21 Dec 2025

Elianto Year End Sale

Assalamualaikum readers


Elianto Year End Sale | Hujung tahun semua kedai, butik buat sale sana sini tapi kalau betul-betul sales murah tunggu time raya Cina, sebab ekonomi di Penang majoriti Chinese, krismas sendu sikit, ini pun Nina tolong promote kawan kerja part time di Elianto.



Katanya sales sebulan kena capai 18k 😪 Allah keja dengan cina begitu lah. Bos suruh jual produk kecantikan atau jual rumah/kereta ni. Confuse kejap. Sesiapa yang memang suka atau baru berjinak-jinak nak try brand Elianto boleh terjah di mana-mana kiosk/mall berhampiran rumah.



Elianto adalah brand local ya, Nina dah jumpa solution untuk gantikan brand Bath & Body Works, masih buat jihad kecil buat saudara di sana. Jadi kalau dapat gaji tu boleh cepat-cepat grab sebelum promosi habis.

15 Dec 2025

Beriadah Di Sungai Baling, Kedah

Assalamualaikum readers


Beriadah Di Sungai Ketil/Baling, Kedah | Kembali ke cerita peram dari bulan Jun lepas, kekangan masa bukan semua cerita boleh publish on time. Sebenarnya tak plan pun nak bawa Harraz mandi di sini, hari kejadian kami ke kenduri adik ipar kepada sepupu hubby di Baling.


Masa sampai tu cuaca mendung, ingatkan nak hujan rupanya tidak

Separa merajuk sebab tak bagi mandi, kalau ke mana-mana mesti spare pakaian Harraz dan tuala jadi tiada masalahnya kalau unplanned macam ni.


On the way nak balik Penang, kawan hubby call, katanya minta check kereta, bila kata lokasi ada di sungai Baling apa lagi, terus tuju ke sana. Nina memang suka bawa anak masuk kampung, tak kisah lah kampung sapa pun, janji Harraz explore tengok nature atau haiwan sebab Nina ada childhood memory begitu.


Air cetek dan tak dalam. Kedalaman paras pinggang.



Geram tengok itik putih gebu, itik tu kepunyaan orang kampung sebelah.

Sungai rupanya di kaki Gunung Baling



3 jam juga kami habiskan di sungai tu, baru tahu ada chalet, homestay dan campsite di sepanjang sungai Ketil/Baling, depan meja lepak kami ada sebuah family dari KL, seronok anak dia sewa pelampung besar naik dari hujung hingga ke chalet dorang. Sewa RM 5. Sesiapa yang sukakan suasana kampung dah boleh survey atau plan cuti sekolah bawa anak-anak ke sini.


Autopublish

11 Dec 2025

Walch Washing Machine Cleaner

Assalamualaikum readers


Walch Washing Machine Cleaner | Sebelum ni ada shared guna Det*** untuk cuci mesin basuh tapi selepas tau kena stop beli terus cari alternatif lain. Cari dan cari maka jumpa brand Walch ni di Shopee. Selidik background, asalnya company Germany dan tidak menyumbang kepada negara Isra** (faham kan maksud Nina).


Harga 1 botol RM 14.49 tapi dapat beli dengan harga RM 13.29

Maaf blur pulak


Guess what? Lepas cuci, kotoran keluar lagi, last cuci awal bulan 9 haritu tapi selepas cuci guna Walch, rupanya lebih banyak kotoran keluar. Alhamdulillah dah jumpa yang bagus confirm takkan tukar brand lain. Tak sia-sia beli sebotol dan 'tub clean' . Walch washing machine cleaner ini sesuai untuk front load dan top load. Ada 3 jenis bau : Original, Pine dan Lemon.



Ada juga kotoran yang melekat di lantai bilik air tapi agak geli nengoknya


Ada nampak mana-mana seller akan buat promotion beli 2 atau 3 botol sekali gus harga lebih murah. Tambah-tambah nak dekat dengan sale 12.12 😁 Lepas ni boleh borong sebab dah nampak kesan.

8 Dec 2025

Amal Air Rendaman Putik Mawar

 Assalamualaikum readers


Amal Air Rendaman Putik Mawar | Pernah dengar Rose Bud Tea? Selain kena rajin/kerap mandi, amalkan minum air rendaman mawar ni, banyak manfaatnya. Dah bertahun amal cumaaaa on off, kadang lupa nak rendam putik bunga rose 😅



Kalau amalkan setiap hari, boleh nampak perbezaan pada kulit, mengharumkan badan secara semula jadi selain mencantikkan kulit, menyegarkan nafas, awet muda serta membantu detoks badan. Caranya hanya rendam 3-5 kuntum dalam air panas dan diminum suam, boleh tambah madu. Selagi warna putik tidak berubah pucat/putih masih boleh digunakan semula.


Beli di Tiktok

Lebih suka minum kosong, rasa bunga tapi akan rasa pahit kalau letak putik bunga lebih. Yang tak biasa minum, ada efek pening sikit, lama-lama akan okay.


Yang bestnya balik dari jogging atau buat kerja-kerja rumah, peluh tak bau 😍 amalan ni tak pernah share pun dengan sesiapa, takut orang rasa pelik cuma hubby, dia tau lah bini amal apa untuk badan.


Autopublish

4 Dec 2025

Pengalaman Kerja DCO Flash Express

Assalamualaikum readers


Pengalaman Kerja DCO Flash Express | Kerja Flash Express Tak Ada Life | Permulaan terjebak kerja FE ni bila di pujuk oleh hubby, katanya kerja sekali mudah sikit dan ada kes "hubby/wifey office" di company lama. Dia tak suggest kerja full time. Awal tahun 2024, gaji bersih DCO part time pun boleh cecah 3k.


Setiap pagi, 1 lori penuh barang, buka semua guni dan scan parcel baru courier boleh pilih ikut route dorang. Buat kerja kena cepat.

Last day kerja. Bye FE 👋 Punch in dan punch out hanya scan muka dan available bila tiba di depan hub. 


Kalau full time, sah-sah gaji kena cut sana sini, bayar income tax. Masa mula kerja tu, hubby dah kerja selama 2 tahun bermula dari car courier-DCO dan dapat offer jadi Supervisor branch Bayan Lepas. Sedih jugalah kerja sama-sama selama 2 bulan saja. Segala ilmu diturunkan pada bini.


Dapat WhatsApp dari HR. Gaji bulan Feb 2024 tak bayar. Untuk part time gaji dapat 4 kali dalam sebulan, setiap Jumaat

Hubby terbawa balik iData, inilah nyawa kami. Harga sebiji dalam RM 1.8k


Job scope DCO (Digital Channel Officer) :


- Scan inbound dan outbound parcel. Setiap kali scan, automatik masuk dalam sistem. Customer boleh check tracking no.


- Terima parcel dan print out no tracking, simpan duit postage. Kena transfer duit company kalau tidak tak boleh punch out. Clearkan payment sebelum pukul 12 tengah malam.


- Bertanggungjawab clearkan parcel, scan guna iData dan masuk dalam guni sebelum pukul 6.30 petang, setiap hari. Lori keluar tepat pada waktunya. Kalau boleh nak clearkan semua parcel. Tak nak simpan.


- Kena buat inventory parcel, scan semua parcel yang ada di hub, memang beratus lah jawabnya. Tujuannya supaya parcel yang sampai di hub tidak hilang. Terutama parcel yang courier bawa balik ke hub, tak dapat delivered. Kena reschedule dalam sistem. Selalunya parcel berstatus COD.


Customer tiba-tiba tak mengaku beli barang, tak gaji lagi, tak cukup duit lah, anak order barang bla bla.. bagi alasan macam ni automatik return balik. 


- Yang mana parcel dah cecah limit delivery time, kena pulangkan semula pada seller. Yang ni memang auto dalam sistem, kadang customer marah sebab tak sampai 3 hari, tak sempat ambil parcel dah return. Yang kena maki DCO/Supervisor, walaupun bukan salah kami.



Guna kereta AM (Area Manager) pi pickup barang 😂 car courier tak cukup, jadi kerja kami lah.

Paling awal keluar pickup barang, pukul 9.10 pagi. Ini normal, selagi boleh sumbat

Sakit kena Rotavirus dari Harraz tapi tak admit sebab Prudential rejected GL, ada lah tu doctor bagi report yang tak memuaskan. Walhal muntah dan cirit birit 2 hari.


Bab cuti, kami laki bini tak pernah cuti langsung sejak kerja sekali ya. Masuk kerja pukul 8.00 pagi-12.00 tengah malam. Sebulan kerja direct kecuali sakit. Jika part time ikut suka nak kerja atau cuti dan nak masuk kerja pukul berapa pun boleh (atas budi bicara dengan Supervisor). Tapi untuk hubby, cuti sehari pun kena ganggu so baik tak payah cuti langsung kan. Kerja part time pun sama saja. Kalau cuti, customer call tanya parcel.


7/3/24 - 11.20 malam hubby dapat call dari customer, kalau tak pickup barang, dia nak report Area Manager. Taguna punya cina, hub dah tutup, courier dah balik. Nasib boleh buka apps dan scan parcel guna fon.


8/3/2024 - 1.37 pagi settle laundry baju untuk 5 hari

Sale 3.3 dapat grab baju untuk anak


Ini kalau JTK tau, mampos kena saman tapi memang FE lebih suka bayar saman dari bayar komisyen/gaji pekerja. Kadang kesian gaji kena hold sebab supervisor tak approve cuti. Bab ni terpulang pada supervisor setiap branch, ada okay ada yang tak. Dalam sistem attendance dah jadi buruk. By the way, DCO boleh check apa saja dalam sistem.


Untuk single boleh pressure layan customer, untuk dah kahwin macam kami ni, masa dengan anak tak ada. Pengalaman kerja paling mencabar dengan FE 😆 rata-rata staff under hubby ada yang dapat kerja lain, ada yang stay bercinta dengan parcel di Shopee. Sesiapa yang hati kental, tahan kena maki, tahan panas boleh cuba.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com