3 Oct 2013

Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant

Assalammualaikum.


Sekarang, buku novel diadaptasi menjadi drama dan filem. Kan best kalau boleh buat novel. Kalau lah aku pengarang novel. Siapa kaki novel angkat kening! Haha.. Drama nie kalau dah tengok dari episode pertama mesti kena layan sampai habis baru syok. Drama Love You Mr Arrogant lebih kurang macam Kampung Girl dengan skrip yang agak kelakar. Rasa macam 2 drama berkongsi pengarah yang sama. Siapa peminat Hanez Suraya wajib tengok tau.. garang betol dia. Hihi . Suka tengok scene sweet + ego antara Azlee dan Zara. Kalau nak tau Zara nie dah lama berlakon dalam drama di RTM dan teater. 




Sinopsis:

Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham - anak orang kaya yang bongkak sangat. Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry, menantu pilihan mamanya, Irham memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai? - Zaara ter-brek mengejut dan Irham terlanggar kereta Zaara secara tidak sengaja. Irham meminta bayaran RM 5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi fon kesayangannya pada Irham. Tempoh hutang adalah seminggu. Mana la Zaara nak cekau duit sebanyak itu. "Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." - Zafriel Irham  



Irham mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham Holding akan jatuh ke tangan sepupunya, Hardy. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Irham. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry - gadis gedik tu. Demi sebuah janji, Zaara redha, namun, dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego Irham yang tinggi. Tambah pula, sikap ibu mertuanya, Puan Sri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu. Puan Sri mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Irham. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Irham yang sukakan Zaara membuatkan Irham cemburu. Keadaan bertambah parah tanpa sedar bila Zaara dan Irham saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Irham biar pun tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu. "Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh.. tapi..." - Zaara Amirah 




Love You Mr Arrogant setiap Isnin - Khamis ! 7.00 PM on TV3  :')


Boleh tengok online di  Tonton



Biodata heroin Zara Zya :



   
Biodata hero Azlee Khairi :

37 comments:

  1. tengok pada jadual siaran tu macam susah nak tgk jer..dah laa lately nie schedule tak menentu..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azlan Strider : kalau yg bekerja tu susah la tp boleh tgk ulangan byk kali kat tonton.. hehe

      Delete
  2. Novel tuuu dah pernah bacaa. Haha. tapi kena tgk jugak cerita nii kannnn. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nies Alhaq : Wah..nina xbeli pon novel tu lg. hehe.. wajib tgk sbb drama ikut novel :)

      Delete
  3. betul..kelakar kot cite ni..comel je zara tu..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mime MF : kelakar kan.. setiap episo ada saja lawak.. comel je zara berlakon :)

      Delete
  4. mak aih detailsnya =) sy pn prasan juga yg crita ni lebih kurang kg girl..tp bila tgok yg ni..best lg yg ni..xsgka plak hero citer ni muda sthun driku..awat la dia nmpak mtang sgt..ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fais : Kena details la.. hehe =) Haa.. betol2, drama ni lg best dr kg girl. lah azlee muda setahun rupanya dr fais.. kena matang la bru nmpk arrogant tu. hahah

      Delete
  5. oh baru tahu AK pernah main bola utk team perak.

    haha


    btw sy belum pernah miss lg drama ni mmg lawak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syazana Zainn : Yup.. pemain bola tu. Sama la, tak pernah miss lg. hehe

      Delete
  6. Assalamualaikum amanina! yeayy dah boleh komen sini. hehehe. ehh cerita ni memang best! tapi bab dia nikah tu tak sempat tengok. huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheila Salim : Waalaikumussalam Sheila! Blog dh okay.. hehehe. Best sangat. ala boleh tgk kt tonton kan

      Delete
  7. best sgt citer ni kan..sy pun layannn jugak..hihihi!!
    blogwalking..jom ke blog saya dan bertukar2 link..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazlina Azmi : best sangat dan tak pernah miss lg. hihihi
      nanti sy singgah ya. terima kasih blogwalking sini :)

      Delete
  8. banyak blogger bercerita pasal cite ni. huhu

    ReplyDelete
  9. benci betul sb tak de tb nihh

    ReplyDelete
  10. Salam sabtu nina..have a good day k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raudzah : Salam hujung minggu.. have a good day

      Delete
  11. MJ masa awal2 tak tengok, baru je layan dalam 2 minggu ni..
    Best jugaklah..hehe

    ReplyDelete
  12. Kadang kadang aku rasa macam tak relevan, setuju nak kahwin just only sebab nak bayar duit kereta. But itu yang orang suka baca. :)

    Aku tak baca buku tu, but semua duk cakap best. Huuu. Aku layan drama je lah. Kaka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ReenApple : Yup.. maybe nk tolong each others dalam novel tu :)

      baru order novel tu plus layan drama dulu. hehe :)

      Delete
  13. akak pun baru ikut drama ni..

    ReplyDelete
  14. lps bc novel ni ms epi kedua, terus sy x tgk lg hehehehe

    ReplyDelete
  15. Bestnya.. novel dah ada.. lebih setahun tapi masih dalam plastik xp

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com