27 Feb 2019

Haagen Dazs Ice Cream, Gurney Paragon Mall Penang

  Assalamualaikum Readers
 
 
Haagen Dazs Ice Cream Gurney Paragon Mall, Penang | Sebenarnya dah lama teringin nak try coklat fondue Haagan Dazs ni. Alhamdulillah, sempena tahun baru 2019, bf bawa juga makan di sini, celebrate new year katanya. Dah macam orang mengidam, kalau nak makan kat mana-mana memang Nina suka screen shot gambar. Haaa senang nak list jjcm. Gigih cari tempat makan (macam mana tak gemok, eh gemok ke?). Harga aiskrim ni boleh tahan jugak mahalnya. Rasanya makan Baskin Robbins, Godiva pun murah lagi.

 
Haagan Dazs fondue. Sedapnyaaa. Yang problem tu lilin padam beberapa kali
 
Makan 2 orang pun tak habis cookies tu. Sesuai portion untuk 3 orang



Satu set fondue ni ada macam-macam selain aiskrim, brownies, biskut dan buah-buah. Bila dah makan habis, aiskrim Haagan Dazs ni dicicah dengan kepingan badan dan coklat cair rasanya sedap tapi Baskin Robbins tetap di hati! Baru tau aiskrim ni datang dari New York. Tau nakan saja. Makan sekali sekala Haagan Dazs ni boleh la, kalau tiap-tiap bulan koyak rabak purse. Kalau ada rezeki lebih nak try menu lain pulaaa.. Biasa lah hantu aiskrim, dimana-mana ada tempat viral mesti nak cari.



Boleh pilih 2 jenis chocolate dipping sauce. Kami pilih dark chocolate siap almond
 
4 jenis aiskrim kecik-kecik macam bebola api . Ada coklat, vanilla, strawberi dan cookies. Sekali ngap saja, nampak manis tak tak pun. Yang tak makan manis sesuai
 
Ada chispmore, brownies sedap! Balance bila makan dengan aiskrim. Boleh buat kat rumah pun best jugak ni

Total fondue :
 
 
1 Mineral water - RM 2.90
1 Fondue - RM 67.90
 
 
Subtotal - RM 70.80
Svc Charge 10% - RM 7.08
Svc Tax 6% - RM 4.25
 
 
TOTAL : RM 82.15
*harga tak mahal tapi sebab charge 2x terus mahal



Kalau rajin boleh buat sendiri fondue ni, antara rajin dan malas saja. Maybe akan lebih meriah sebab buat sendiri, boleh tambah ikut citarasa. Bila Nina dah buat nanti, boleh la tunjukkan dalam blog. Heee... 


24 Feb 2019

Projek Nasi Lemak Di Georgetown, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Projek Nasi Lemak Di Georgetown, Penang | Tempat Makan Menarik Di Penang | Nasi Lemak Sedap Di Penang | Kembali bersiaran dengan entri makanan yang tak berkesudahan. Terus Nina bagi tau, Penang terlampau banyak restoran makanan yang sedap-sedap dan tak semua sempat terjah lagi. Kalau buat list tempat makan rasa nak nangis sebab terliur, readers pun terus ambil keputusan pangkah page. Hahaha.. (ada ke? Bakal publish suatu hari nanti). Kali ni Nina food hunting dengan Blogger Zafirah. Bawa mak buyung makan 2 Feb lepas. Nasib baik bf ada di Bangkok, kalau tak bertambah lemak-lemak yang ada.
 
 
 
Baby Lobster Nasi Lemak . 30 minit tunggu, nak bakar lobster ambil masa lama
 
Dekorasi yang ada
 


Peminat nasi lemak kalau nak cari kelainan boleh cuba di Projek Nasi Lemak, mai singgah Penang, jangan lupa pekena nasi lemak. Setakat ini ada 2 cawangan yang dikesan, di Dato Keramat dan Esplanade (Padang Kota Lama). Antara menu special yang ada Nasi Lemak Giant Sotong, Nasi Lemak Udang Asam, Nasi Lemak Kepala Ikan. Minuman wajib cuba pula Coconut Shake, Volcano Milo, Kopi dengan Ais Krim Peanut Butter. Memang tak terfikir akan ada menu-menu macam ni. Omgeee.. Rasa macam nak pi makan lagi.
 
 
Nampak bersih, selesa nak makan

Macam-macam menu ada
 
Minuman pelbagai nama dan jenis



 
Harga makan berdua :
 
 
Baby Lobster Set x 2 - RM 39.90
1 Lemon Grass Cold - RM 3.00
1 Milo Cold - RM 5.00
 
 
TOTAL : RM 87.80




Korang boleh juga makan di Projek Nasi Lemak Box di Esplanade, lebih teruja sebabnya berkonsepkan hipster dan santai. Yang menariknya, penyediaan makanan dan dapur dalam kontena. Selalunya konsep food truck sekarang ada food kontena. Tapi kalau hujan tak boleh makan sebab tak ada bumbung. Open table bawah pokok ni kena tengok cuaca.
 
 
 
PROJEK NASI LEMAK
 
 
 
Alamat : 498, Jalan Dato Keramat, Georgetown (mengadap stadium negeri)
 
 
Buka : Khamis - Selasa (12.00 pm - 3.00 pm & 6.00 pm - 10.30 pm)
(Rabu tutup)
 
 
 
Esplanade (Padang Kota Lama)
 
 
Buka : Isnin, Selasa & Khamis (6.00 pm - 1.00 am)
Jumaat - Ahad (5.00 pm - 2.00 am)
(Rabu tutup)
 
  

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com