11 Feb 2024

Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur

 Assalamualikum readers


Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur | Entri peram tahun baru 2024. Bulan 2 baru teringat nak update. Busy dia lain macam tahun ni. Haa.. Nak dijadikan cerita, last minit bos hubby approved cuti terus pi KL pagi 31 Disember 2023, kami dapat jemputan pun last minit jugak 😂 Ingat nak book tiket train sekali semuanya sold out, tak ada rezeki nak bawa Harraz naik train.


Kalau ikut kata blogger Anies, nama dewan kahwin ni dah tukar dari kampung pengantin ke The Gabion Garden  Hall. Walaupun nama dah tukar tapi dewannya tetap sama, cantik dan mudah dapat parking. Paling Nina suka lauk kateringnya sedap dan selain nasi minyak, ada teh tarik, apom balik, bubur kacang dan kuih muih.


Seronok dapat pau lollipop

Comel!

Mia jadi flower girl

Selamat pengantin baru kak Sally - Sallyma Azeera & Mohd Raimi


Memandangkan ibu pengantin perempuan, memerangkap ibu kepada kawan baik Nina dan hubby masa study dulu memang kena tunggu sampai majlis tamat. Tak dibenarkan balik awal. Huhu.. Terpaksalah Harraz tidoq dalam kereta. Waktu petang adalah sesi caj bateri ya. Ada sesi karaoke juga. Sesiapa yang teringin nak menanyi tu dipersilakan. Meh layan gambar-gambar yang sempat Nina snap, dengan melayan kerenah anak cuma menu makanan tak sempat ambil.


Signage Kampung Pengantin masih ada

Goodies yang dibawa balik



Yang berminat nak mengadakan majlis perkahwinan di sini boleh datang survey ya. Lokasi pun strategik. Mudah kami cari dewan ni berpandukan waze. Tak sesat pun. Ini jelah kisah penutup tahun 2023. 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com