Cara Beli Dan Aktif TNG RFID Tag Di TNG eWallet | Pastinya orang-orang Keyel & Selangor dah guna RFID Tag kan? Sebab bemula di tol-tol area sana. Memula kat Penang cuma ada 1 tol yang guna RFID (ada pakej daftar percuma tapi terlewatt) agak frust disitu 🤦🏻♀️😒 Sehingga dah terpampang di tol Penang Bridge! Barulah terhegeh-hegeh nak beli tapi masih blurr 🙄 Sampailah mak jemah di tol Hutan Kampung nak pi Langkawi, rupanya kat sana pun dah ada 😂😂
![]() |
| Cara Beli & Aktif TNG RFID Tag Di TNG eWallet |
Nak dijadikan cerita, 25 Ogos lepas ternampak iklan boleh beli dalam touch n go eWallet. Apa lagi terus beli dan harini dah sampai tag kat rumah MIL. Senang ada adik ipaq boleh jadi penerima parcel 😆😆 Pasang untuk Axia dulu, Vios dengan Citroen kemudian. Semua kereta ni memang keluar Penang merentas negeri dan lautan gitu. Meh Nina nak share step by step membeli RFID Tag 👍🏻 Mudah dan efisyen.











