19 Jun 2023

Review Filem Extraction 2 (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Extraction 2 (2023) | Sambungan dari Extraction. Nasib lah kedua-dua filem ada di Netflix boleh layan dalam masa satu hari. Di akhir filem, rasanya akan keluar sekuel ke-tiga pula. Kalau dah ada peminat tersendiri producer a.k.a Chris Hemsworth yang akan tentukan 😁



Sinopsis :


Diberi peluang untuk hidup buat kali kedua, nampaknya Tyler Rake tidak tenang selepas bersara, menghabiskan masa menonton televisyen bersama seekor anjing dan dua ekor ayam.


Kehadiran Heimdall 😂 Eh terbawa-bawa penjaga Asgard pulak. Maaf, Alcott, memberi sinar baru kepada Rake sebagai bekas seorang askar upahan yang mencari matlmat hidupnya.



Misinya sangat mudah, menyusup masuk, membebaskan pakej - seorang wanita dan dua anaknya dan membawa mereka keluar dari penjara. Bayangkan suami masuk jail, siap bawa family lagi. Geram dengan si budak Sandro yang merasakan dia juga adalah keluarga 'Nagazi'. Sedangkan pakcik, tak pernah ambil peduli tentang dia, adik dan maknya. 



Membalas dendam kerana adiknya dibunuh


Kali ini, Rake tidak boleh menolak misi, kerana ia berkait rapat dengan ex-wifenya yang mengupah untuk menyelamatkan adiknya, senang cerita Rake selamatkan bekas adik iparnya. Bila Rake cakap Georgia baru Nik tahu siapa sebenarnya orang yang mereka selamatkan. Semestinya Rake dan Nik berjaya dalam misi mereka. 


🌟🌟🌟🌟/5*

3 comments:

  1. X layan lagi sbb kena tgk yg no 1... dah lupa dah... tgk ke tak dulu yer 🤔

    ReplyDelete
  2. wahhh baru keluar yg kedua dah ada bau bau utk sekuel ketiga yaa

    ReplyDelete
  3. Sama.. Sha pun geram dengan Sandro tu.. Walhal dia nampak je bapa dia layan mak dia macam mana.. ish.. tapi memang padulah filem ini..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com