24 November 2016

Film Review : Doctor Strange


Assalamualaikum Readers..



Film Review Doctor Strange | What's Up Guys ! First time tengok movie paling WOW !! Tak boleh imagine macam mana terbalikkan bandar London 😜 Pheww.. Sesiapa yang belum tengok, korang harus terjah wayang. Pestime kite excited dengan movie Marvel. Sangat kelakar dan berjaya mencapai box office dari budget $165 million ke $504.9 million. Meh layan Doctor Strange angkuh ni 😉



Doctor Strange? Sekian lama tunggu movie Marvel selepas Captain America : Civil War. Filem ke 14 dalam siri Marvel Cinematic Universe ini. Rasanya ramai tahu Doctor Stephen Vincent Strange antara salah seorang superhero terkuat dalam Marvel. 



Doctor Stranger Poster



SINOPSIS DOCTOR STRANGER :



Di Nepal, ahli sihir Kaecilius dan pengikutnya pecah masuk bilik rahsia Kamar-Taj dan membunuh penjaga library itu, menjaga teks-teks kuno dan magic. Stephen Strange, seorang pakar bedah otak yang kehilangan keupayaan tangannya dalam kemalangan kereta. Pelbagai usaha untuk pulihkan tangannya tapi sia-sia.



Selepas mendapat tahu Jonathan Pangborn, bekas pesakitnya yang lumpuh dapat berjalan semula. Strange ke Kathmandu. Di sana, Strange dibawa oleh Mordo, salah seorang ahli sihir. Ancient One menunjukkan Strange kuasanya seperti Mirror Dimension. Strange meminta Ancient One mengajarnya, dan akhirnya dia setuju walaupun sikap sombong Strange mengingatkannya pada Kaecilius. 




Doctor Strange tiba di Nepal

Kesian kena macam-macam dengan Ancient One


Ancient One ajar cara nak gunakan sihir


Strange mula diajar oleh Ancient One, Mordo dan membaca buku-buku kuno di library yang dijaga oleh Master Wong. Belajar bahawa Bumi dilindungi dari dimensi lain dengan ejaan terbentuk di 3 bangunan dipanggil Sanctums (New York, London, Hong Kong). Tugas ahli sihir adalah melindungi Sanctums. Kemahiran Strange cepat selama beberapa bulan, walaupun dalam diam mencuri baca teks yang Kaecilius telah curi sehelai mukasurat. Belajar cara melewatkan masa dengan Eye of Agamotto.




Ancient One membunuh pengikut Kaecilius


Doctor Strange menggunakan Eye of Agamotto


Kaecilius memanggil Dormammun


Mordo dan Wong memberi amaran jangan melanggar undang-undang alam, membandingkan kesombongan kerana kuasa dan Kaecilius, percaya selepas kematian punya hidup yang kekal. Kaecilius dan pengikutnya menggunakan halaman yang dicuri untuk memanggil Dormammu dari Dimensi Gelap, di mana masa tidak wujud dan semua boleh hidup selama-lamanya. Memusnahkan Sanctum London, dan Strange ke New York Sanctum untuk melindungi dan jubah Levitation melekap di badan.




Bandar New York yang berada dalam dimensi cermin


Strange cedera dan ke hospital bertemu gf


Part kelakar ! Haha.. Kesian Palmer asyik terkejut tengok roh Stranger keluar badan




Kaecilius dedahkan Ancient One hidup lama kerana ambil kuasa dari Dormammu dan membunuh Ancient One jatuh dari bangunan. Strange, Mordo tiba di Hong Kong mencari Wong dan Sanctum telah musnah, Dimensi Gelap menyelubungi bumi. Strange menggunakan Eye Agamotto untuk kembalikan masa dan Dimensi Gelap memerangkap dirinya dan Dormammu dalam masa yang sama selama-lamanya. Selepas membunuh Strange banyak kali tapi tak berjaya, Dormammu berat hati bersetuju meninggalkan Bumi dan bawa Kaecilius, pengikutnya bersama. Kecewa dengan Ancient One yang ingkar alam semula jadi, Mordo menarik diri.




Strange dan Mordo




#MyReview:



  • Doctor Strange hanyalah seorang pakar otak yang ego, annoying dan berlagak tahu dalam semua perkara hingga satu hari dia terlibat dalam kemalangan dan kejadian itu memusnahkan kerjayanya sebagai pakar otak. Pelbagai cara telah dicuba untuk memulihkan tangannya tetapi tak berjaya sehingga dia tiba di Kamar-Taj, Kathmandu, Nepal dan bertemu Ancient One.

  • Seorang doctor moden boleh percaya dengan sihir? Siapa sangka Doctor Strange kelakar rupanya. Banyak part yang kelakar dan gelak besar dalam movie ni.

  • Macam mana Strange boleh mahir guna Eye of Agamotto tu? Cloak of Levitation selamatkan Strange? Siap lap air mata Strange. Haha.. Benar ke Time Stone dalam Eye tu?

  • Jalan cerita yang memang awesome dan tak membosankan. CGI memang tiada movie dapat tandinginya. Bandaraya London, Now York boleh terbalik? Kalu tengok dalam 3D rasanya lebih baik.

  • Cara Doctor Strange berunding dengan Dormammu supaya tinggalkan Bumi dan jangan kembali semula ke Bumi terbaik. Tension betul Dormammu melayan kerenah Strenge. Hahaha

  • Palmer, kekasih Strange walaupun ada dalam beberapa babak tetapi tetap kelakar. Since terkejutnya di hospital, buat pesakit jantung habis.

  • Jangan keluar awal, ada sesuatu endingnya, tetiba muncul Thor yang sedang minum bir berkali-kali haha sebab Doctor Strange guna magiknya. Mereka akan bergabung. Tungguuuuu 😃


Tiket mahal janji BEST



🌟🌟🌟🌟🌟



14 comments:

Unni Anje said...

tgk online free je..hihih

Jari Manis said...

Wahh bila review dari mina ni dgnada secene kelakar tu rasa cam nk pegi tgk jgk lah..pegi hari rabu leh dpt diskaun 😬

nohas said...

baca review ni macam nk pi tengok...kalau tengok kt panggung, mesti best sound effect dia...cerita laju, tak bosan..

siti hazreen said...

kalau mahal tapi best takpe sis, kalau mahal tapi hampeh, eeee rasa macam nak cabut je kerusi wayang haha

cerita ni ada dalam senarai movie yang saya nak tengok nanti ;)

Farah Wahyda said...

Sehari ke sehari dok plan nak pi tengok..tapi tak tertgk2.. tah2 dah habis tayangan pun...

Fatin Days said...

Best eh cite ni? X tengok lagi.. Bolehla tgk since review pun cam best

http://www.fatindays.com

noorhaidaz eyda said...

Ramai kata best... hari tu asben tgk dgn kwn2 dia je..hehehe

dear anies said...

tgk muka hero tetiba sy tingat cite birdman hehehe tau2 depa x sama hehehe

husna zahidi said...

baca review tak berapa paham sgt.. mgkin nak kena tgk jgk kot.. hihihi..

ayunie ramli said...

ramai ckp cite ni best. bile nk kluar astro ni

A. Aqma said...

alaaaa aqma belum sempat tengok lagi... macam seronok je bila baca ur review~

Cik Yaya said...

mse kua nk tgok sgt..
tp bila da kua pergi pun idok..huuu

Wa said...

Belum tengok lagi cerita ni...macam best jugak kan

Cik Ash said...

review nampak macam best kena tengok nanti

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com