10 Dec 2015

Resepi Prego Spaghetti Bolognese

Salam Readers..


Resepi Prego Spaghetti Bolognese | Sejak ada partner kaki makan spaghetti ni memang rasa berbunga-bunga la sebab bukan senang nak dapat orang yang kongsi citarasa sama. Sejak itu lah chef Nina rajin masak spaghetti 2 atau 3 kali seminggu untuk dibawa ke ofis. 


Resepi Spaghetti Bolognese Prego


Bermacam jenis sos prego dah try masak dan teringat nak share dalam blog. Sangat simple dan masak dalam masa 30 min saja kalau dah prepare bahan awal-awal. Bila dah rajin bawa bekal duit pon jimat dan makanan terjamin bersih. 


Bahan-bahan Spaghetti Bolognese . Buku Resepi San Remo tu dapat masa beli . boleh share nanti


Bahan-bahannya :

1 packet spaghetti
1 tin sos prego
1 biji capsicum
Serbuk lada hitam
Bawang merah & putih
1 / 2 ayam cincang / daging cincang
optional carrot, cili, sayur


Cara-caranya :

1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau

2. Ayam kisar tu lebih suka digoreng terlebih dahulu (ikut suka)

3. Tambah air sedikit

4. Masukkan sos spaghetti prego

5. Masukkan ayam/daging dan masak sehingga mereneh

6. Masukkan capsicum (boleh tambah jenis sayuran)

7. Biar sehingga menggelegak dah siap !


Ayam cincang yang digoreng terlebih dahulu

Tumiskan bawang dulu baru lah masakan wangi

Rebus segala bahan sehingga empuk

Bolognese Prego siap !


SELAMAT MENCUBA

9 Dec 2015

Review Filem : Spectre (2015)

Salam Readers..


Review Filem Spectre | What's Up guys ! Bulan November hanya dapat tengok 1 movie je, kekonon nak midnight layan Hunger Games : Mockingjay Part 2 di NU Sentral tak kesampaian apabila berjumpa bantal hotel. Kali ni nonton Jebon James Bond di Gurney Plaza. Entri basi bertarikh 8 Nov. Nak tau sambungan haruslah tengok selepas kematian ketua Bond iaitu M.


Spectre ialah filem ke 24 dalam siri James Bond. Sesiapa yang follow dari Skyfall mesti nak tau dalang disebalik kematian M. Siapa bunuh dia? Filem yang berjaya mencapai box office $793.2 million




Sinopsis Spectre :


Dalam misi di Mexico City, Bond mendapat mesej terakhir selepas kematian M untuk menyiasat sesuatu. Bond membunuh 2 lelaki yang merancang pengeboman termasuk Marco Sciarra dan mencuri cincinnya bersimbolkan Octopus. Kembali ke London, Bond digantung tugas oleh ketua M semasa yang terdiri dari C (Ketua Perkhidmatan Perisikan Persendirian) yang menggabungkan MI5 dan MI6. Kempen C supaya Britain menyertai "9 Eyes", inisiatif kerjasama pengawasan dan perisikan global antara 9 negara anggota, juga menggunakan pengaruhnya untuk melupuskan '00' yang ketinggalan zaman.






Bond ingkar arahan M dan pergi ke Rom untuk menghadiri pengebumian Sciarra. Dia melawat balu Sciarra iaitu Lucia, yang memberitahu mengenai Spectre, sebuah organisasi jenayah yang disertai suaminya. Bond menyusup masuk ke mesyuarat Spectre, dimana dia kenal ketua, Franz Oberhauser. Apabila ketua itu panggil nama Bond, dia melarikan diri dan dikejar Hinx, pembunuh Spectre. Moneypenny memberitahu tentang White, bekas ahli Quantum dan meminta menyiasat Franz yang dianggap mati.









Bond ke Austria untuk mencari White, yang hampir mati kerana keracunan talium. Dia kecewa dengan Quantum dan meminta Bond untuk mencari dan melindungi anak perempuannya, Dr. Madeline Swann, membawanya ke L'Americain untuk tahu Spectre, kemudian White membunuh diri. Bond ke klinik tempat Swann bekerja dan diculik oleh Hinx. Swann diselamatkan oleh Bond dan mereka bertemu Q dan mengetahui cincin Sciarra menghubungkan Oberhauser, Le Chiffre, Dominic Greene dan Raoul Silva sebagai ahli Spectre. Swann dedahkan L'Americain sebuah hotel di Maghribi.







Mereka ke hotel untuk mencari bilik rahsia White dimana terdapat koordinat markas Oberhauser di padang pasir. Menaiki keretapi ke stesen terdekat dan Bond membunuh Hinx. Mereka dijemput ke markas Oberhauser. Mendedahkan bakal melancarkan serangan pengganas diseluruh dunia. Spectre dapat akses tanpa had menggunakan 9 Eyes. Bond diseksa dan Oberhauser bercerita sejarah mereka sebagai saudara selepas Bond menjadi yatim dan bapanya menjadi penjaga. Oberhauser membunuh bapanya dan cipta kematian palsunya dan menggunakan nama Ernst Stavro Blofeld untuk membentuk Spectre. Bond dan Swann berjaya melarikan diri dan memusnahkan markas.






Mereka kembali ke London dan bertemu M, Bill Tanner, Q dan Moneypenny untuk menangkap C dan menghentikan 9 Eyes sebelum dilancarkan dalam talian. Swann meninggalkan Bond, dia tak mahu menjadi sebahagian dari kehidupan melibatkan pengintipan dan diculik. Dalam perjalanan, mereka diserang hendap dan Bond diculik. Q berjaya mematikan program 9 Eyes, secara tak sengaja semasa pergelutan antara C dan M, akhirnya C mati terjatuh.




Bond dibawa ke bangunan lama MI6, dijadualkan untuk dirobohkan, dan berjaya membebaskan diri. Dia ada 3 minit untuk melarikan diri sebelum bom diletupkan atau mati menyelamatkan Swann. Mereka berjaya melarikan diri dengan bot semasa bangunan runtuh. Bond menembak helikopter Blofeld dan terhempas di Westminster Bridge. Blofeld merangkak keluar dari heli dan diberkas. Bond meninggalkan jambatan dengan Swann sebelum bercuti dengan menaiki keretanya, Aston Martin DB5. 

4/5*

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com