14 Jan 2019

96 Teko : Rotinteko Di Bukit Mertajam, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
 
96 Teko : Roti & Teko, Bukit Mertajam, Penang | Ya habibi, ana datang lagi dengan entri makan-makan. Sabaq jalah kalau masuk blog Nina. Tambah-tambah kalau readers tengah lapar. Maafkan kita awak awak semua. Dah lama nak try makan sini, ada lah keinginan tu dalam 5 bulan, plan nak terjah dengan blogger Zaf tak kesampaian, pi terjah dengan bf. Haa.. Dari pemerhatian Nina, kalau nak cari café ni tanpa pakai waze jawabnya sampai ke sudah tak jumpa. Rupanya di bawah apartment, kat area situ ada 2 apartment dengan nama yang berlainan, kalau tak tau nama memang salah masuk kawasan. Makan kat sini bertarikh 8 Dis 2018. Yaaa lama baru nak up story.
 
 
 
96 rotinteko

Burger arang

 
 
96 Teko ni bangunan 2 tingkat dan di tingkat atas ada hall untuk adakan sebarang event. Dalam IG, bila usha rupanya dah banyak orang buat dinner anniversary, birthday, farewell etc. Kesian tak tau. Haha.. Makanan di sini more to western food, next time nak try pasta pulak sebab malam tu, try burger arang saja memandangkan perut sengkak lagi. Yelah tak sampai sejam makan, lepas tu makan lagi.
 
 
 
Bangunan restoran ni

 
 
Food presentation simple sangat dan size burger medium, nampak tinggi disebabkan patty 2 lapis, sos cili, mayonis, cheese dan salad. Air pulak Nina pilih Strawberry Soda dan Cappucino Cold (bf). Harga makanan di sini affordable, korang boleh juga pilih roti yang bermacam jenis dan dressing pun berlainan. Ala macam masuk Subway. Apa yang menarik perhatian ialah deco kedai ni, antic vs modern. Tak masuk dalam pun, just makan kat luar sebab bf boleh bagi makan kucing jalanan yang ada kat café ni.
 
 

Total makan berdua :
 
Charcoal Rome 96 - RM 12.90
Strawberry Soda - RM 8.90
Cappucino Cold - RM 9.90
 
Total : RM 31.70
 

 
 
96 Teko : rotinteko
  
 
Alamat : G-11, Kondominium Prominence,
Lorong Perda Utama 3, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam.
 
 
Official FB : rotinteko96
 
 
 


6 Jan 2019

Tom Yam Sedap Di Man Cafe, Permatang Pauh Penang

Assalamualaikum Readers


Tom Yam Sedap Di Man Cafe, Permatang Pauh Penang | Sebagai seorang blogger kaki makan kali ni nak share restoran yang baru Nina dan bf terjah dalam Disember (ni entri peram. Hahaha). Restoran masakan ala Thai. Salah satu tempat bagi yang mencari-cari masakan ala Thai di Permatang Pauh. Deko dalaman kedai ni pun cantik dan menarik. Macam-macam masakan ada di restoran ni, cakap kat bf tak rugi duit dia melabur makan di sini. Selalunya kalau tak sedap, terus restoran kena banned! Kejam pun kejam lah dah tak sedap.



Tom yam sedap Man Cafe


Kali ke 2, kami ternak lemak di restoran yang sama, bulan yang sama. Kami try tom yam seafood pula, perghh macam-macam hidupan laut ada (udang, lala, sotong, ketam dan ikan) jarang orang letak ikan dalam tom yam. Apapun tahniah diucapkan kepada pakcik Man sebab dah masuk dalam list JJCM NinaXSani (# untuk kegunaan dikemudian hari). Perangai kami kalau jumpa kedai sedap kerja dok tala (pegi) makan situ, no kona-kona. Haha.. 



Tom yam seafood

Tom yam seafood - ada ikan tu

Signage Man Cafe



MAN CAFE

 
Lokasi : Bersebelahan dengan sekolah Permatang To'Kandu
& exit highway Butterworth-Kulim (BKE) atau cari saja batu tanda Taman Janggus Jaya.
 
Buka : 3.30 PM - 3.30 AM


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com