11 Feb 2024

Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur

 Assalamualikum readers


Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur | Entri peram tahun baru 2024. Bulan 2 baru teringat nak update. Busy dia lain macam tahun ni. Haa.. Nak dijadikan cerita, last minit bos hubby approved cuti terus pi KL pagi 31 Disember 2023, kami dapat jemputan pun last minit jugak 😂 Ingat nak book tiket train sekali semuanya sold out, tak ada rezeki nak bawa Harraz naik train.


Kalau ikut kata blogger Anies, nama dewan kahwin ni dah tukar dari kampung pengantin ke The Gabion Garden  Hall. Walaupun nama dah tukar tapi dewannya tetap sama, cantik dan mudah dapat parking. Paling Nina suka lauk kateringnya sedap dan selain nasi minyak, ada teh tarik, apom balik, bubur kacang dan kuih muih.


Seronok dapat pau lollipop

Comel!

Mia jadi flower girl

Selamat pengantin baru kak Sally - Sallyma Azeera & Mohd Raimi


Memandangkan ibu pengantin perempuan, memerangkap ibu kepada kawan baik Nina dan hubby masa study dulu memang kena tunggu sampai majlis tamat. Tak dibenarkan balik awal. Huhu.. Terpaksalah Harraz tidoq dalam kereta. Waktu petang adalah sesi caj bateri ya. Ada sesi karaoke juga. Sesiapa yang teringin nak menanyi tu dipersilakan. Meh layan gambar-gambar yang sempat Nina snap, dengan melayan kerenah anak cuma menu makanan tak sempat ambil.


Signage Kampung Pengantin masih ada

Goodies yang dibawa balik



Yang berminat nak mengadakan majlis perkahwinan di sini boleh datang survey ya. Lokasi pun strategik. Mudah kami cari dewan ni berpandukan waze. Tak sesat pun. Ini jelah kisah penutup tahun 2023. 

14 comments:

  1. haloo df here , DF dah lama tak bw tauu.. jadii ajomlah kenal2 hahahahha

    ReplyDelete
  2. laam juga peram yer sis.. :D.. xpe... simpan ... diucapkan selamat pengantin lama kepada pengantinnya.. hihihi..

    ReplyDelete
  3. siti elizad pelakon tu pn kawen kat sini tp ms tu venue seberang jln. nmpk x ada deretan shop lot bertingkat? kampung pengantin punya dewan kat situ. maknanya diorg dah pindah nlk ke tapak asal tp yg ni lg bsr banding dewan memulaaa dulu (thn 2009)

    ReplyDelete
  4. katering diorg mmg best. lauk pauk mmg sedap
    mcm Bizmilla... tmpt best menu pn best.. harga pn not bad
    barakallah utk mempelai...

    ReplyDelete
  5. Cantik tempatnya...
    Naniey baru pergi majlis kenduri dapat goodies handwash...

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat hadiri kenduri kahwin yg diadakan di dewan ekslusif cam ni.

    ReplyDelete
  7. Moden pakaian pengantin. Semoga kekal hendaknya ke anak cucu. Bagusnya goodies, beri beras.

    ReplyDelete
  8. Nice...Pernah pegi weeding event dkt sini... =)

    ReplyDelete
  9. Goodies pun menarik sebab kita guna kan....macam pernah juga ke sini menghadiri majlis perkahwinan.

    ReplyDelete
  10. Cantik pengantinnya..tudia goodies..confirm mahal and byk bajet goodies ni

    ReplyDelete
  11. besar dah Harraz. Nina pun nampak slim. p/s: bukan Sally je dah kawin, Sal pun sama. Eh

    ReplyDelete
  12. Uishh kena tunggu sampai habis hahaha.. tak apa la bukan selalu .. Kampung Bharu dah berwajah baru skrg ni..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com