Assalamualaikum readers
Tajuk bukan main tapi hakikatnya Nina baru balik dari KL. Ikutkan kena extend tapi hubby tak nak (penat dengan jalan KL, banyak kali sesat, terlepas simpang dah kena pusing jauh siap kena tol). Bila fikir-fikir balik, plan Allah tu cantik, bulan ini email notis resign 1 bulan, lepas tu habiskan cuti tahunan yang ada baru mula kerja part time sementara nak jadi permanent staff company baru, sebab tak ada background dalam logistik.
 |
14 Feb - 7.11 pm masih stuck dalam jammed |
 |
15 Feb - 1.55 pm baru lunch, sedap lauk-lauk di sini |
 |
Dari PJ ke Segambut ambil kereta sewa, 2x sesat |
Kenapa resigned? Nanti Nina story. Allah bagi rezeki kerja dengan Flash Express, kerja dengan hubby. Why not kan sebab kos pergi dan balik kerja jimat sikit. Nak dijadikan cerita FE tukar sistem, jadi courier branch TTDI mogok tak nak kerja, backlog parcel hingga 4K 😭 HQ pun 'menjemput' courier/supervisor negeri lain untuk support. Diberi hotel dan kereta selama 4 hari. Alang-alang Nina cuti, dapat ikut sekali.
 |
Sorang lagi sorting parcel ikut tempat |
 |
Malam kedua jalan-jalan KL. Pukul 10.48 pm masih meriah |
 |
1st pergi Pintasan Saloma, disebabkan sebelah kawasan kubur, hubby tak berhenti |
 |
Nak selfie kat sini tapi tulah susah dapat parking |
 |
Tak pernah masuk dalam ni |
Berhuhuhu kami 3 beranak dan sorang courier pi KL petang khamis lepas. Hazab kena hadap jem selama 4 jam dari Sungai Perak. Semua pakat balik dari cuti raya cina. Satu pengalaman baru tak pernah terfikir jadi courier hantar parcel area Damansara. Paling malas layan customer order barang COD (cash on delivery). Time ini lah jumpa manusia yang order barang tapi tak mengaku. Kerja sambil jalan-jalan ni best, siang hantar parcel, malam ronda-ronda KL 😂
semoga Alalh mudahkan. Ldy pun xboleh tinggal di KL. Ldy sesuai tinggal di bendang atau di pantai. huhuhu
ReplyDeleteSeronok dapat pengalaman baru, tapi mesti sangat mencabar sebab kawasan yang kita tak biasa dan padat penduduk pulak tu.
ReplyDeleteOrder barang tapi tak ngaku? Agaknya dia tengah takde duit, terpaksa tak ngaku 😅. Tapi dah menyusahkan orang kurier hantar barang.
Seronoknya jalan-jalan...
ReplyDeleteWak pun sama takut mandu kat kl
ReplyDeleteKalau tak sesat memang tak sah
tabahlah nina, kami orang kl dari lahir pun memanjang sesat. pastu memang tidaklah pergi bukit bintang naik keter
ReplyDeleteBestnya jalan2 KL :)
ReplyDeleteKL jammed sn sini tu biasa...
ReplyDeletesbb tu sy plh naik public transport je
mls nak fikir byk
bdn pun tak letih...
tak pe
ReplyDeletemana2 kerja pun
janji halal dan diberkati
yg penting ada work-life balance
dan kita jd happy dgn apa yg kita buat
Oh Okay dtg KL sebab kerja.. dapat hotel free.. best la dpt juga jenjalan KL yang sesak tu hahaha.. Kami org KL kalau weekend mesti tak nak masuk KL .. jalan jem malas layan.. Bab sesat tu kita mula2 kerja dulu pun walau org KL pun tetap sesat hahahaa
ReplyDelete