31 Oct 2025

Genap Setahun Arwah Mak Meninggal

Assalammualaikum readers


Genap Setahun Arwah Mak Meninggal | Cukup sebulan dalam jagaan, Allah ambil semula. Alhamdulillah walaupun Nina dan hubby resigned, segala makan, minum cukup buat kami, bil-bil mampu bayar. Paling tak disangka, sepupu hubby kirimkan stok susu dan keperluan lain. Nak bayar, katanya sedekah.


Terima kasih kak Inaz

Kak Inaz kerja company supply barang medical untuk hospital area KL dan Selangor. Semoga murah rezeki dapat tender di hospital negeri-negeri lain.


Genap 365 hari hilangnya doa dan pelukkan seorang ibu 😭 Hari-hari terakhir sebelum meninggal dah nampak tanda-tanda arwah akan "pergi" tapi fikir positif. Antara tandanya :


- Setiap kali minum susu, mesti susu keluar semula, badan dah bagi hint tak terima makanan

- Banyak tidur

- 2 hari sebelum meninggal, dah tak buang air besar

- Biji mata ke dalam dan telinga jatuh

Lupa sapa bagi sumbangan. Beras tak boleh makan langsung, hancur dan ada kutu

5 Nov - Hari ke 6 mak meninggal, orang yang bagi bantuan, minta Nina pulangkan semula 🤣 buruknya perangai


Pagi 31 Oktober 2024 (Khamis), lap badan, tukar pakaian dan bagi minum susu macam biasa, pukul 3 petang, cakap kat bapa tolong tengokkan mak sebab Nina dan hubby keluar ke dobi, time tu beberapa hari hujan.


Settle dryer 2 bakul baju, tak tunggu di dobi terus balik. Sampai di rumah, tengok mak "macam" tidur, hingga perasan tak dengar bunyi nafas (biasanya bunyi nafas kuat), tatap muka, ada kesan air mata macam baru lepas menangis tapi dah tak bernyawa. Allahuakbar betullah masa kematian tiada siapa yang tahu, hanya Allah yang tahu pukul berapa mak meninggal 💔


Inform jiran, hubby call hospital dan mama mentua (family in laws on the way balik dari makan), beberapa minit kemudian, MO datang sahkan kematian barulah hubby ke balai polis. Ralat sangat sebab hasrat nak kebumi mak lepas solat Jumaat tak kesampaian atas desakan keluarga angkat mak nak percepatkan proses pengkebumian tak kira malam atau subuh. Kami laki bini taknak gaduh, sedangkan family side bapa ada yang tak dapat balik disebabkan keputusan tergesa-gesa.



Sepupu Nina pandai urus jenazah, dia ambil kursus, alhamdulilah kalau ada keluarga meninggal dia akan urus. Ada masa dan rezeki, nak attend kursus jenazah.

9.21 pm - Baru tahu, kawan mengaji dari umur 8 tahun jadi tukang gali kubur (part-time). 


9.42 malam, selesai kebumi. Nina dan suami akan ingat sampai bila-bila orang yang hadirkan diri dari masjid ke kubur, habis baca talkin baru pulang. Fardhu kifayah ni besar pahalanya.


9.42 pm - Selesai kebumi dan sedang baca talkin

Yang ikut ke kubur : hubby, bapa, paksu, sepupu, mama dan abah mentua termasuk suami jiran sebelah dan ustaz. Orang-orang yang beria suruh kebumi tak datang pun.

Rumah baru mak


Keesokkannya, 1 Nov 2024 kami 3 beranak ke UTC Komtar uruskan sijil kematian. Baru rasa perasaan pulangkan IC dan digantikan dengan sijil kematian tu. 



4 Nov - Hari isnin baru ke UTC ambil sijil kematian, hubby photostat IC lama buat kenangan



Sepanjang 365 hari tulah terfikir cukup kah amalan arwah? Adakah Nina dah buat yang terbaik selama sebulan jaga arwah, sumpah letih dan tak pernah cukup tidur, hinggakan lepas seminggu mak tak ada, hubby bawa jumpa fisioterapi betulkan tulang belikat, susah nak bernafas. Hari-hari angkat arwah untuk tukar pampers dan pakaian. Sebagai anak, kenalah buat pahala-pahala yang lain sebagai "bonus".

28 Oct 2025

Beryl's Gianduja Chocolate With Biscuit Ball And Almond

Assalammualaikum readers


Beryl's Gianduja Chocolate With Biscuit Ball And Almond | Alang-alang masuk FM sebab ada orang belanja Avocado Sofuto, Nina ke bahagian coklat, rasa macam nak angkut Beryl's kotak hijau sementara Harraz di Mixue, kena cepat-cepat beli sebelum dia nampak 😂😂 Ibu dan anak hantu coklat/aiskrim.


Beryl's Gianduja Chocolate With Biscuit Ball And Almond - RM 8.20


Ada rezeki lagi, tinggal 2 kotak saja, ada juga flavour Strawberry tapi nampak macam tak ada orang beli sebab tak terusik pun. Beryl's Salted Caramel sah-sah tinggal rak kosong. Siapalah yang sanggup makan coklat manis tahap potong kaki tu. Jangan tanya ada berapa biji, tak kira terus makan 



Disebabkan nama terakhir coklat ni ada perkataan bittersweet chocolate dan 3 biji yang terakhir baru pura-pura bagi pada Harraz sambil cakap "mama ada coklat baru" 😅 Not bad, dia makan habis! Coklat ni ada rasa pahit sedikit. Boleh diterima tekak.

26 Oct 2025

Sedap Makan Saikok Halal Thailand

Assalammualaikum readers


Sedap Makan Saikok Halal Thailand | Sai gork atau Sai krok adalah sosej peram (fermented sausages) yang berasal dari Laos dan Thailand. Popular di utara Thailand, yang pernah ke Bangkok mungkin ada nampak dijual tapi tidak halal sebab ada campuran pork dan nasi.


Sai krok Isan daging

1 paket (30 biji) - RM 35 (harga biasa), offer RM 25. Hubby beli offer 3 paket dari RM 105 dapat RM 75. Beli lebih sebab nak bagi kawan rasa


Terima kasih kepada family Pisang, orang Bertam sebab jual benda alah ni. Dah 3 kali repeat beli saikok hasil air tangan isteri dia original orang Thai. Beli 3 paket sebab Isan ada buat offer dalam live Tiktok.


Lepas bakar mesti akan ada yang pecah sebab bukan guna kulit perut lembu

Bahan - Daging, Suhun & Nasi. Nak makan kena buang tali dulu




Rasa dia?? Rasa daging masam la 😂 cicah dengan sos cili, lagi sedap makan panas-panas dengan nasi atau ratah begitu saja. Makan tanpa cili memang tak rasa sedap.

25 Oct 2025

Review Filem : Telaga Suriram (2025)

Assalamualaikum readers


Review Filem : Telaga Suriram (2025) | Saat terpandang keluar iklan filem ini di Netflix terus tengok sebab barisan pelakon-pelakon mantap dan senior antaranya Scha Alyahya, Maya Karin dan Nabila Huda. Ada beberapa scene Telaga Suriram ada 18sx, dah macam filem seram Indonesia.



Sinopsis :


Mengisahkan misteri tentang kehilangan Suriram (Puteri Rafasya), seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan merupakan anak perempuan tunggal pasangan Rohaya (Maya Karin) dan Sopiyan (Fauzi Baadilla). Suriram banyak menghabiskan masa bersama Maimon (Nabila Huda), gadis lembam dan bisu, anak kepada Mak Tijah (Ellie Suriaty), seorang dukun di Kampung Chendana.



Inspektor Kamilia (Scha Alyahya) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Suriram sebaik saja di pindahkan ke kampung tersebut. Hari pertama sampai di kampung dia sudah diganggu oleh roh Suriram yang membawa dia ke gua. Di sana dia bertemu Zakir (Farid Kamil), anak kepada ketua kampung iaitu Haji Mulok (Zack Zabhas).



Sejak kehilangan Suriram, orang kampung mula diganggu oleh kejadian-kejadian pelik sehingga Manisah (Sri Idrina) memberitahu bahawa Maimon orang terakhir bersama Suriram pada malam kejadian. Orang kampung yang marah diganggu mengambil tindakan mengurung Maimon di dalam sangkar sementara polis melakukan siasatan.



Di scene terakhir mula nampak perangai masyarakat tentang Maimon yang sebenarnya bukan lembam tapi ada penyakit PTSD selepas dirogol oleh budak-budak nakal setelah sekian lama dipendam dia jadi selective mute. Sebab itu ada babak dia bercakap, ada masa dia banyak diam.


Landskap semulajadi di negeri Perlis, Kedah dan Perak yang ada dalam filem antara faktor yang menghidupkan suasana Kampung Chendana. Cuma mesej yang pengarah nak sampaikan pada penonton tu tak sampai, skrip lemah.


Bila dapat tahu siapa yang bunuh Suriram tu, boleh nampak related dengan kes jenayah di Malaysia yang banyak tak dapat pembelaan sebab ada kaitan dengan orang yang ada pangkat dan harta. Babak Zakir dan Rohaya di Telaga Suriram membuatkan penonton teringat filem Lagenda Budak Setan 3 sebab chemistry mereka masih ada walau lama tak berlakon bersama.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

23 Oct 2025

Bunga Api Deepavali 2025

Assalammualaikum readers


Bunga Api Deepavali 2025 | Kalau tahun lepas, Deepavali jatuh pada hujung bulan Oktober, dan malam itu hari pengkebumian arwah mak 😭😭 Tapi tahun ini, Deepavali disambut pada 20 Oktober, tahun ini hubby kata ramai orang India kaya sebab berkemampuan beli bunga api yang harga 1 kotak (380 shot-RM 500++) 😂😂



20/10/25 - Dari Seberang Jaya ke Perai

21/10/25 - Bunga api dari rumah banglo orang India. Rumah tepi kubur mak 😅

Slow motion bunyi creepy

Siapa kata bising tak boleh tidur?? Harraz no problem lepas tengok bunga api terus ajak masuk tidur dan tidoq berdengkur pulak tu. Eh lain macam pula dengan perangai atok dia, membebel sebab tak boleh tidur. Layan saja, 2 malam main bunga api.


Dari awal tahun 2025, bunga api dijual tanpa sekatan, boleh beli dan simpan stok di rumah. Ada banyak perayaan di Malaysia tapi bila 22 orang cedera di Kulim kerana kes bunga api meletup tu nak salahkan siapa??

22 Oct 2025

Avocado, Strawberry Yogurt, Plum And Lavender Sofuto Family Mart

Assalammualaikum readers


Avocado, Strawberry Yogurt, Plum And Lavender Sofuto Family Mart | Gabungkan 2 cerita masuk FM semata-mata nak try perisa sofuto yang berlainan. Walaupun murah, suka lagi FM punya dari Mixue. Nina rasa sofuto FM tak adalah manis sangat. Ikut tekak masing-masing kot. Tiap-tiap bulan mesti tukar-tukar flavour.


Nina try yang Plum tu, Mira & Harraz nak Strawberry

Rasa macam susu Strawberry

Yang Plum pelik sikit rasanya, dah berapa kali jilat eh macam jilat ubat batuk. Kalau tak campurkan perisa buah dan bunga tu lagi better kot.


27 September lepas, minta izin dengan hubby nak pi healing dating di Ayer Itam dengan budak-budak ex Watsons. Dua budak tu asyik text ajak jumpa sebab dah lama tak lepak. Nina cakap dengan Mira "kak pun tanam anggur, kak boleh belanja sofuto saja" 🤣 walaupun murah seronok Harraz sebab mama belanja.


Dalam dunia sendiri dengan strawberry sofutonya

Cuaca sejuk, pekena tomyam

Sejak jadi SAHM (Stay At Home Mother), muka mengembang dengan jayanya. 2 orang ni pernah cakap random, kalau meninggal tolong doakan tambah-tambah Ashu, dia anak yatim piatu 😭


13 Oktober pula, Ban&Nabila ajak pi Mixue nak makan aiskrim, katanya Nabila nak belanja, tapi dia nak makan matcha, kami berdua masuk FM, kedai sebelah-sebelah, staf kata ada Avocado saja, why not try, rezeki jangan ditolak.


FM outlet Sg 2 ni penuh dengan student USM

Rasa Avocado yang mild, tak kuat dan kurang manis. Mak lurrve. Bulan depan mesti tak ada dah



Tengah menikmati aiskrim avocado dengan setiap jilatan 🤣 pastu teringat oh ada belanja Mira. Kali ni orang pula belanja, walaupun hanya aiskrim dan harga murah tetap rasa bahagia sebab ikhlas kot. Ayat sedapkan hati.

20 Oct 2025

Makan Di Belanga Penaga

Assalammualaikum readers


Makan Di Belanga Penaga | Nama kedai unik betul 🤣 Cerita bulan lepas punya. Hubby jenis spesis suka masuk live kedai/restoran makanan dan komen, paling tak senonoh suruh Harraz masuk live tiktok tokey Ayam Gepuk Pak Raden. Nasib lah owner jenis peramah.


Nasi Goreng Udang Chicken Chop - RM 18.90 (shared dengan Harraz)

Hubby order Nasi Goreng Chicken Chop - RM 15.90


Ini pun salah satu kedai yang staf jenis melayan pertanyaan haa confirm sampai. Area Penaga juga, baru perasan malam lagi meriah dengan kedai makanan rupanya. Ada menu selain CKT dan kami pilih nasi bersama chicken chop. Boleh tengok menu-menu di Tiktok, Instagram dan FB dengan nama Belanga Penaga.


Sirap Bandung - RM 3.50 (memang pekat)


Tempat makan luas, boleh pilih nak open air atau berbumbung, betul-betul makan menghadap Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut. Park kereta pun dalam parking untuk masjid. Lokasi mudah cari, hanya ikut waze saja.


Alamat : Gerai 1, Lahar Tabut, Mukim 4 13100 Penaga, Pulau Pinang.


Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari pukul 5 petang-12 tengah malam (Tutup hari Khamis)

19 Oct 2025

Kopi Uungu, Kopi Buat Sendiri

Assalammualaikum readers


Kopi Uungu, Kopi Buat Sendiri | Owner yang buat kopi ni adik kepada blogger Miamor Zafirah, lebih kurang macam kawan, Ika. Apa yang sama kedua-duanya rnd resepi sendiri dan jual makanan/minuman homemade menerusi kawan-kawan.




Dah ada SSM sendiri tapi bukan mudah ya nak kekal berniaga dari rumah. Kadang on off sebab ada kerja hakiki lain. Nina nampak Zaf (panggilan untuk Zafirah) promote di WhatsApp terus rasa nak cuba. Owner duduk di Ipoh, weekend baru balik Penang, barulah dapat cod ke rumah.


Boleh follow di IG, ada no fon



Nina order 2 jenis Kopi bestseller, Pistachio dan Spanish latte. Alhamdulillah sedap, pekat dan lain dari sikit dari jenama kopi sedia ada. Pistachio rasa lemak-lemak kacang dan Spanish pahit sikit, tak sama macam Spanish latte Zus Coffee 🫰🏻 Apa yang best, simpan dalam fridge dan esoknya rasa masih kekal sama, masih pekat rasa kopinya. Mak lurveeee... sapa area Ipoh nak cuba boleh komen, nanti Nina bagi contact no okay? 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com