25 July 2016

Resepi Nasi Goreng Mentega


Salam Readers..


Resepi Nasi Goreng Mentega / Buttercup | Atas nasihat pak-pak menteri maka Cik Nina menyahut seruan membawa bekal ke pejabat tapi ada sebab lain jugak, bila tender si penjual makanan orang Cina dan bawa bekal is JIMAT! 😂 Sekurang-kurangnya masak sendiri boleh makan dengan melahap tanpa was-was, kebersihan terjamin dan tak kelaparan selama 8 jam. Eehehe 😆



Nasi Goreng Mentega Udang



Ok dah stop melalut, bila dah bawa bekal ni mesti hari-hari akan pening nak fikir masak apa pepagi 😪 Meh nak share resepi nasi goreng mentega sebab mudah. Guna Buttercup lebihan buat biskut raya. Hee.. lebih ummphhhh



Bahan-Bahan :


4 cawan nasi (ikut sukatan untuk berapa orang)
2-3 sudu besar mentega (prefer Buttercup, rasa lemak sikit)
1 biji telur
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam dan penambah perisa
50 gm ikan bilis (digoreng garing - optional)
10 ekor udang (optional)
*Boleh juga tambah sosej, sayur etc



Cara-Caranya :


1. Panaskan mentega/buttercup sampai cair. Masukkan udang dan biar hingga masak sebelum masukkan nasi dan kacau rata-rata.

2. Masukkan telur (tak payah pukul), lada hitam, garam, penambah perisa secukupnya. Kacau hingga sebati.

3. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Dah siap ! 😉


7 comments:

Ahmad Hasif said...

ni makann feveret sy masa tadika ni sampai la ke sekolah rendah.. kalau takde nasi goreng ni mmg payah la maw g tadika tu.. haha teruk betul perangai.. selalu ayah yang masak sedap ooo.. adui tetibe pula rasa nak rasa dia masak kena balik kl la mcm ni.. sendiri masak masih tak sama lagi mcm dia masak.. tak taw la nape..

husna zahidi said...

kak nina lupa letak sayur.. sedap nih kalau letak kobis sikit.. hihihi..

dear anies said...

sy x lunch lg ni nak sepinggan boleh? ;-)

Qaseh Vee said...

Berulamkan hirisan timun pun sedap ni ...

LYAfrina said...

simple n nmpk sedap

izzeyda said...

yang simple pun sedap.. Izzat pun dah pandai masak nasi goreng.. baru nih beli perencah nasi goreng ayam, dia tambah kicap dan telur jadi laa nasi goreng dia..

izzeyda said...

izzat pun suka juga nasi goreng.. baru nih beli perencah nasi goreng ayam, dia tambah kicap, telur dan cili padi yang diketuk..fuh makan punya banyak..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com