6 Feb 2024

SPayLater Best Ke Bahaya?

 Assalamualaikum readers


SPayLater Best Ke Bahaya? | Beli barang dulu, bayar kemudian. Kalau kaki online shopping mesti akan nampak di mana-mana website mesti ada butang klik SPayLater itu tak termasuk SHOPBACK & ATOME. Lebih kurang menggalakkan orang berhutang dari beli secara cash walaupun barang tu bawah dari RM 50? Yang tak bagusnya ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan malahan pelajar (18 tahun ke atas).


Limit untuk Nina shopping di Shopee sehingga 6k


SPayLater ni macam pinjaman dari Shopee la. Ramai yang telah menggunakan SPayLater ini namun tidak mempunyai kemampuan untuk membayar semula tunggakkan tersebut. Akibatnya, jumlah limit yang ditetapkan terlebih pulak. Inilah contoh terbaik bagaimana perbelanjaan tidak terkawal sebenarnya bermula dari diri sendiri.


Beli tudung pun boleh bayar secara ansuran




Apa yang best pasal SPayLater


  • Kita boleh beli barang yang kita nak tanpa kena tunggu gaji masuk atau kita perlu simpan duit. Kalau ada emergency atau sale, boleh grab barang tu dulu.

  • SPayLater ni boleh bayar balik ikut kemampuan kita. Boleh bayar semua sekali gus pada bulan depan tanpa kena interest, atau bayar sikit-sikit dengan interest yang rendah.


Yang tak bestnya SPayLater


  • Dah start kenakan yuran 1.5% setiap bulan pada jumlah yang kita pinjam bermula 17 Oktober 2022. Maknanya kita kena bayar lebih sikit kalau guna tanpa ansuran atau ansuran lebih dari sebulan.

  • Ada limit kredit yang bergantung pada rkod pembayaran dan belian di Shopee. Maknanya kita tak boleh guna SPayLater untuk barang yang mahal. Ikut pada jumlah yang Shopee bagi.

  • SPayLater kena bayar tepat pada tarikh due, sama ada 1hb setiap bulan, ikut pada bil kita. Kalau lambat bayar, akaun SPayLater korang boleh kena freeze dan kena bayar denda RM 10 kot.


Kadar limit yang dikenakan terhadap setiap pembeli adalah berbeza. Ada juga yang tiada SPayLater sebab bukan semua orang boleh dapat. Shopee cuma offer kat orang yang selalu beli barang.





Macam tu la Shopee tau kita mampu bayar ke tak. Dia macam dah ada statement kita dalam sistem dia. Tak macam bank yang kena mintak statement kita kan. Kalau mampu untuk bayar hutang "on time" dipersilakan guna SPayLater. Apa pun ukur baju di badan sendiri.

1 comment:

  1. CCL tak berani nak guna Spaylater ni ,takut terlebih shopping jenuh laa berbulan nak bayor ..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com