24 July 2016

Resepi Cendawan Masak Sos Tiram


Salam Readers..

Resepi Cendawan Masak Sos Tiram | Entah kenapa lepas raya feeling masak memasak ni makin membuak-buak dalam diri. Adakah seru nak menjadi isteri telah datang. Acece.. Kalau hantu cendawan hari-hari nak cuba masak makanan berasaskan cendawan. Bila anak masak, pak mad yang habiskan lauk. Huhuhu.. terharu sambil lap hingus sebab tak tinggal kat orang sikit 😜 Sedap sangat lettew anak masak kan kan 😛😀


Cendawan masak sos tiram


Menu cendawan masak sos tiram ni sangat sesuai untuk orang yang busy kerja, nak masak lauk cepat dan cepat makan. Meh nak kongsikan satu lagi resepi. Patut cuba, berselera makan dengan nasi kosong panas-panas. Hehe


Bahan-bahan yang simple

Cendawan, halia dan bawang putih yang telah siap potong



 Bahan-Bahan :


Seketui Halia
2 ulas bawang putih
10 biji cendawan butang putih atau swiss mushroom segar (boleh juga dalam tin)
Sos Tiram Kimball *any brand
Lada Hitam
Lea & Perrins *optional



Tumis halia dan bawang putih jangan sampai hangit tau

Cendawan dah nak salin warna tu


Cara-Caranya :


 1. Tumis bawang putih dan halia yang telah diracik/dicincang halus

2. Masukkan cendawan yang telah dipotong nipis. Kalau guna cendawan segar, masak hingga air cendawan keluar. Kalau guna cendawan dalam tin, masak hingga kecoklatan.

3. Masukkan sos tiram dan lada hitam secukup rasa. Kalau boleh, sos tiram tu letak banyak2 sikit.

4. Kacau sehingga rata dan siap !

5. Boleh dimakan bersama nasi.

6. Kalau nak masukkan dalam burger pun boleh macam ala Burger King 😀

 

12 comments:

  1. Sedap dan mudah..
    sangat ringkas..

    ReplyDelete
  2. Uishhh sedap nih! Akak suka makan cendawan tiram tumis begini :)

    ReplyDelete
  3. mudahnya!!! dah la lapar malam2 ni terliur pulak huhu

    ReplyDelete
  4. wahhhhh..makan dengan kentang putar pun best ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaaa.. rasa macam teringin plak nak letak dalam burger.. boleh ea..:D

    ReplyDelete
  6. waduhhh da la kite laa ni tgh lapo dia plak tnjk mknn ;-(

    ReplyDelete
  7. Mkn dgn roti pun sodap ni ...

    ReplyDelete
  8. suka betoi dengan cendawan ya..

    ReplyDelete
  9. Thanks for the recipe
    Memang ngah cari ni. hahaha

    Selamat berposa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com