22 June 2014

Film Review : Pengantin Malam


Salam Readers..


Review Filem Pengantin Malam | Petang yang redup dan hujan renyai-renyai membuatkan tubuhku seram sejuk. Rupanya nak tengok cerita hantu. Ditambah pula aircond di sana di sini dalam mall tu. Sebab itu la aku terlewat masuk wayang. Menyeludup Subway memang kerja jahat aku harini. Kelaparan deh. 


Bukan nak story pasal makan tapi siapa dah tengok filem terbaru Nora Danish dan Farid Kamil ni? Tengah makan pun sempat lagi tutup muka dengan 'Spicy Italian' . Ini la filem melayu pertama yang aku tengok selepas filem 'Lagenda Budak Setan 2 : Katerina' setahun yang lepas. Lamakan?



Poster Pengantin Malam



Sinopsis Pengantin Malam:


Mengisahkan tentang Maya (Nora Danish) mengalami amnesia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sejak itu, Maya sering diganggu oleh lembaga berpakaian pengantin dan membawa patung. Razif (Farid Kamil) tidak mempercayai apa yang menghantui isterinya dan percaya ia cuma halusinasi Maya sahaja. Oleh itu, Razif membawa Maya keluar dari rumah mereka dan kembali ke villa keluarga Razif yang dijaga oleh Mak Anom (Rashidah Jaafar). Walaupun tinggal di villa, Maya tetap diganggu malahan lebih teruk lagi keadaannya dan ini sangat merunsingkan Razif sehingga memilih membawa Maya berjumpa dengan Doktor Dina (Ellie Suriaty). Keadaan lebih meruncing lagi apabila ianya ada kaitan dengan Laila (Nina Iskandar).


Amboii sweetnya


Lawa kan nora ni?

Hantu sebelum mati

 Bagaimana keadaan Maya selepas menemui Doktor Dina? Kenapa keadaan Maya semakin teruk apabila berada di villa? Adakah Razif akan mempercayai lembaga yang mengganggu Maya selama ini? Siapakah Laila dan apa kaitan Laila dengan mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem "Pengantin Malam" ! 


Seram tak tengok hantu?

Maya suka merayau
Bukak pintu hantu keluar

Maya makan cacing kot?


Yang bestnya filem ni, penonton takkan tau bila scene seram tu, tiba2 korang menjerit je. Kali ni jangan risau, hantu tak la terlalu menakutkan. Siap cantik lagi dan rambut tak putih atau mengerbang. Hantu Pengantin Malam tetap ayu dengan dress putihnya dan veil yang meleret. Aww.. Paling tak boleh blah tengok perangai doktor Dina tu. Dia macam takda perasaan dan Mak Anom yang ada masalah mata sembab. Tak cukup tidur lettew bila Mak Anom kena jaga Villa. Hihi.. Paling suka dialog ni "Aku tak mati lagi masa kau tanam aku bodoh!" Hahaa.. Lain kali sebelum tanam tu check nadi dulu. 




 3/5*


p/s: Jangan lupa nyanyi lagu ini..

Air pasang pagi surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Sila sambung sendiri. 


5 comments:

RDZ Z said...

hai nina...Kita tak suka tengok cerita hantu..coz it makes me depressed...he..he

Khai♥Rin : anies said...

mesti ramai yg terjerit2 kt dlm panggung kn? ;-)

boni kacak said...

wah.. macam kena tengok je ni.hehehe

Yun Sing said...

Huhuhu comelnya hantu tu :3

Syida Rasyidah said...

adehh... tgk iklan dia pun dah seram. Memang tak tengok ni. Heheehe :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com