25 Feb 2020

Resepi Buah Melaka Mudah

Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Buah Melaka Mudah | Resepi Buah Melaka | Kuih buah Melaka atau di selatan dipanggil kuih onde-onde bukan tajuk lagu Donde. Di utara memang dipanggil buah Melaka sebabnya kuih onde-onde kami lebih kepada inti kacang hijau atau dalam bahasa Cina ialah Jian Dui (Sesame Balls). Digaul bersama bijan putih. Nanti Nina share resepi. Bila tiba bulan puasa, ini antara salah satu kuih paling mudah nak buat, bahan-bahan pun sikit sahaja. Wajib ada time berbuka, selalunya suka buat dari beli due to peniaga kedekut (letak inti sikit).
 
 
Resepi Kuih Buah Melaka Mudah

 
 
Budak-budak pun boleh buat, resepi mudah nak ingat. Meh nak shared untuk tatapan anak dan cucu. Eh! Step by step. Nanti puasa, mesti ramai yang mencari resepi, jangan pening-pening sudah memikir nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Untuk resepi ini, boleh dapat dalam 48 biji.
 
 
Bahan-bahan penting kuih buah melaka

 
 
BAHAN-BAHAN :
 
 
2 Cawan tepung pulut
Gula Melaka (dipotong kecil)
2 Helai daun pandan (ditumbuk & ambil air)
Pewarna hijau (guna sedikit)
Garam halus secukupnya (untuk digaul bersama kelapa)
Kelapa parut secukupnya
 
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Campurkan tepung pulut bersama air daun pandan dan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan seri warna.
 
  
Tepung pulut + air pandan
 
Uli sehingga jadi doh lembut
  
 
2. Gaul sehingga sebati, jangan sampai adunan terlalu lembik. Pastikan bila balut bersama gula Melaka tak ada lubang. Nanti bila rebus air masuk.
  
 
Lagi besar doh lagi best makan

Uli-uli sampai habis adunan
 
 
3. Sediakan bekas untuk gaul kelapa parut. Kelapa parut digaul bersama sedikit garam halus. Barulah rasa sedap dan berlemak.
 
 
Buah Melaka menyelam
 
Buah Melaka timbul

Magik betul kuih ni. Macam mana orang dulu-dulu ada idea nak buat kuih ni


4. Dah siap bulat-bulatkan buah Melaka tu boleh la direbus.
 
 
5. Rebus sehingga buah Melaka timbul, angkat dan campak ke dalam kelapa parut. Siap untuk dihidang!
 
 
 
p/s : Puasa nanti tak pening dah cari menu. Hehe
 

6 comments:

  1. ejulz suka kalau intinya banyak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Kuih kegemaranku di bulan puasa hehe..tq share resepi

    ReplyDelete
  3. Wahhh... Tetiba teringin pulak nak makan kuih buah melaka... Nanti saya cuba buat ikut resepi ni ye. Thankyou!

    ReplyDelete
  4. hebatt pandai buat buah melaka.. :p

    ReplyDelete
  5. Sodap.. suka makan masa berbuka.. buat sendiri lagi puas hati.. hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com