10 Apr 2025

Review Guna Guna Istri Muda (2024)

Assalammualaikum readers


Review Guna Guna Istri Muda (2024) | Trending tangga ke 2 di Netflix membuatkan Nina nak tengok. Kalau di Malaysia banyak kes penyondol tapi kes macam dalam filem ini benar-benar berlaku. Motif utama mestilah kekayaan.



Sinopsis :


Mengisahkan Burhan dan Vivian pasangan yang romantis dan mempunyai 3 orang anak. Kehidupan mereka sangat bahagia. Burhan memiliki aset yang banyak dan bisnes maju. Vivian merupakan tipikal ibu-ibu kelas atasan yang mempunyai yayasan sosial sendiri. Namun, semua itu berubah apabila Burhan bertemu Angel, perempuan yang lebih muda. Mereka terlibat dengan hubungan terlarang hingga Burhan dan Angel bernikah.




Angel, dengan kecantikkannya mampu memikat Burhan hingga menjadi isteri muda Burhan. Vivian sangat geram tetapi dia akur dengan keputusan suaminya kerana sayang. Merasa cantik dan berharga, Angel tidak berpuas hati, dia menggunakan khidmat bomoh untuk mengguna-gunakan Vivian sehingga meninggal.


Vivian dan Roy

Leo dan ibunya seorang dukun


Mbah Sumi terpaksa ikut pada arahan Angel sebab Leo dikurung


Masih kurang jahat? Angel juga terpikat pada anak saudara Vivian, dia menggunakan sihir untuk memikat Roy. Dapatkah mereka membebaskan sihir yang dihantar oleh Angel?


🌟🌟🌟🌟🌟/10

9 Apr 2025

Review Filem Pusaka (2024)

Assalammualaikum readers


Review Filem Pusaka (2024) | Filem yang trending tangga pertama di Netflix selepas hari raya. AMARAN : banyak jumpscare yang tak diduga, banyak scene pembunuhan yang nampak real, darah di sana sini. Tak digalakkan tengok kalau lemah semangat.



Sinopsis :


Seorang usahawan, Risang Wisangko ingin memberikan rumah besar miliknya kepada kerajaan untuk dijadikan muzium. Permintaan terakhirnya sebelum meninggal pada 2 orang anaknya, Randi dan Bian . Kerana usahawan tua itu mempunyai hobi mengumpul barang-barang pusaka. Pihak kerajaan menghantar satu pasukan untuk memeriksa barang-barang pusaka yang ada di rumah itu yang diketuai oleh Nina.




Ketika team arkeologi secara tidak sengaja terjumpa pintu rahsia bawah tanah yang misteri dan terdapat barang pusaka termasuk keris yang disumpah. Jari salah seorang ahli luka terkena bilah keris dan darahnya menghidupkan sumpahan itu dan dirasuk.


Keris sumpahan. Tak ada lekok


Untuk menghentikan sumpahan dan pembunuhan, perlu ada pengorbanan sebanyak 7 orang. Siapa yang terselamat dari keris itu? Kena tonton ya.


Filem Pusaka dari negara Indonesia ini bukan remake dari filem Pusaka Malaysia tahun 2019.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com