17 Nov 2015

Makan Di Black Canyon Restaurant, Gurney Plaza, Penang

Salam Readers..

Makan Di Black Canyon Restaurant | Kisah tempat makan best bersama si dia tak habis lagi. Memang kaki makan tapi bukan kaki tulis tau. Maklum lah dah hujung tahun penyakit malas memanjang. Kisah sambungan "Restoran Kapitan" . Ini salah satu faveret restaurant sejak study dan jadi warga negeri Perak. Kerana semua makanannya berasaskan makanan Thai ! Ohh memang dekat di hati. My mom tak reti masak makanan orang Siam. 


Makan di Black Canyon Restaurant. Sementara tunggu kita selfie dulu


Makanan kat sini paling sedap mestilah tomyam tapi disebabkan waktu tengahari dan lepas makan nak tengok movie jadi tak nak makan nasi. Try lah makan disini banyak menu dan setiap minggu / bulan akan muncul menu baru. Dijamin Halal, jangan risau pekerja akan melayan sehingga tak perlu ke kaunter pembayaran. Antara makanan yang kami ternak. Hehe


Pat Thai sudah sampai

Pad Thai (Thai Style Stir-Fried Rice Noodle with Prawn)

Grilled BBQ Chicken with Garlic Fried Rice

Ikhsan dari Google


Boleh klik "Black Canyon - MENU" untuk usha makanan yang mengiurkan. Haha


Harga makanan ber 2 di Black Canyon dan totalnya :


1 Grilled BBQ Chicken with Garlic Fried Rice - RM 11.90
1 Pad Thai - RM 11.90
2 Ice Lemon Tea - RM 11.00


SUBTOTAL : RM 34.80
SERVICE CHARGE : RM 3.48
6% GST : RM 2.30
ROUNDING : RM 0.02


TOTAL : RM 40.60 
*sorang makan RM 17.40 (tak termasuk service charge dan gst)


15 Nov 2015

Makan Di Restoran Kapitan, George Town

Salam Readers..


Makan Sedap di Restoran Kapitan, Georgetown | Cerita bertarikh 8 Nov tau tak. Cerita basi beberapa minggu lepas dan baru ada masa nak publish. Hehe.. Ampun ibu-ibu adik-adik di luar sana. Hari ahad yang ceria buat kami berdua sebab dapat luangkan masa JJCM dan wayang dalam 1 hari. So sweet akak Nina sekarang ni. Haha


Restoran Kapitan, Georgetown, Penang



Restoran Kapitan antara restoran Nasi Briyani yang popular dan sedap di Pulau Pinang. Restoran Kapitan terletak berdekatan dengan Masjid Kapitan Keling, berada di sebelah kanan traffic light saja. Restoran yang terkenal dengan Nasi Briyani Claypot. Masa tiba di restoran, boleh dikatakan penuh dengan pelanggan dan jangan terkejut ada mat salleh juga. Ohh ya, restoran ini ada 2 tingkat. Kami makan di tingkat atas sebab di bawah sudah penuh. 


Sebelum makan roti canai sengih memanjang. Jenis gigi besaq kalau gelak memang scary. Haha



Nama saja orang Penang tapi tak pernah masuk restoran kapitan. Ini pertama kali masuk pada waktu pagi sebelum kami jelajah art street dan waktu malam sebelum balik, bf ajak pekena nasi briyani claypot ayam yang super duper sedap katanya. Terliur lah ! Lain kali boleh singgah sini lagi. Terbayang nasi briyani tu. Sedapp sungguh sampai ayah jeles kat rumah ni. Kejam betoi tunjuk gambaq. 


Tadaaa.. dah sampai Nasi Briyani Claypot Ayam !

Memikat hati nak makan lagi


TOTAL MAKAN BERDUA

2 Chicken Briyani - RM 11.50 x 2 = RM 23.00
1 Teh O Ais Limau - RM 1.60
1 Teh O Ais - RM 1.20

SUBTOTAL - RM 25.80
GST 6% - RM 1.50

TOTAL - RM 27.30


Restoran Kapitan

Address : 93, Lebuh Chulia, 
10200 Georgetown, Penang.

Tel : 04-264 1191

Waktu operasi : 24 jam


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com