Assalamualaikum Readers
Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak | Lepas hantar hubby pi kerja terdetik nak check balance duit TH bapa tapi dia tengah kerja, terus buka akaun TH untuk Harraz sebab takda orang. Tak nak lengah masa takut terguna duit. Pastikan cap jari ibu/penjaga tak ada masalah.
 |
| Portal Tabung Haji untuk buka akaun anak |
Duit Harraz dibahagi untuk TH dan ASB. Antara akaun simpanan pilihan parents selain purata dividen dan bonus tahunan paling menguntungkan dan patuh syariah.
 |
| Slip ni tak silap guna untuk simpanan permulaan. Untuk ke 2 dah boleh thru online banking |
 |
| Patut tak boleh daftar THiJARI pada mulanya, rupanya account Nina dah tak aktif. Masa study dulu dah buat account TH. Serius lupaaa! |
Lagi bagus cukup simpanan RM 1,300 boleh terus daftar haji! Daftar seawal yang mungkin tak rugi untuk anak. Nak tunggu queue p haji tu teramatlah panjanggg. Kelebihan pergi haji dengan TH ada peruntukkan contohnya boleh tengok di website - kos haji semasa dalam 22k++ dan TH akan tanggung 56% dari kos itu. Banyakkan?
 |
Staf TH deleted akaun lama dan aktifkan akaun baru untuk Nina. Baru boleh daftar THiJARI
|
 |
| Selesai buka akaun TH untuk anak |
Hubby suggest buka untuk anak. Rasa seronok bila dapat buka akaun ni, ustaz cakap duit anak amanah untuk kita jaga dan hak anak. Mudah nak buka akaun anak hanya di hujung jari melalui portal THiJARI . Boleh simpan duit terus ke TH melalui online banking. Semoga bermanfaat.