20 August 2019

Beli Cincin Tunang Di Poh Kong @ Queensbay Mall

Assalamualaikum Readers
 
 
Beli Cincin Tunang Di Poh Kong Queensbay Mall | Hari nak beli cincin baru tunang bagi tau. Dah la kami baru balik dari kenduri di Bandar Perda. Terpaksa ke mall pakai kebaya. Haha.. Memang mamat ni nak tengok Nina pakai baju traditional pi mall. Dia dah berjaya, yeayyy!! Hari kejadian tu, kami berlima berangkat ke mall (parents, tunang dan lil sister). Dimulakan dengan bismillah disudahi dengan Alhamdulillah gitu. Dimulakan di kedai emas Wah Chan - Tomei - Poh Kong . Nak beli cincin seeloknya time SALE (especially lepas raya kata gadis Tomei). Habiskan masa 3 jam dalam Poh Kong. Cari cincin untuk Nina + mama tunang pun nak tukar cincin baru. Haha.. Maka kami bling-bling di atas pelamin tu. [ZOOM GAMBAR UNTUK TENGOK]


Pilih-pilih cincin yang ada. Poh Kong banyak pilihan
 
Macam-macam design cincin Poh Kong 
 
Cincin emas 916 Poh Kong ada yang beribu sebab berat emas
 
Cincin pilihan mama tunang
 
Dah dapat 2 cincin yang berkenan di hati mama tunang
 
Jangan tertipu bukan batu. Ini pun RM 700++ (bukan nak show off tapi nak bagi info kepada peminat emas)
 
Shine bright like a diamond
 
 
Untung bawa si Aqilah, dia carikan design 'muda', dapatlah satu design yang berkenan di hati. Size jari 10 tapi cincin tu size 12, nina minta kecilkan ke size 11 (takut nanti makin gemok, cincin tak muat). Alhamdulillah, abah tunang minta diskaun untuk 3 cincin yang kami beli sampai dapat. Lepas ni, nak beli barang emas kena bawa pak mentua. Haha.. Buli amoi Poh Kong sampai pening, sebenarnya lagi sejam mall nak tutup. Perempuan kalau masuk kedai emas, jangan harap nak keluar selagi tak dapat, berhantu tempat tu.
 

Resit cincin Nina (buat reference untuk diri)
 
Sedap kalau dapat
 
Lawa! Tak suka Pandora
 
Suka koleksi ni
 
Charm Poh Kong comel
 
 
Banner raya aidilfitri pun ada lagi
 
 
Habib Jewels tiada dalam list. Tak rasa nak beli emas di Habib. Memang request nak cincin Poh Kong di kedai yang sama Nina jual barang kemas mak dan arwah tok (jual emas yang dah tak muat/rosak). Tak sangka Poh Kong bagi harga emas yang jual tu sehingga 6k ke atas. Seronok kalau buat investment emas di usia muda. Nak beli emas sikit-sikit kalau ada rezeki lebih, jangan jadi anak mami sudah. Haha..
 

10 comments:

  1. Cantik emasnya, rietta xbrp mnat emas plus takut nak pkai, lebih suk silver...tpi kalau untuk investment bgus juga kan....

    ReplyDelete
  2. akak pun suka beli barang kemas kat Poh KONG sebab design dia cantik2...

    ReplyDelete
  3. jari kita sama saiz kak nina! hahahhaa
    saiz cincin pon sama, mak cakap kalau ambik kecik sgt kang, risau gemok plak. :p

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Selamat Bertunang. :)

    ReplyDelete
  5. selamat bertunang sayam...tak sabor nunggu kenduir he3

    ReplyDelete
  6. Akak semua suka... Asal nama emas. Mmg akak suka.. Poh Kong ka Anwar ka habih ka... Janji emas.. Lagi sedap kalau laki yg bayaq... Eh mmg selama ni laki yg bayaq pun utk semua brg2 kemas akak

    ReplyDelete
  7. cantik-cantik design dia.. up to date gitu.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. design barang kemas sekarang pun boleh tahan dasat jg laa... mesti berpinau mata nk pilih hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com