6 Nov 2025

Kebaikan Champs Multivitamin Lysine Dan Prebiotik

Assalammualaikum readers


Kebaikan Champs Multivitamin Lysine Dan Prebiotik | Lama rasanya tak shared pasal Harraz, pejam celik lagi beberapa bulan dah umur 5 tahun. Dah nak masuk kindergarten. Alhamdulillah sepanjang membesarkan jarang tantrum dan kalau sakit pun cepat baik.


Salah satunya, jaga pemakanan anak, bukan tidak boleh makan tapi control. Ubat cacing dan multivitamin kena konsisten ikut jadual. Lagi satu, sebelum bagi anak makan, Nina WhatsApp tanya doktor klinik kesihatan dulu. Banyak vitamin kanak-kanak di pasaran yang ada kandungan gula yang tinggi.


Lysine

- meningkatkan selera makan anak terutama kanak-kanak yang cerewet makan.

- menyokong pertumbuhan sihat 

- membekalkan 9 vitamin penting untuk pastikan tubuh dapat nutrien yang mencukupi.

- membantu pembaikan tisu kulit

- meningkatkan sistem pertahanan badan. Menghasilkan antibodi, hormon dan enzim.


Prebiotik

- menggalakkan pertumbuhan bakteria baik (probiotik) di dalam usus.

- melancarkan sistem penghadaman dan menjaga usus.

- meningkatkan penyerapan nutrien dan menjaga usus, kurang sembelit.


Watson's jual mahal, di farmasi untuk harga ini dapat 30 biji.

Masa Harraz mula-mula masuk usia 4 tahun, dia hampir jadi picky eater ya. Tak buang masa terus beli champs multivitamin ni dan serasi sangat. BMI ideal ikut usia 😄

4 Nov 2025

Review Filem : Jalan Pulang (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem : Jalan Pulang (2025) | Antara filem terbaru di Netflix, lama tidak tengok lakonan Luna Maya selepas dia berkahwin. Kalau sesiapa cari filem yang penuh dengan jumpscare, filem ini paling tepat. Filem pertama arahan pengarah Jeropoint.



Sinopsis :


Satu minggu sebelum ulang tahun kelahiran Arum (Saskia Chadwick), berlaku kejadian yang tidak diduga di dalam kelas Arum mengalami histeria apabila ternampak sosok perempuan dan mencederakan beberapa rakan sekelasnya. Pihak sekolah mengambil tindakan keluarkan Arum dari sekolah itu.


Dalam perjalanan pulang, Arum sedih kerana dianggap mengalami gangguan jiwa oleh pelajar sekolah dan kakaknya, Lia (Taskya Namya) yang sarankan Arum di bawa ke rumah sakit jiwa. Lastini (Luna Maya) dan adiknya, Rama (Raffan Al Rayan) berjanji akan menyembuhkan Arum dari gangguan. Tiba di rumah, Arum kembali kerasukan dan hampir mencederakan Rama. Lastini mula membaca diary peninggalan arwah suaminya, Surya (Edward Manalu) yang sudah mencatit nama-nama orang yang boleh menyembuhkan Arum.



Tiba di rumah dukun pertama Aki Rustamam, Arum dirasuk lagi dan berjaya membunuh Aki. Di kediaman kedua, Ruhana (Jajang C.Noer) membuat ritual pengusiran setan yang sudah mengikuti Arum sejak dari kecil. Dari situ, Lastini dapat bayangan Arum diganggu oleh Marsinah (Shareefa Daanish), ibu tiri Lastini. Ketika ritual hampir selesai, Arum dirasuk lagi. Tempat ketiga, mereka ke rumah Aki Drajat, tiba di sana Drajat rasa lega selepas 4 tahun kematian Surya akhirnya Lastini datang. Namun sayang, ritual Drajat juga gagal.



Dalam perjalanan yang tidak tentu arah, Lastini pulang ke rumah semasa kecil. Dia teringat akan kedua orang tuanya, Djatmiko (Teuku Rifnu Wikana) dan Ranti (Widika Sidmore. Berjalan ke belakang rumah, teringat kakaknya, Ida (Mikayla Sofia) yang merupakan anak Marsinah. Lastini mula dapat petunjuk tentang rahsia masa lalu kedua orangtua nya dan apa yang terjadi pada Marsinah dan Ida.


Selalunya tengok filem seram akan ada yang teman tapi tak pernah maktok tutup dengan bantal kalau part jumpscare kecuali filem Jalan Pulang. 


Tak nak buat spoiler, nak tahu kena tonton. Ada beberapa babak yang banyak tanda soal seperti Lia sebenarnya anak tiri atau anak angkat Lastini? Kenapa Marsinah menganggu Arum dan bukannya Lastini kalau betul marahkan pada suaminya kerana berkahwin dua?


🌟🌟🌟🌟🌟/10

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com