13 December 2016

Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral

Assalamualaikum Readers..


Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral COD Penang | Pau cendawan yang viral di media sosial masa dulu. Demam pau cendawan ni mula masa bulan puasa lepas, waktu itu hairan semua orang nak try makan, apa yang menarik sangat dengan pau cendawan ni. Mungkin orang tertarik pada inti dan bentuknya macam cendawan. Menarik betul ! Sangat kreatif orang yang cipta. 




Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral




Apa boleh buat time tu di utara tak ada yang jual, sehingga nampak "Blogger El Darwena" promote dalam IG dia. Tak tergerak lagi nak order, asyik lupa. Akhirnya order juga dua kotak. Tekak tergedik-gedik nak makan. Ayah memula jual mahal tak nak makan, sekali hidang depan muka, ngap habis 2 biji 😏




Puas makan pau cendawan ni

Inti Pau Cendawan yang creamy




Rasa Pau Cendawan berintikan creamy carbonara + isi ayam cincang + ketulan-ketulan cendawan shitake. Pau cendawan ni frozen, jadi lepas simpan dalam peti sejuk, bukan tempat beku ye. Keluarkan biar kejap baru kukus dalam 4 minit. Ya Allah, roti pau lembut sangat dan gebu !! Sekali makan rasa kesemua inti-inti tu. Yang best, mak boleh pulak simpan untuk makan breakfast esok pagi tapi masih lagi lembut. WOW tak macam pau biasa, mesti keras.



Dalam paket ada 4 biji pau cendawan dan harganya RM 10 tak termasuk caj penghantaran. Nak order lagi lah bila ada review. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh contact El Darwena di FB "El Darwena" atau whatsapp 017-486 5484 😊



9 comments:

nohas said...

pernah makan..sedap jg..

Unni Anje said...

berliur tgk

dear anies said...

aritu kt kg ada org jual...menyesal x beli...

Cik Yaya said...

pernah dgr..kat klang ni mcm ade..tp xtau kt mn
xpernh rasa lagi..
mcm sedap je tu tgok..nyum3.. ^,^

Murni Alysa said...

memang sedap..sekali makan 3 biji baru puas ht..hahaha

Cik Ash said...

leleh air liur tengok hahahaha

mizie said said...

dah ada di merata dah penang usah dikata la...lembah klang pun dah start masuk...boleh search dkt FB type pau abah official..ada page situ boleh rujuk

mizie said said...

lembah klang dah start masuk,boleh search page dkt FB type pau abah official...

ohayoCINTA!! said...

Area jitra pun ada... Pau ayam panggang pun ada... 1 = RM 2... Murah dan sedap

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com