya jari kita boleh berubah size tau, jari kanan dan kiri tak sama size. Bila pakai cincin jari kiri rasa ketat, jari kanan longgar sikit.
 
  
#4  Terpulang nak cincin emas atau putih, design cincin pun kena cari yang sesuai dengan umur, janji masuk dengan warna kulit. Itu penting girls! Jangan la beli pattern orang tua.
  
 
#5  Nak beli cincin ni bukan mudah, kena masuk satu-satu kedai emas. Nak pilih cincin pun berjam-jam. Kematu pungkoq (punggung). Make sure luangkan sehari untuk cari cincin yang betul-betul berkenan di hati.
 
 
#6  Harga cincin belah rotan lagi mahal dan emas padat dari cincin yang banyak ukiran tu. Ini untuk cincin emas. Sebenarnya yang banyak ukiran tu emas tak padat pun, boleh tengok gram cincin ok.


#7 Kena tegas. Maksud Nina ialah, pilih cincin yang berkenan di hati dalam masa yang sama ngam dengan bajet pasangan kita. Terus terang cakap nak cincin bajet bawah 1k misalnya dan jangan ada orang lain mempengaruhi kita. Tak nak nanti penat-penat partner belikan cincin, tak nak pakai pulak. Keluar kedai emas, muka masam. Semoga Allah dipermudahkan urusan.    
 
 

5 Aug 2019

NEW Aiskrim Cendol McDonalds

Assalamualaikum Readers
 
 
NEW Aiskrim Cendol McDonalds | Aiskrim Cendol McDonalds Sedap | Ini antara aiskrim McDonald's yang kedua menjadi kesukaan Nina selain durian. Kalau tak silap sekarang dah tak nampak iklan di McD tapi boleh cuba nasib tanya di kaunter ok. Setakat ni 2 kali ke McD semata-mata nak makan aiskrim cendol ni. Paling suka flavour Cendol Vanilla. Rasanya tak terlalu manis dan nice saja. Sedap! makan banyak pun tak muak.


Cendoiii di hati
 
Cendol Vanilla RM 2.50, Cendol Choco Dip RM 3.50 (tapi staf McD bagi choco dip dengan vanilla. Adoi)

Terliur dengan rasa cendol

Macam aiskrim vanilla + coklat

 
Dari segi harga pulak tak mahal, murah sangat. Boleh beli borong tau. Satu cone aiskrim cendol vanilla baru RM 2.50 . Ikutkan hati nak borong 10 cone. Haha.. Yang tak bestnya aiskrim ni cepat cair, 5 minit bawa keluar dari McD ke kereta dah meleleh-leleh. Jadi untuk elakkan pembaziran, beli dan makan terus. Kononnya nak feeling makan aiskrim cendol sambil drive. Punahhh feeling tu. Yang belum rasa, cepat serbuuuu mcd! 
  

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com