17 Jun 2023

Review Filem Extraction (2020)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Extraction (2020) | Hari sabtu lepas, nampak Extraction 2 keluar di Netflix. Harraz tak ada, onzz nak tengok wayang tapi sayang tiket semua malam 😑 Last-last, kami laki bini layan Netflix sajalah. Kena tengok sekuel pertama baru faham keseluruhan filem lakonan 'Thor' ni.




Extraction tidak dinafikan antara filem hebat dalam katalog Netflix. Plot yang ringkas, aksinya bagus walaupun di tengah-tengah filem ni nampak biasa-biasa.


Sinopsis :


Tyler Rake (Chris Hemsworth) ditugaskan menyelamat seorang anak ketua kartel dadah India, Ovi Mahajan yang diculik di Mumbai. Si penculik pula ialah raja dadah Dhaka. Sepanjang filem ini, hanyalah tentang menyelamatkan Ovi dengan pelbagai cabaran apabila kerajaan Bangladesh menjadi pak turut kartel dadah terbesar di negara itu.


Nik Khan - gf Tyler dan rakan sepasukan


Penonton disajikan dengan babak yang dikenali sebagai The Oner. Aksi padat dari bergasak, kejar mengejar dan tembak menembak tanpa suntingan seolah-olah diambil dari satu kamera. Ini antara scene yang paling gempak sekaligus menjadikan Extraction unik.


Tyler dan Saju

Bersembunyi di dalam longkang buat seketika



Operasi disabotaj oleh Saju Rav (anak buah ayah Ovi), mereka bertarung sehingga kedua-duanya cedera parah. Akhirnya mereka bekerja sama, Saju diancam bosnya jika tidak membawa pulang Ovi, keluarganya akan dibunuh.


3 gambar 3 kereta Proton - Satria Neo, Saga & Savvy

Babak first dalam Extraction 2 - kartel dadah Bangladesh akhirnya mati dibunuh Nik


Team Tyler datang untuk menyelamatkan mereka, dan berjaya membawa pulang Ovi, Tyler alami luka parah dan terpaksa jatuh ke sungai. Ovi murung kerana kehilangan Tyler dan Saju, orang-orang yang berjasa dalam menyelamatkan nyawanya dari tangan gangster Bangladesh.


🌟🌟🌟/5*

7 comments:

  1. nak tgk jugak yg no 2 ni,tapi x ingat plak yg no 1..so kena tgk yg no 1 dulu jugak la citanya..

    ReplyDelete
  2. kembang hidung org mas tgk ada kete proton😂

    ReplyDelete
  3. filem ni sebahagian besar shooting kat mumbai ke dhaka? kalau mumbai tu x heran dah sbb ada bollywood tp kalau kat dhaka tu rare...

    ReplyDelete
  4. Tunang akak suka la citer ni...akak citer ganas2 macam ni kureng skit...la ni giler layan KDrama kat Lok Lok

    ReplyDelete
  5. Sha tengok dah.. Suka dengan aksi dia..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com