17 Jun 2023

Review Filem Extraction (2020)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Extraction (2020) | Hari sabtu lepas, nampak Extraction 2 keluar di Netflix. Harraz tak ada, onzz nak tengok wayang tapi sayang tiket semua malam 😑 Last-last, kami laki bini layan Netflix sajalah. Kena tengok sekuel pertama baru faham keseluruhan filem lakonan 'Thor' ni.




Extraction tidak dinafikan antara filem hebat dalam katalog Netflix. Plot yang ringkas, aksinya bagus walaupun di tengah-tengah filem ni nampak biasa-biasa.


Sinopsis :


Tyler Rake (Chris Hemsworth) ditugaskan menyelamat seorang anak ketua kartel dadah India, Ovi Mahajan yang diculik di Mumbai. Si penculik pula ialah raja dadah Dhaka. Sepanjang filem ini, hanyalah tentang menyelamatkan Ovi dengan pelbagai cabaran apabila kerajaan Bangladesh menjadi pak turut kartel dadah terbesar di negara itu.


Nik Khan - gf Tyler dan rakan sepasukan


Penonton disajikan dengan babak yang dikenali sebagai The Oner. Aksi padat dari bergasak, kejar mengejar dan tembak menembak tanpa suntingan seolah-olah diambil dari satu kamera. Ini antara scene yang paling gempak sekaligus menjadikan Extraction unik.


Tyler dan Saju

Bersembunyi di dalam longkang buat seketika



Operasi disabotaj oleh Saju Rav (anak buah ayah Ovi), mereka bertarung sehingga kedua-duanya cedera parah. Akhirnya mereka bekerja sama, Saju diancam bosnya jika tidak membawa pulang Ovi, keluarganya akan dibunuh.


3 gambar 3 kereta Proton - Satria Neo, Saga & Savvy

Babak first dalam Extraction 2 - kartel dadah Bangladesh akhirnya mati dibunuh Nik


Team Tyler datang untuk menyelamatkan mereka, dan berjaya membawa pulang Ovi, Tyler alami luka parah dan terpaksa jatuh ke sungai. Ovi murung kerana kehilangan Tyler dan Saju, orang-orang yang berjasa dalam menyelamatkan nyawanya dari tangan gangster Bangladesh.


🌟🌟🌟/5*

16 Jun 2023

Domino's Pizza Sedap Ke Tidak?

 Assalamualaikum readers


Domino's Pizza Sedap Ke Tidak? | Macam biasa entri peram sebelum puasa punya cerita. Kadang-kadang yang bestnya Food Panda ni sebab ada diskaun, voucher etc, kalau ada cepat-cepat grab! Memang akan ada masa yang kita rasa malas nak memasak bekal.


Promosi Personal Combo 1. Harga selepas diskaun dan voucher hanya RM 22.80

Tapi tu lah, tak elok jugak makan fast food selalu, sekali sekala okay! Disebabkan teringin sangat nak makan pizza sebelum puasa, terus lah order Domino's Pizza. Mula tu ingat nak order pizza Ssamjeang tapi mahal sangat pulak so cancel dan order yang biasa-biasa.



Sudahnya order Smoky Beef & Chick. Ini antara pizza fav bila order dekat Domino's. For me, Domino's ni macam tak kedekut sangat topping so yass memang puas hati bila makan tu. 



Kalau nak cuba kelainan pizza yang manis boleh cuba Pizza Banana Kaya ni. Kena makan panas-panas baru rasa pisang tu fresh dan lembut apabila dikunyah.



Masa order pizza ni memang tengah lapar, memang time tu fikir macam tak cukup, bila add on side order baru dapat diskaun. Sudahnya order Cheesy Mozarella Stix. Sedap dimakan panas-panas, siap boleh tarik cheese tu lagi tapi kalau mozarella dah sejuk agak keras sikit.



Lately, memang banyak promosi murah di Food Panda, bersaing dengan Pizza Hut tapi bila dah masuk cart, harga kemain kembali mahal. Baik order Domino's Pizza. Hehe.. Buat lah pilihan yang bijak, banyak promosi Rahmah sekarang ni tapi kalau tak pilih betol-betol jadi rahmah membazir!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com