4 December 2014

Blog Bakal Dikenakan GST?


Salam Readers..


Blogger GST


Apakah nasib blog pician aku ni mulai tahun depan? Mungkin ramai sudah tahu blogger akan dikenakan GST mulai 1 April 2015. Seperti yang kita tahu, GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang menggantikan cukai sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan.



Hanya blogger yang menjana pendapatan melalui syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Google Adsense, Komli dan Innity yang akan dikenakan GST. Mengapa? Kerana advertiser dikenakan GST kemudian membayar iklan kepada Nuffnang. Jadi blogger yang memasang iklan di blog turut dikenakan GST.






Blog yang tidak dikenakan GST adalah blog yang tidak memasang iklan dan blog hanya untuk tujuan peribadi. Mungkin blog yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan tak merasa tempiasnya. Tapi buat blogger yang hanya dapat kurang dari RM 100 sebulan macam mana pula nasibnya. 



p/s: Tunggu apa kata PM. Harapan biar ada pengecualian


21 comments:

SalbiahM said...

kalau pendapatan sikit tak kena kot Nina..takkan la dapat sikit pun nak kena potong.dahtu apa yang tinggal

lia ummiirfan said...

wow! baru tau pasal ni..

Aisy Nasiha said...

Oh gitu pulak ye.. walaupun blog akak mmg xda iklan tapi kesian juga pada blog yang dapat sikit2 je tu, kawan2 kita juga .. elok buang terus iklan tu kalau dah tahu dapat sikit je kan.. apa apa pun kena tunggu lepas pelaksanaan Gst dulu kot, macam kata Nina kot ada pengecualian ataupun dah difikir langkah yang patut utk menghadapi kesannya.. kita berdoa sahajalah kan..mintak2 taklah membebankan kita sebagai rakyat.

Zizie Zack said...

huk aloh.. bukan banyak dapat pun.. kecuali blogger yg selalu dpt promoted content tu.. beribu la hasil dorg... huhuhu

Siti Aisya Ibrahim said...

scary jugak dengar...tpi 6% ok lagi, dekat sini(jerman) GST dia 19%...

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Siapalah yang nak perjuangkan nasib kita yer Nina...

Ezy Loy said...

alahai..
dh la earning pon ciput je..
kalo kne gst bpe sen je dpt..
huhu

Hikayat Seorang Budak said...

sedihnya T.T
semua nak di GST kan. huhu

Asha Lya said...

Agak sukar la blogger kecilan nak cari pluang pndptan

aswadz said...

x paham mcm mana perlaksaan gst tu mcm mana. adakah masa kita cash out earning nuffnang?

Invisible Me said...

Baru tauuu. Harapnya tak macam tulah.

QasehnyaRania said...

alahai.
kalau kena pon biar la bersyarat.takkan yg dpt 50 hengget pon kena juga.hukhuk

Puteri Wanita said...

confirm kena la ...

barang-barang takde GST pun akan naik harga. dah kos hidup meningkat, peniaga pun nak untung lebih sikit la nak cover kos hidup :)

ain syafieqa said...

what??income tak seberapa pun tapi kena GST.not fair..huhu

Myra Jay said...

Sedih + kesian buat blogger picisan cam MJ ni kalau kena GST..hoohoh

Cetusan Minda said...

klu sthn cuma dpt seratus , apa yg gst nak ambik ... kita tgk jer camna nanti ...

mardiana abu darin said...

Alamak! Ye ke? Baru2 ni diana ade pg satu seminar psl gst...but more than arkitek part. Tp rsnya basicly mesti sama kan. Income yg bwh 500k setahun...option to declare to kastam...so 501k perlu lah liable to gst...sekian....

ros_reeza said...

Ros masih tak jelas pelaksanaan GST ...

Khai♥Rin : anies said...

adezzzz kalu mcm ni kena laa lupakan nuffnang ya

Farrah MF said...

Hmmm,..tengoklah nanti macam mana pelaksanaannya. Tak pe,..kalau earning sikit pun nak dicukai. Cukailah. Berapa sen sangat diorang dapat. Buat penat di pihak diorang je lah ;)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Sebelum ni ada terbaca hanya income tertentu (yang banyak) dikenakan GST.
Tapi, x ingat berapa.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com