22 Apr 2015

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi Lakonan Zul Ariffin

Salam Readers..


Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi | Bila dah baca novel Mr London Ms Langkawi ni rasa lagi excited nak tengok drama yang bakal tayang di Astro. Novel kelakar dan harap Zul Ariffin boleh jadi begitu juga. Peminat abang sado mesti ternanti-nanti. Meh layan gambar-gambar Zul dan Izara! Cutenya dorang jadi cousin dan husband & wife :) 



Drama Mr London Ms Langkawi
Cover novel Mr London Ms Langkawi


Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi :


Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus di London. Membesar di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana terpaksa, dia pulang tanpa rela. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya. Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke rumah Tok Wannya. Tetiba muncul seorang gadis tomboy yang digelar 'Liyana The Samseng'.



Nurul Liyana (Izara Aishah) atau Nana - adalah salah seorang cucu Tok Wan dan anak yatim piatu. Dia hanya gadis biasa. SPM pun cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya begitu cintakan tanah air. Berjaya menjadi business women bersama rakan baiknya, Ijam (Amar Baharin). Penternak keli dan tour guide mereka berdua. Business partner gituw. Ijam ni pula sukakan Milah.  



Bila bertemu, mereka sentiasa bergaduh. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi nakalnya, suka loyar buruk.. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja. Nana ada peminat bernama Usin Jingga, mamat senget yang sukakan warna jingga. Sampaikan masa hari perkahwinan Aidid dengan Nana pun, Usin dengan maknya Cik Siah Speaker datang buat kecoh. Lawak betol. Melepas si Adira, sepupu dorang juga. Gedik nakkan abang Aididnya tu.



Perkahwinan yang mulanya sama tak suka akhirnya menjadi cinta. Mereka berpindah ke Perlis kerana Aidid menjadi lecturer di UniMAP. Disaat Aidid sukakan Nana, dia accident dan patah kaki. Kerana itu, Mak Su mereka yang tak sukakan Nana, kononnya Nana membawa sial telah menghasut mama Aidid untuk pisahkan mereka. Nana berjanji apabila Aidid pulih, dia akan meninggalkan suaminya. 



Aidid berusaha mencari isterinya, Ijam pun tidak tahu. Baru dia teringat Nana kalau bersedih akan ke puncak Gunung Mat Chincang. Akhirnya, Aidid berjaya memujuk isterinya pulang. Semasa pulang, sepupu mereka Adira hampir-hampir dirogol. Nasib baik Nana yang pandai silat ni menolong. At the end, keluarga pak su insaf dan menerima Nana sebagai anak saudara mereka semula. Aidid dan Nana pun tak sabar tunggu baby.


Nana bawa Aidid pusing Langkawi
Comel skuter Nana
Ijam bercinta dengan Milah yang pemalu
Cantiknya.. Sepadan betul macam dalam novel
Bestfriend memerangkap business partner
Parents Aidid.. garang betol encik Azman
Nana dan Milah
Kesian Aidid patah kaki
Tok Wan dengan Nana
Sweetkan
Bersembang dengan Usin Jingga
Amar hensem !! Haha


Barisan Pelakon :

Zul Ariffin - Aidid Mukhlis
Izara Aishah - Liyana @ Nana
Amar Baharin - Ijam
Nur Zahirah - Milah
Wan Wala - Usin Jingga
Yaya Zahir - Adira
Shah Rezza - Azman (ayah Aidid)
Lizza Abdullah - Mariam (mama Aidid)
Kismah Johar - Hajah Kamariah (Tok)
Watie Sadali - Sabariah (Mak Su)

10 comments:

  1. sweetnya.. la kat astro cerita ni..melepas lah.. hehe

    ReplyDelete
  2. mcm best lak citer ni . takut melakt je depan tv nanti ...

    ReplyDelete
  3. macam syok je ... tapi kat rumah unify la :P

    ReplyDelete
  4. rs mcm da lama x tgk izara jd heroin. ms TLU tu dia cuma jd watak pembantu je kan...

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...kat umah c der astro. Tak boleh lah tengok.

    ReplyDelete
  6. amboi tajuk Mr.London Ms.Langkawi ya.. macam best jer ceritanya..

    ReplyDelete
  7. abg sado berlakon lg...ada pakej penonton pun nak dia lagi jd hero...

    ReplyDelete
  8. kapan ditayang kan film ny,, udah gak sabar pengen lihat abg sado alung zul

    ReplyDelete
  9. Where can I cat this drama online?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com