5 Jun 2023

Tips Pilih Durian Yang Berkualiti

Assalamualaikum readers


Tips Pilih Durian Yang Berkualiti | Sekarang tengah musim durian di Penang. Terutamanya kalau naik ke Balik Pulau, sepanjang jalan bau durian. Ya allah bergelora jiwa ni. Sampai lah minggu lepas, ikut hubby ke Teluk Kumbar. Dia beli durian kampung dekat sorang pakcik tu. Memang tak pilih betul-betul, melayang duit. Hanya beberapa biji saja yang ok. Yang lain isi keras dan buah banyak yang merekah di bawah.


Bau durian wangi, manis dan berlemak
4 Jun - Buah durian dari dusun tok, puas hati!


Dah tu, menyesal tak sudah. Lupa arwah tok ada dusun durian 😂 Astaga, geram dengan si Hussaini, last minit dia kata lepas ni tiap kali musim durian kita beli jelah durian dari dusun tok. Memandangkan, cousin Nina (anak Pak Long) yang jaga kebun, yang membaja. Takkan nak minta free, dia sorang yang rajin nak pi tidoq di kebun sebab Pak Su dah tak larat. Kalau tak jaga, banyak pencuri.


Tahun ni, durian tak banyak yang berbuah, pokok manggis pun tak keluarkan buah sebab musim hujan. Tak ada rezeki nak buat gathering di dusun macam tahun lepas.



11 Tips Pilih Durian Yang Berkualiti


1. Jangan beli durian tangkai yang kecut


Sebab tangkai yang kecut atau gelap selalunya buah yang lama (sudah lama jatuh dari pokok), mungkin 2 hari. Kalau berlendir dan masih cerah, ia segar dan baru jatuh dari pokok.


2. Pastikan durian tidak merekah


Elakkan beli durian yang merekah sebab durian dikhuatiri telah lama. Gas dari durian itu sudah hilang, jadi bila makan nanti, 'uummpphhh' dia sudah tak ada. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian membuatkan isi di dalam bercampur dengan udara dan mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.


Pastikan kulit luarannya tidak cacat. Jika ada cacat misalnya busuk atau ada lubang ulat, kemungkinan isi di dalam sudah busuk.


30 Mei - Kulit luaran cacat


3. Bau terlebih dulu di bawah durian


Ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Kalau bau sedap, lemak, elok ambil saja. Kalau tak berapa ada bau, cuba pilih yang lain dulu. Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Jika kurang bau, bermakna durian itu tidak sempurna matangnya dan diperam. 


4. Suruh tokey durian tebuk dulu


Ini untuk memastikan durian itu confirm sudah masak, tidak keras dan coleklah sedikit untuk rasa. Bair puas hati baru beli.


5. Goncang durian terlebih dulu sebelum beli


Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tidak 'mangkaq' atau keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.


6. Pastikan duri durian itu keras


Cuba rasa duri pada buah durian. Tekan dengan jari. Kalau buah itu lama, durinya akan lembut. Kalau masih baru lagi akan keras. Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan tumpul kerana durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, lebih mudah dibuka.


Kulit durian masih hijau dan isi keras


7. Tanya tokey kalau buah tak masak boleh tukar tak?


Kalau tokey yang jujur, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian kalau buruk atau keras. Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, akhirnya dapat sumpah seranah pelanggan atau datang kedai marah-marah.


8. Tanya durian itu dari mana


Saja-saja test tokey durian tu. Kot-kot durian kacuk ke siam ke. Sesetengah orang tidak suka durian siam. Durian dari Balik Pulau dan Batu Kurau is the best.



9. Nak buah isi kuning


Kalau nak buah durian isi kuning, bagitahu tokey. Kalau dia berpengalaman, senang saja dia pilih. Kalau dia kata tak tahu, suruh potong sikit tangkai buah durian itu. Ada nampak urat-urat di tengah tangkai, kalau warna kuning sikit, insya Allah isi durian kuning.


10. Pilih buah bentuk macam jantung


Selalunya buah durian bentuk jantung, isi dia elok. Susah nak jumpa yang problem. Durian yang memiliki bentuk uni dan tidak bulat biasanya memiliki isi tebal, manis dan biji kecil.


11. Jangan takut ambil buah yang ada getah di bawah buah durian


Tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian itu merekah.


10 comments:

  1. Terima kasih share tips. Patutlah masa camping kat dusun durian minggu lepas, duri durian lebih keras dari yg beli kat gerai durian. Rupa2nya durian fresh durinya lebih keras.

    ReplyDelete
  2. wah..good tips.. tq tq.. MA memang x pandai nak pilih durian, selalu beli yg siap kupas sbb leh nampak isi nya terus..

    ReplyDelete
  3. wah banyak tips nii, sesuai laa nii tengah musim doyan kan :)

    ReplyDelete
  4. sy jarang beli durian. sama ada org bagi atau org belikan... beli sendiri mgkn ke laut

    ReplyDelete
  5. apa2 pun kalau pilih durian or buah lain, sy cari yg berbau manis... insya allah isi pasti sedap

    ReplyDelete
  6. Sedapnya durian!! sini x musim lg... hari tu adik travelling ke penang pun dia ckp puas mkn durian slps habis meeting

    ReplyDelete
  7. entri khas utk peminat durian...dan yaya bukanlah salah sorang dari pminat buah disukai ramai tu.hehe.. bau tu hal lain tp sebab utama, yaya ade gstrik, perut mudah masuk angin .fobia sblum ni mkn askrim durian sikit je pun esoknya trus skt pewot cirit birit.duhhhh.....sensitip btulll. hm

    ReplyDelete
  8. waduhh bestnyer mkn durians., huhu

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com