12 Feb 2025

The Raw Daily Ceramide Moisturiser

Assalamualaikum readers


The Raw Daily Ceramide Moisturiser | Tertarik dengan packaging The Raw dan ia produk local dan dihasilkan oleh ahli farmasi, orang melayu sendiri. Banyak review yang bagus dan sangat sesuai untuk jenis kulit kering. Moisturiser ini bebas dari alkohol dan pewangi.


The Raw Daily Ceramide Moisturiser

Beli di TikTok - RM 36.55 (30 ml)


The Raw ciptakan moisturiser yang mencegah dan memperbaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembab, lembut dan anjal. Tekstur moisturiser ini gel cream yang sangat mudah untuk absorb dan finishing agak lembab. Ada bau medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama, lepas tu hilang.


Packaging sangat eksklusif




Hasilnya bila dah lama pakai boleh nampak kulit makin baik, berkilat, improved skin barrier serta lebih lembab secara keseluruhan kulit muka. Sebelum makeup pakai moisturiser ini dan muka tak kering, makeup tak bercapuk. Packaging bentuk tube dengan flip cap supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja tanpa risiko tertumpah. Satu tiub boleh pakai beberapa kali dalam sehari dan tahan selama 2 bulan. Sangat recommended kecuali untuk oily face :)

1 Feb 2025

Review Filem Sumala (2024)

Assalammualaikum readers


Review Filem Sumala (2024) | Filem ni di pertengahan mula terasa seram. Permulaannya sedih tengok hidup Kumala yang tidak disayangi oleh ibu bapanya. Mengharapkan kasih sayang orang gaji. Di adaptasi dari lagenda seram yang berlaku di daerah Semarang, Jawa Tengah.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang Soedjiman dan Sulastri, sepasang suami isteri kaya yang mempunyai ladang jagung di desa terpencil itu pada tahun 1948. Kebahagiaan mereka diuji apabila 11 tahun perkahwinan masih belum dikurniakan anak. Soedjiman yang semakin terdesak mula mengugut Sulastri - jika dia tidak mengandung dalam masa terdekat, perkahwinan keduanya bakal menjadi kenyataan.




Tertekan dengan ugutan suaminya, Sulastri berjumpa bomoh ilmu hitam dan membuat perjanjian dengan iblis. Sulastri bakal melahirkan anak kembar - seorang lahir jelita dan baik budi, seorang lagi hodoh dan nakal. Mereka wajib membesarkan kedua-duanya dengan kasih sayang sehingga berumur 10 tahun. Selepas itu, anak yang hodoh akan diambil oleh iblis dan sebagai balasan, seumur hidup mereka akan bahagia. Jika gagal penuhi perjanjian, malapetaka akan menimpa keluarga mereka.


Tanpa berfikir panjang, Sulastri menerima syarat itu dan ritual dijalankan. Tiba waktu kelahiran, Soedjiman melihat wajah bayi bernama Sumala yang hodoh itu dan membunuhnya. Kembarnya, Kumala membesar sebagai gadis yang cantik namun dia tak sempurna. Kecacatan itu tak dapat diterima Soedjiman, rasa malu membuatkan dia tidak membenarkan Kumala rumah.


Kumala diseksa

Sumala rasuk Kumala untuk bunuh kanak-kanak yang membuli dan mengejek kembarnya


Beberapa tahun berlaku, Kumala membesar dengan kemarahan yang membara di dalam hati. Soedjiman dan Sulastri mula kejam dan menyeksa anak mereka. Kumala dihina dan dijauhi oleh ibu bapanya sendiri. Segalanya berubah pada hari ulang tahun ke 8, Sumala yang sudah mati datang dalam hidup Kumala untuk membalas dendam.


🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com