Assalamualaikum readers
Menaiki Kereta Kabel Dan SKYREX Langkawi | Kembali dengan sambungan entri Langkawi, sambung di sini. Sebelum Nina naik malas nak taip. Haha.. Itu belum kisah Taiwan 😂 Kalau ikutkan bawa Harraz dalam perut naik cable car tahun 2020. Alhamdulillah tahun ni dapat bawa anak. Nasib baik SIL dah book siap-siap, tak perlu beratur panjang. Dia beli pakej untuk masuk SKYREX dan 3D Art sekali.
|
Filem Don ni buat Langkawi lagi famous |
Salah salah tempat wajib kalau datang Langkawi mesti naik cable car ni. Kalau ikutkan hari ketiga naik Skycab tapi disebabkan cuaca dan angin kuat maka perkhidmatan terpaksa dihentikan walaupun masa kami sampai baru pukul 3 petang.
Maka plan diteruskan pada hari keempat dan last day kami di Langkawi. Alhamdulillah cuaca elok dan hari memang panas terik. Jadi tak risau nak naik kereta kabel. Cuma yang tak best 2 hari tak ada air di area Skycab ni 😞 Terpaksa bawa air mineral. Ada kerja-kerja construction masa tu.
|
Kami tak singgah station pertama dan tengah |
|
Nampak tak ada construction di station tengah |
|
Skybridge |
|
Tak ramai orang dapat rasa jambatan bergoyang |
|
Gambaq mem besaq dan abang sado |
|
Complete! |
Macam biasa harga tiket Langkawi Skycab, boleh semak di website sebab harga sentiasa berubah-ubah. Total hangus untuk 3 beranak pun beratus. Melancong dalam negara sendiri macam inilah. Terima seadanya sebab dorang pun ada kos yang nak ditanggung dan termasuk ada pembinaan baru di atas gunung. Boleh pilih nak naik gondola biasa atau gondola lantai kaca. Yang lantai kaca tu mahal sikit dan lebih gayat.
|
Wajib pakai |
|
Spek besaq dari muka |
Nampak macam real kan?
Habiskan masa 2 jam di atas sana, turun bawah terus masuk SKYREX. Masa tu, staff lepas pulak SIL masuk, mungkin sebab dah trimester ketiga kot. Memang penonton akan menjerit sebab rasa real jumpa dinasour. Melalak Harraz dalam tu 😂 Terus tak minat naik main dinasour dah. Nanti Nina sambung entri 3D Art sebab banyak gambar.
Asik juga naik kereta gantung ya Mbak.
ReplyDeleteSaya bersama teman-teman pernah juga naik kereta gantung yang ada di Taman Mini Indonesia Indah. Karena luasnya taman tersebut - karena merupakan miniatur Indonesia - kita lebih dapat memperhatikannya dari kereta gantung.
Tentang nonton 3D, nah ini yang saya belum pernah Mbak.
Salam persahabatan,
masa sy datang dulu skybridge tu tutup. under reno. frust je x dpt jln2 kat atas tu
ReplyDeletesy msk skytrex tu seminit pertama ok lg. lps tu trs pejam mata. bkn tkt. tp sy dah pening2 kat dlm tu. mujur laa x muntah😂
ReplyDeleteGayat ibu tengok yunk. Ibu penggayat orangnya kecut perut time tu lah bleh rasa nak buang air besar bagai. Hihihi!
ReplyDeletemenarik dan teringin juga nak naik jika ada kesempatan untuk pergi ke langkwai suatu hari nanti
ReplyDeleteBestnya! Tiba2 rasa nak ke sana naik cable car 😊
ReplyDelete