24 Feb 2019

Projek Nasi Lemak @ Dato Keramat, Georgetown, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Projek Nasi Lemak @ Dato Keramat, Georgetown, Penang | Tempat Makan Menarik Di Penang | Nasi Lemak Sedap Di Penang | Kembali bersiaran dengan entri makanan yang tak berkesudahan. Terus Nina bagi tau, Penang terlampau banyak restoran makanan yang sedap-sedap dan tak semua sempat terjah lagi. Kalau buat list tempat makan rasa nak nangis sebab terliur, readers pun terus ambil keputusan pangkah page. Hahaha.. (ada ke? Bakal publish suatu hari nanti). Kali ni Nina food hunting dengan Blogger Zafirah. Bawa mak buyung makan 2 Feb lepas. Nasib baik bf ada di Bangkok, kalau tak bertambah lemak-lemak yang ada.
 
 
 
Baby Lobster Nasi Lemak . 30 minit tunggu, nak bakar lobster ambil masa lama
 
Dekorasi yang ada
 


Peminat nasi lemak kalau nak cari kelainan boleh cuba di Projek Nasi Lemak, mai singgah Penang, jangan lupa pekena nasi lemak. Setakat ini ada 2 cawangan yang dikesan, di Dato Keramat dan Esplanade (Padang Kota Lama). Antara menu special yang ada Nasi Lemak Giant Sotong, Nasi Lemak Udang Asam, Nasi Lemak Kepala Ikan. Minuman wajib cuba pula Coconut Shake, Volcano Milo, Kopi dengan Ais Krim Peanut Butter. Memang tak terfikir akan ada menu-menu macam ni. Omgeee.. Rasa macam nak pi makan lagi.
 
 
Nampak bersih, selesa nak makan

Macam-macam menu ada
 
Minuman pelbagai nama dan jenis



 
Harga makan berdua :
 
 
Baby Lobster Set x 2 - RM 39.90
1 Lemon Grass Cold - RM 3.00
1 Milo Cold - RM 5.00
 
 
TOTAL : RM 87.80




Korang boleh juga makan di Projek Nasi Lemak Box di Esplanade, lebih teruja sebabnya berkonsepkan hipster dan santai. Yang menariknya, penyediaan makanan dan dapur dalam kontena. Selalunya konsep food truck sekarang ada food kontena. Tapi kalau hujan tak boleh makan sebab tak ada bumbung. Open table bawah pokok ni kena tengok cuaca.
 
 
 
PROJEK NASI LEMAK
 
 
 
Alamat : 498, Jalan Dato Keramat, Georgetown (mengadap stadium negeri)
 
 
Buka : Khamis - Selasa (12.00 pm - 3.00 pm & 6.00 pm - 10.30 pm)
(Rabu tutup)
 
 
 
Esplanade (Padang Kota Lama)
 
 
Buka : Isnin, Selasa & Khamis (6.00 pm - 1.00 am)
Jumaat - Ahad (5.00 pm - 2.00 am)
(Rabu tutup)
 
  

6 comments:

  1. JJCM # Penang kena berhari-hari..mcm2 ada, a melting pot of all races..
    belum pernah jumpa lagi - nasi lemak baby lobster..

    ReplyDelete
  2. igt td mkn kt dato keramat KL hehehe... mana laa tau kannnn

    ReplyDelete
  3. Hadoi.. lama tu 30 minit.. Kalau lapar memang bahaya ke sini.. hehehe.. Kena pergi waktu tak berapa lapar, barulah boleh sabar menunggu..

    ReplyDelete
  4. wah nasi lemak? wrne biru? nyummis

    ReplyDelete
  5. harga untuk nasi lemak lobster tu pun okay jugak :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com