2 Aug 2025

Jatuh Tangga, Kaki Bapa Patah

Assalammualaikum readers


Jatuh Tangga, Kaki Bapa Patah | Ujian setiap manusia silih berganti kan? Di usia 35 tahun, inilah ujian terbaru buat kami sekeluarga. Risiko untuk warga emas salah satunya tulang mudah retak/patah akibat faktor usia dan penyakit Osteoporosis. Atas nasihat Paksu (ex staf HPP), kami pun bawa ke sana sebab ada doktor pakar tulang.


2 hari tak boleh berjalan

Nasib baik kaki kiri saja


Hari rabu lepas, jiran hantar bapa balik ke rumah, Nina dan suami ingatkan keluar rumah lepak kedai makan, kebiasaannya macam tulah. Takkan nak mengongkong tak bagi keluar rumah. Tapi biasalah umur 77 tahun ini perangai kembali ke kanak-kanak jadi di rumah bertambah 2 orang selain Harraz 😂 Entah apa yang difikirkan sampai jatuh tu, kali ke 2 kunci rumah hilang. Allah, betul kata doctor kk cepat atau lambat mesti penyakit Dementia akan ke stage 2.


MO suruh buat 3 kali X-Ray sebab jatuh dari ketinggian lebih 2 meter. Nasib pelvis dan tulang kaki tak cedera


2 bulan juga nak baik kaki tu



Selepas 2 hari masih berdegil tak nak ke hospital. Kalau ke hospital kerajaan, waktu rawatan confirm 5 jam, nasib baik pi hari sabtu. Lepas selesai pasang simen dan ambil ubat dah boleh balik. Semoga dapat pahala jaga ibu bapa kan. Semoga Allah permudahkan urusan 😄

1 Aug 2025

Wow Spaghetti Instant Sedap!

Assalammualaikum readers


Wow Spaghetti Instant Sedap! | Produk terbaru dari Indonesia dan pastinya Halal. Nina jumpa di Lotus terus grab sebab ia produk rare. Ada 3 flavour : Carbonara, Aglio Olio dan Bolognese. Masak hanya 3 minit saja terus boleh makan. Yang penting mak-mak wajib cuba, boleh di jadikan bekal anak ke sekolah.


Wow Spaghetti Instant - RM 1.05

Halusnya texture spaghetti


Ada review kononnya lepas masak rasa kenyal macam plastik tetapi itu semua tipuuuu. Lepas siap rebus, lembut ya rabbi, lembut seperti rambut, tidak akan sama seperti spaghetti San Remo atau Kimball. Texture lain. Kena cuba dulu baru tau.


Rebus 2 packet sekali, itu yang nampak banyak

Boleh add on apa saja



Harga untuk satu bungkus pun murah, no wonder Lotus ada jual 1 kotak terus. Next time nak try lagi 2 flavour tu sebab Harraz kalau nampak gambar keju dia tak nak yang lain. Kaki travel pun boleh bawa, seangkatan dengan pek Brahim's.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com