23 April 2015

Film Review - Avengers : Age Of Ultron


Salam Readers..

Review Filem Avengers : Age Of Ultron | What's Up guys ! Dah tengok adiwira yang melting ni. Hari pertama tayangan movie Avengers : Age of Ultron dah tengok. Macam biasa booking ler. Balik kerja terus tengok.. Gara-gara baju basah lencun tanpa dijangka. Masuk Parkson beli baju, jeans terus tukar. Pukul 6.10 pm, terlari-lari ke gsc. Lewat masuk 5 minit, movie tak start lagi. Pheww.. selamat. Hehe


Avengers : Age of Ultron.. Akhirnya berbaloi penantian selama 3 tahun untuk melihat kembali Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Hawkeye dan Black Widow beraksi dalam sekuel terbaru dari movie Marvel's The Avengers (2012). Filem ke 11 dalam siri Marvel.



Avengers : Age of Ultron


Sinopsis :


Di negara Eropah Timur Sovokia, the Avengers - Tony Stark, Steve Rogers, Thor, Bruce Banner, Natasha Romanoff dan Clint Barton menyerang kota Hydra diketuai Baron Wolfgang Von Strucker yang membuat eksperimen ke atas manusia menggunakan cokmar Loki. Demi mendapatkan tongkat Loki, mereka menghadapi 2 eksperimen Stucker iaitu kembar Pietro (Quicksilver), mempunyai kelajuan luar biasa dan Wanda Maximoff (Scarlet Witch) yang boleh memanipulasi minda dan memindahkan tenaga. 


Pertarungan melibatkan Avengers dengan adik beradik kembar itu telah membuatkan Hawkeye mengalami kecederaan. Scarlet Witch berjaya memanipulasi pemikiran Tony Stark (Iron Man) dengan menunjukkan kemusnahan bumi termasuk Avengers. Tersentak dengan apa yang dilihat, Tony merancang untuk menghasilkan Ultron secara senyap tanpa pengetahuan ahli Avengers lain kecuali Dr Bruce Banner (Hulk). 


Kubu Hydra
The Avengers 
Captain America dan Thor
The Avengers dalam keadaan bingung selepas dimanipulasi Scarlet Witch


Ultron ciptaan Tony mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk berfikir dan merasa, selain mampu berpindah dari satu objek ke objek yang lain tanpa dapat dimusnahkan. Pada firasat Tony, Ultron mampu mempertahankan bumi daripada kemusnahan. Ironinya, Ultron tak berfikir seperti Tony. Baginya, manusia adalah makhluk yang lemah. Maka, Ultron mahu mencipta evolusi dimana bumi hanya dihuni oleh robot-robot sahaja.



Tanpa disangka, Ultron mempercayai dia mesti menghapuskan manusia untuk menyelamatkan bumi, menghapuskan J.A.R.V.I.S Stark dan menyerang Avengers semasa parti kemenangan di pejabat mereka. Melarikan diri bersama tongkat Loki. Ultron menggunakan sumber-sumber Strucker untuk menaik taraf badan dan membina robotnya. Dia merekrut kembar Maximoff yang bencikan Stark. Mereka ke Johannesburg untuk mendapatkan vibranium. Avengers menggempur Ultron dan Scarlet Witch memanipulasi Captain America, Thor, Black Widow dan Hulk untuk memecah-belahkan Avengers.



Captain America cuba mengangkat tukul milik Thor
Ultron bersama badan baru
Hulk mengamuk selepas dimanupulasi Scarlet Witch. Kesian Iron Man



Kerana kemusnahan bandar Johannesburg, The Avangers bersembunyi di rumah ladang Barton. Mereka bertemu isteri dan anak-anaknya. Di Seoul, Dr Helen Cho digunakan untuk membuat badan Ultron. Apabila Ultorn mula berpindah ke badan baru. Wanda dapat membaca fikirannya dan mengetahui rancangan Ultron. Proses pemindahan terhenti dan Ultorn menangkap Romanoff.


Bermula pertempuran The Avengers di Seoul dan kemudian di Sokovia. Hebatkan bandar boleh terbang. Nak tahu kena tengok ! Meh layan trailer Avengers : Age of Ultron ni dulu..




5/5*

 Scene yang kelakar dalam Avengers. Jarang tengok Thor senyum. Kecuali dengan Jane.







#My Review: 

  • Watak baru seperti Pietro Maximoff / Quicksilver (Aaron Taylor-Johnson) dan Wanda Maximoff / Scarlt Witch (Elizabeth Olsen) pernah menjadi pasangan dalam Godzilla (2014). Watak yang diangkat menerusi X-Men.

  • Awal cerita lagi dah WOW ! masa Avengers serang kubu Strucker. Tony Stark macam biasa.. perangai tak berubah dari dulu. Haha

  • Siapakah sebenarnya Quiksilver dan Scarlet Witch ni dan kenapa agaknya mereka berdua amat bencikan Tony Stark? 


Quicksilver menolong Captain America
Quicksilver dan Scarlet Witch 
Wanda Maximoff

  • Babak-babak menarik seperti aksi pertarungan berskala besar antara Iron Man dan Hulk yang telah dimanipulasi oleh Scarlet Witch. 

  • Hulk bergaduh dengan Hulkbuster di tengah bandar. Masa bergaduh tu memang lawak.. Hampeh punya Hulkbuster.

  • Avengers kali ni lebih menonjolkan sisi keperibadian dan kemanusiaan setiap adiwira. Paling jelas karekter Hawkeye yang penyayang terhadap keluarga. Tiada seorang pun tahu mengenai keluarga Hawkeye kecuali Black Widow. 

  • Tetiba Nick Fury muncul semula.. Surprise ! Ekspresi muka Tony memang tak boleh blah masa tu.

Vision
Kenapa Hulk macam takut nak fall in love dengan Black Widow. Scene dia jatuh dalam office tuuu

  • Siapakah Vision ni sebenarnya? Adakah dia sekutu atau musuh Avengers?

  • Menariknya, kisah cinta Banner dan Romanoff. Adakah plot akan berkembang dalam next Avengers?

  • Mesti nak tau kan macam mana Ultron ditewaskan? Kena tengok sendiri.. Hehe

  • Ada beberapa ahli baru yang akan menjadi sebahagian daripada ahli Avengers.. Siapakah? Jeng.. jeng


Iklan sebentar !! Wajib cuba burger baru dari Burger King
Sedap Mushroom Swiss Singles XL Meal

=
Makan burger tak gemok time tu juga. Hehe



Keterujaan diteruskan dengan movie Captain America : The Civil War yang bakal ditayangkan Mei 2016 dan Avengers : Infinity Wars - Part 1 pada Mei 2018. Teruja tak nak tengok tapi penantian tu satu seksaan. Cewahh.. 


13 comments:

Farah said...

Belum berpeluang lagi nak tengok. Tapi, teringin sangat nak tengok.

Dunia Zumal said...

Wah bestnyer... membuak semangat nak tengok ^-^

tiga lalat said...

Salam. Hee mamam burger dgn saper letteww ;p

Zizie Zack said...

ai dah tgk 2 kali.. hehehe.. suka yg lawak pasal tukul thor.. berubah muka masa capt dapat angkat sikit.. hahaha

Qaseh Vee said...

popular avengers ni sampai jadi bahan lawak kat astro ...

Siti Yang Menaip said...

haaaaa tudia details abes.. CT baru nak pi tengok nanti =D

Puteri Wanita said...

macam best je ... movie ni :)

Nurul Shahira said...

Sha dah tengokk. Best Avengers ni. yey.
Tapi bertahun nak tunggu sambungan dia, T_T

Nick Nashram said...

tak baca entri tengok trailer je..sebab x tengok lagi..takut spoil nanti..huhu

Khai♥Rin : anies said...

ms nuffnang buat contest utk movie ni beria sy join...tp x de rezeki...waaaaaaaaa

Fiza Rahman said...

Beli CD jer lah nanti ☺

izzeyda said...

Ada yang kata tak berapa best citer nih.. macam2 kan ikut kita yang menontonnya.. sabar ye nina, nanti sampai laa masanya tu..

Deanna Morni said...

alaaaaa....sy nk tgk citer nih tp lom ada kesempatan nk g tengok.....huhuhuhuh

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com