28 September 2019

Nazzeeras' Cafe Kacang Phool Penang @ Penang Science Cluster

Assalamualaikum Readers

  
Tempat Makan Best Di Nazzeeras' Café Penang Science Cluster | Nazzeeraz' Kacang Phool Penang | Kalau tak cukup iman di dada, rasanya tiap-tiap bulan boleh habis gaji semata-mata makanan. Ya, ramai cakap Penang syurga makanan, itu tak kira café yang penuh dengan bubble tea. Selain gelaran negeri nasi kandaq, Penang jugak famous dengan kacang phool tau. Salah satu di Nazzeeras'! Berbaloi ternak lemak di sini, rasanya amat lain time makan di JB yang more to Javanese food dan style.


Nazzeeras' Café Kacang Phool Penang

Blogger Penang (kecuali baju peach, boleh jadi asst bakal kak ipaq)
 
   
Sempena pembukaan Nazzeeras' Café yang baru ini selain branch pertamanya di Tanjung Tokong. Lebih mudah buat penternak lemak untuk mai singgah makan di café sebab dekat sangat dengan jeti, turun feri dah sampai. Jalan kaki lintas jalan pun boleh. Pasti lepas ni, Nina akan terjah di sini sebab dekat dengan town. Boleh buat slogan "Ingat tanjung, ingat Nazzeeras' kacang phool Penang" . Selalunya kacang phool fames di Johor especially di Larkin Johor.



Nazzeeras' Café, Penang Science Cluster Branch berhadapan Wisma Kastam

Board di depan pintu masuk

 
Apa yang best kat sini? Mesti cuba set kacang phool dengan side dishnya yang lain. Boleh pilih nak makan dengan roti apa, kuah apa selain Aglio Olio dan Cheese Cake yang sedap. Kek lagi sedap dari Secret Recipe. Memang sedap kacang phool di Nazeera café. 26 Ogos lepas, Nina dan beberapa orang blogger Penang, berkesempatan menikmati beberapa menu signature terbaru. Jomm layan gambar-gambar. Sila tahan air liur. Hehe..
 

Kawasan kaunter bayaran dan dapur café yang see through konsepnya
 


Interior dalam cafe



Menu brunch pun ada


Peminat kopi sila datang



Menu-menunya



Senarai minuman
 
 
Apa yang menarik ialah kawasan Nazeeras' Café terletak di kawasan persekitaran yang telah diubah suai menjadi walk-away area yang sangat cantik. Walaupun pada hari kejadian cuaca hujan tetapi tetap ada pasangan pengantin berphotoshoot. Meh nak terangkan satu persatu menu-menu yang menjadi pilihan kami.



Aneka kek, brownies, pie, muffin dan roti di Nazzeeras' Café


Barisan menu pilihan kami


Apa yang best ialah pilihan menu kacang phool yang pelbagai di Nazzeeras' Café. Terdapat beberapa set yang menjadi pilihan kami untuk dicuba dan beraneka jenis minuman dan dessert yang boleh dicuba. Boleh tengok details di bawah ini :


Kacang Phool Set (Beef, Garlic Cheese Toast)



Untuk menu kacang phool set ini, ia set yang didatangkan bersama roti Benggali serta kuah kacang phool. Kuah kacang phool ini merupakan tekstur kuah yang pekat dan berempah hasil daripada adunan kacang 'fava' (kacang phool / parang), ayam / daging, tomato serta rempah ratus / herba / kari.
 
 
 
Untuk menu ini boleh buat pilihan bagi kuah phoolnya (vegetarian / ayam / daging) serta rotinya (plain / butter / cheese / garlic / garlic cheese / French toast).



Huevos Racheros


Menu berasal dari Mexico (kauh salsa serta telur). Tetapi di Nazzeera's café ianya diberikan twist tempatan dan ditambah dengan roti bakar. Memang sedap menepati citarasa. 



Chili Dip Set (Beef)


Untuk menu ini, ianya set roti serta kuah kacang phool tetapi untuk kuahnya, ia diberikan sedikit 'twist' yang mana ianya merupakan hasil daripada adunan kuah kacang phool yang ditambah dengan cheddar, mozzarella, feta, bawang dan cili.
 
 
 
Bagi menu ini boleh juga membuat pilihan bagi kuah phoolnya (vegetarian / ayam / daging).



Cheesey Melts (Beef)



 Menu ini juga boleh buat pilihan untuk intinya (vegetarian / daging / ayam / pepperoni / mix). Roti bakar ini merupakan kombinasi Nazzeera's signature bbq sos, caramalized onion bersama inti pilihan serta mozzarella.  



Nazzeeras' Signature Salad


Yang ini memang sedap! Simple, rangup, fresh serta dressingnya meletop dengan taburan buah delima. Menjadi rebutan kami semua.  



Pesto Range Pasta with Grilled Chicken


Pasta bersama ayam. Sebenarnya yang membuatkannya hijau kerana rasa seperti bayam. Bagi nina menu ini sesuai untuk yang gemarkan sayur.  




Aglio Olio Pasta with Shrimp


Menjadi menu pujaan hati sejak dulu, kini dan selamanya. Hahah.. Udang banyak puas hati. 



Browned Butter Banana Dessert . Sedap dimakan semasa ais krim tak cair


Classic New York Cheesecake. Pilihan nina

Honey Lemon Panas

Fresh Strawberry Milkshake

Smoothie Greek Yogurt Avocado

Ribena Soda Float Iced (pilihan nina)

Ribena Longan Iced

Milo Float Iced & Tea O Longan Iced


Lemon Lychee


Macam mana? Berselera tengok tak. Hehe.. Bagi yang berminat untuk mencuba roti bakar kacang phool Penang style, wajib singgah ke Nazzeeras' café atau cawangan utama di Tanjung Tokong.



Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool Penang
 
 
Alamat : Kompleks Desiran Tanjung,
Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang,
Tanjung Tokong, Penang.

Masa : 7.30 am - 12.30 pm (Breakfast)

7.00 pm - 10.00 pm (Dinner)

(Selasa-Ahad)
*Isnin cuti
 
 
 
 
 
 
Nazzeeras' Penang Sciences Cluster Branch
 
Alamat : 37, Gat Lebuh China,
10200 George Town

Masa : 7.30 am - 12.30 pm (Breakfast)

7.00 pm - 10.00 pm (Dinner)

(Selasa-Ahad)
*Isnin cuti
 
 
 


 

5 comments:

  1. tuu diaa jenuh skrol ke bawah tengok menu2 depa.. nampak sedap semuanya :)

    ReplyDelete
  2. wah wah dah bukak cafe. alhamdulillah..
    sedap Kacang Pool dia. x penah makan kat Johor so rasa yang Nazeera punya..
    semoga bisness makin maju aamin =D

    ReplyDelete
  3. omaiii melelh air liur tengok menu sedap nyaaaa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tgk mknan dia... Fuyoo boleh try nnti

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com