13 Oct 2023

Review Filem Love At First Sight (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Love At First Sight (2023) | Filem ini based on buku statistics tentang cinta pandang pertama. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Menarik untuk ditonton. Sejak Netflix ada macam-macam movie, dah tak jejakkan kaki di mall untuk tengok wayang.



SINOPSIS :


Hadley Sullivan (Haley Lu Richardson) dari Amerika terlepas penerbangan ke London untuk menghadiri perkahwinan bapanya. Dia terpaksa beli semula tiket dan menunggu penerbangan seterusnya. Semasa menunggu dia bertemu dengan Oliver Jones (Ben Hardy) pelajar jurusan statistics di Yale yang menawarkan untuk meminjamkan pengecas telefonnya.



Mereka berbual dan makan bersama. Di dalam kabin, tali pinggang Oliver rosak dan pramugari menukar tempat duduk di sebelah Hadley. Mereka menghabiskan masa dalam penerbangan dengan bertukar-tukar cerita. Selepas mendarat, Oliver menaip no telefonnya di fon Hadley sebelum mereka terpisah untuk pemeriksaan imigresen.



Malangnya, telefon Hadley kehabisan bateri sebelum sempat save. Akhirnya dia terus ke majlis perkahwinan bapanya dan terpegun dengan kebaikan isteri bapanya, Charlotte. Di majlis, Hadley terdengar tetamu berbual berkenaan memorial dan mengingatkan pada Oliver. Hadley pun berusaha mencari Oliver sementara ada masa sebelum majlis makan malam bapanya.



Hadley berjaya ke lokasi memorial dan terjumpa adik Oliver dan ibu bapanya. Tessa tidak meninggal tetapi menghidap kanser peringkat akhir sebelum berhenti menerima rawatan. Oliver gembira bertemu Hadley, dan mendesak Oliver meluahkan perasaan ditolak kerana masa tidak sesuai.


Dalam perjalanan pulang, Hadley tertinggal beg galasnya dan meminjam telefon orang untuk hubungi bapanya dan menceritakan apa yang terjadi. Atas dorongan ibu bapanya, Oliver terjumpa kad jemputan perkahwinan bapa Hadley dan pergi ke lokasi untuk meluahkan perasaan pada Hadley kerana takut mereka akan terpisah. The End.


🌟🌟🌟


4 comments:

  1. Dua-dua jatuh cinta pandang pertama ya? Jadi tiada masalah.

    ReplyDelete
  2. Macam best jer citer ni..nak tengok la kalau ada lagi

    ReplyDelete
  3. barisan pelakonnya tak kenal🤭

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com