7 Feb 2024

8 Makanan Pembunuh Kanser

Assalamualaikum readers


8 Makanan Pembunuh Kanser | Kalau perasan lepas vaksin macam-macam jenis penyakit yang muncul. Yang tak pernah ada penyakit keturunan pun boleh diuji dengan penyakit-penyakit yang tidak boleh survive. Allahuakbar. Risau dengar bermacam jenis kes di hospital sekarang ni. Nina ingat nak berbekam, kot-kot boleh buang toksik dalam badan sambil ikhtiar sihat.



Nak dijadikan cerita kawan officemate hubby baru bebas dari kanser dan berupaya untuk mula bekerja semula. Apa yang dia buat supaya dapat bebas dari penyakit ini? Kita hanya mampu berusaha sihat, yang lain uruskan pada Allah, tawakal dan berdoa padanya. Meh nak share 8 makanan yang mampu melambatkan pertumbuhan kanser dalam badan.


#1 Walnut



#2 Celery


#3 Anggur Merah



#4 Sayuran Hijau



#5 Halia


#6 Bawang Putih


#7 Cendawan



#8 Strawberry, Blueberry, Cranberry



Semua makanan-makanan diatas Nina sangat suka makan, kalau mampu boleh masukkan dalam amalan pemakanan harian/diet harian. Walaupun harga agak mahal tapi kalau mampu apa salahnya. Yang nak makan tu untuk diri sendiri jugakkan. 

6 Feb 2024

SPayLater Best Ke Bahaya?

 Assalamualaikum readers


SPayLater Best Ke Bahaya? | Beli barang dulu, bayar kemudian. Kalau kaki online shopping mesti akan nampak di mana-mana website mesti ada butang klik SPayLater itu tak termasuk SHOPBACK & ATOME. Lebih kurang menggalakkan orang berhutang dari beli secara cash walaupun barang tu bawah dari RM 50? Yang tak bagusnya ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan malahan pelajar (18 tahun ke atas).


Limit untuk Nina shopping di Shopee sehingga 6k


SPayLater ni macam pinjaman dari Shopee la. Ramai yang telah menggunakan SPayLater ini namun tidak mempunyai kemampuan untuk membayar semula tunggakkan tersebut. Akibatnya, jumlah limit yang ditetapkan terlebih pulak. Inilah contoh terbaik bagaimana perbelanjaan tidak terkawal sebenarnya bermula dari diri sendiri.


Beli tudung pun boleh bayar secara ansuran




Apa yang best pasal SPayLater


  • Kita boleh beli barang yang kita nak tanpa kena tunggu gaji masuk atau kita perlu simpan duit. Kalau ada emergency atau sale, boleh grab barang tu dulu.

  • SPayLater ni boleh bayar balik ikut kemampuan kita. Boleh bayar semua sekali gus pada bulan depan tanpa kena interest, atau bayar sikit-sikit dengan interest yang rendah.


Yang tak bestnya SPayLater


  • Dah start kenakan yuran 1.5% setiap bulan pada jumlah yang kita pinjam bermula 17 Oktober 2022. Maknanya kita kena bayar lebih sikit kalau guna tanpa ansuran atau ansuran lebih dari sebulan.

  • Ada limit kredit yang bergantung pada rkod pembayaran dan belian di Shopee. Maknanya kita tak boleh guna SPayLater untuk barang yang mahal. Ikut pada jumlah yang Shopee bagi.

  • SPayLater kena bayar tepat pada tarikh due, sama ada 1hb setiap bulan, ikut pada bil kita. Kalau lambat bayar, akaun SPayLater korang boleh kena freeze dan kena bayar denda RM 10 kot.


Kadar limit yang dikenakan terhadap setiap pembeli adalah berbeza. Ada juga yang tiada SPayLater sebab bukan semua orang boleh dapat. Shopee cuma offer kat orang yang selalu beli barang.





Macam tu la Shopee tau kita mampu bayar ke tak. Dia macam dah ada statement kita dalam sistem dia. Tak macam bank yang kena mintak statement kita kan. Kalau mampu untuk bayar hutang "on time" dipersilakan guna SPayLater. Apa pun ukur baju di badan sendiri.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com