29 June 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Blue River Hotel


Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : BLUE RIVER HOTEL, DISTRICT 1


Sebelum raya menjelma, sebelum tuan blog cuti seminggu meh bersambung semula cerita HCM. Bolek klik 'Part 1' 'Part 2'. Sudi-sudi baca atau usha gambar pun jadi lah 😀 😀 😀 . Sebelum ke entry tour, meh nak share pasal hotel yang kami stay 3D 2N . Hotel ni di booked bersama tiket flight (return) lebih kurang dalam RM 400++ . Harap entry ni dapat membantu sesiapa yang 1st time ke Ho Chi Minh dan 'terbooked' hotel ni, boleh refer kan.



View hadapan hotel. Ada 4 tingkat dan tak ada lift



Di Vietnam, kebanyakan guna 'District' . Buat peminat filem Hunger Games Trilogy, harap HCM ni tak ada sampai District 14. Haha.. Kebanyakan akan cari hotel dalam area District 1 sebab dalam bandar. Kata tour guide, lokasi hotel ini menjadi tumpuan mat saleh. Kami keluar masuk hotel, memang terjumpa ramai mat saleh jalan area hotel. Tapi jangan risau kawasannya tak ada orang mabuk dan seangkatan. Baik-baik saja.



Mungkin kawasan hotel kami stay ni kurang familiar, masa tour guide cari hotel pun pening sikit. Rupanya hotel ni terletak di sebelah belakang bangunan. Ianya tak menghadap jalan utama. Kena jalan sikit masuk ke hotel. Hotel ni tak berapa jauh dari Ben Thanh Market.



Ada bilik yang mempunyai balkoni. Setiap bilik di depan dan belakang berbeza

Bilik Nina dan Anies sepanjang 3 hari di HCM. Di tingkat satu hanya ada satu bilik. Hanya kami berdua stay situ, naik tangga dah sampai :)

Kain sulam tu Nina jadikan sejadah. Nasib lah labu. Bilik ni bersih dan puas hati plus kami tidur dengan selesa

Semua kemudahan ada

Almari pun ok boleh tengok hotel sediakan kemudahan apa

Tandas yang bersih ! Ada heater, shower dan toiletries

Hotel ni ada 2 bangunan berhadapan. Kami stay hotel ke 2



Apa yang penting, receptionist 24 hours dan Wifi disetiap tingkat. Make sure, sebelum keluar jalan, ambil name card hotel dari receptionist tu. Supaya senang korang naik teksi Vinasun (teksi kerajaan), beri name card dan driver akan bawa ke hotel memandangkan driver teksi tak fasih bahasa English / Melayu. So far harga teksi pakai meter dan lebih kurang RM 3 (bayar Dong) saja. Kat Mesia ada ke teksi harga macam tu?



Kemudahan lain WiFi laju (government Vietnam BLOCK FB, IG dan BLOG setiap sabtu dan ahad), air cond, locker, safety locker, peti ais, towel, kettle, tong sampah, selipar. Hotel juga provide breakfast, tu pun kalau termasuk dalam pakej, breakfast tak sure halal ke tak. Kami prefer makan di luar. Hotel di sini tak ada penunjuk arah kiblat, kami ikut arah matahari terbenam. Well, musafir kan.



Lagi satu, diingatkan tinggal kunci kat receptionist bila nak keluar. Untuk keselamatan takut hilang kunci. Suasana malam di sini sangat tenang, tiada bunyi race kereta/moto, gejala melepak etc. Itu ja kot penjelasan panjang lebar bab hotel. Apa-apa pertanyaan boleh drop komen atau email 😀 😀




16 comments:

Pha Is said...

tuddia.. nina merata pergi..

Qaseh Vee said...

yg paling best ada wifi kan ... heh heh heh

Shahida Dzulkafli said...

Seronok baca pengalaman nina..

dear anies said...

knape ek sblm blk aritu kite x rembat toiletries? hahaha

Kakzakie Purvit said...

Bestlah hotel dekat dgn Ben Thanh Market
Senang nak shopping:)

Mrs. A said...

Salam Jumaat singgah sini jalan-jalan.

LYAfrina said...

bestnyer...
borong kain cotton la byk2 kat vietnam kan


selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin

Love,
Lya Afrina ;-)

Siti Yang Menaip said...

murahnyaaa harga dengan tiket flight tu.. terbaiklah.. bilik pun okeh sngt2 dah tu.. memang lena tidur kalo tngk gaya.. tapi adeh awatla depa block mcm2 hari sabtu ahad.. hehe nak suruh spend masa ngn keluarga kot.. quality time =)

Siti Yang Menaip said...

woooo.. pegi dengan Anies hehe.. x penah tengok gambar Anies hehe..

Siti Yang Menaip said...

jap eh nak korek2 entry lepas.. iols baru ada masa you nak terjah..
selamat hari raya ye Nina.. maaf zahir batin =)

Siti Nurzafirah said...

hahahaha... cerita hotel dah satu entri..

Farrah MF said...

Memang nampak selesa, facilities pun ok :)

Zie Has said...

seronoknya dapat travel dgn rakan blogger :)

Zie Has said...

p/s: nak wish selamat hari raya. sempat lagi ni :)

maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa sepanjang komen kat sini tau

el said...

ok gak hotel depa

♥TheOnlyFarah♥ said...

bilik kami tingkat 4..jenuh cramp kaki panjat tangga..xdak lif..huhuhu..tapi okey jer..sebab bilik elok..=D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com