6 Mar 2023

Drama Andai Itu Takdirnya

 Assalamualaikum readers


Terjebak tengok drama ni dari MIL. Tiap-tiap malam dia tak pernah missed setiap episod kecuali Nina 😂 Sebenarnya tak berapa suka part episod awal sebab ada babak sedih kena dera dengan suami. Drama gandingan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Drama menggantikan Akira Khan. Adaptasi dari novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah Semail.



Sinopsis

Aleya yang berasal dari keluarga sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia sentiasa mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah pada orang lain. 


Tanpa dijangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dan menuduh Aleya yang perangkap supaya boleh hidup mewah. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Membuatkan Aleya lari dari hidup suaminya dan tinggal berasingan. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesal terhadap semua kesalahannya kepada Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.


Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya terganggu sekali lagi apabila suaminya jatuh cinta pada Sharifah Azreen yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?


3 Mar 2023

Cuka Kurangkan Sengatan Obor Obor

 Assalamualaikum readers


Cuka Kurangkan Sengatan Obor Obor | Tular di TikTok, ada pelancong di sengat obor obor ketika mandi di Pantai Batu Feringghi. Sebenarnya ada pengawal pantai berikan amaran tapi tidak di endahkan. Nina pun tengah bercuti di pantai, memang siap sedia dengan sebotol cuka sebagai langkah berjaga-jaga.



Cuka sejenis larutan berasid dapat neutralkan bisa dari sengatan obor obor yang beralkali. Kulit obor obor mengandungi sejenis sel yang berbisa dikenali sebagai cnidocytes. Mengaru bahagian kulit yang terkena sengatan akan menyebabkan gejala semakin teruk. 


Tips untuk kanak-kanak


Langkah-langkah jika di sengat obor obor


1. Keluar dari laut serta merta


2. Bilas kawasan yang disengat dengan cuka untuk 30 saat


3. Berhati-hati semasa mengikis apa sahaja baki tentakel yang terdapat di permukaan kulit. Selepas membilas sengatan itu, keluarkan sisa sengatan dengan 'twizzer'


4. Jangan cuba menggosok tentakel dengan kain atau tuala, ini akan menyebabkan semakin banyak racun akan dikeluarkan


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com