19 Feb 2024

Ke Kuala Lumpur Demi Kerja

Assalamualaikum readers


Tajuk bukan main tapi hakikatnya Nina baru balik dari KL. Ikutkan kena extend tapi hubby tak nak (penat dengan jalan KL, banyak kali sesat, terlepas simpang dah kena pusing jauh siap kena tol). Bila fikir-fikir balik, plan Allah tu cantik, bulan ini email notis resign 1 bulan, lepas tu habiskan cuti tahunan yang ada baru mula kerja part time sementara nak jadi permanent staff company baru, sebab tak ada background dalam logistik.


14 Feb - 7.11 pm masih stuck dalam jammed

15 Feb - 1.55 pm baru lunch, sedap lauk-lauk di sini

Dari PJ ke Segambut ambil kereta sewa, 2x sesat



Kenapa resigned? Nanti Nina story. Allah bagi rezeki kerja dengan Flash Express, kerja dengan hubby. Why not kan sebab kos pergi dan balik kerja jimat sikit. Nak dijadikan cerita FE tukar sistem, jadi courier branch TTDI mogok tak nak kerja, backlog parcel hingga 4K 😭 HQ pun 'menjemput' courier/supervisor negeri lain untuk support. Diberi hotel dan kereta selama 4 hari. Alang-alang Nina cuti, dapat ikut sekali.


Sorang lagi sorting parcel ikut tempat

Malam kedua jalan-jalan KL. Pukul 10.48 pm masih meriah

1st pergi Pintasan Saloma, disebabkan sebelah kawasan kubur, hubby tak berhenti

Nak selfie kat sini tapi tulah susah dapat parking

Tak pernah masuk dalam ni


Berhuhuhu kami 3 beranak dan sorang courier pi KL petang khamis lepas. Hazab kena hadap jem selama 4 jam dari Sungai Perak. Semua pakat balik dari cuti raya cina. Satu pengalaman baru tak pernah terfikir jadi courier hantar parcel area Damansara. Paling malas layan customer order barang COD (cash on delivery). Time ini lah jumpa manusia yang order barang tapi tak mengaku. Kerja sambil jalan-jalan ni best, siang hantar parcel, malam ronda-ronda KL 😂

9 comments:

  1. semoga Alalh mudahkan. Ldy pun xboleh tinggal di KL. Ldy sesuai tinggal di bendang atau di pantai. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat pengalaman baru, tapi mesti sangat mencabar sebab kawasan yang kita tak biasa dan padat penduduk pulak tu.

    Order barang tapi tak ngaku? Agaknya dia tengah takde duit, terpaksa tak ngaku 😅. Tapi dah menyusahkan orang kurier hantar barang.

    ReplyDelete
  3. Wak pun sama takut mandu kat kl
    Kalau tak sesat memang tak sah

    ReplyDelete
  4. tabahlah nina, kami orang kl dari lahir pun memanjang sesat. pastu memang tidaklah pergi bukit bintang naik keter

    ReplyDelete
  5. KL jammed sn sini tu biasa...
    sbb tu sy plh naik public transport je
    mls nak fikir byk
    bdn pun tak letih...

    ReplyDelete
  6. tak pe
    mana2 kerja pun
    janji halal dan diberkati
    yg penting ada work-life balance
    dan kita jd happy dgn apa yg kita buat

    ReplyDelete
  7. Oh Okay dtg KL sebab kerja.. dapat hotel free.. best la dpt juga jenjalan KL yang sesak tu hahaha.. Kami org KL kalau weekend mesti tak nak masuk KL .. jalan jem malas layan.. Bab sesat tu kita mula2 kerja dulu pun walau org KL pun tetap sesat hahahaa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com