Salam Readers..
LEBIH 300 JENIS HIDANGAN DI BUFFET RAMADAN PARK AVENUE HOTEL, SUNGAI PETANI
Persembahan Ghazal oleh S.M Ahmad, Dores dan Zatul Mentor 6 |
Sesiapa saja yang tiba di hadapan lobby Park Avenue Hotel akan nampak banyak kiosk makanan di luar pintu masuk. Ofcos teruja bila terpandang Kambing Golek, Ayam Golek, Ikan Bakar dan Nasi Arab yang sedap dan fresh. Di sini Nina akan explain beberapa section makanan yang hotel sediakan. Harap bertabah ya, tuan blog pun tak henti mengalir air liur. Hahaha *tipu . Ingat iklan D'Herbs terlajak laris.
JENIS HIDANGAN DI KIOSK LUAR LOBBY PARK AVENUE HOTEL
Di bahagian kiri luar pintu masuk lobby ada kiosk Otak-Otak, Tandoori, Ikan Bakar pelbagai jenis, Ayam Golek, Kambing Golek dan Arabic Corner. Semuanya di masak secara LIVE di situ.
Otak-otak, Tandoori, Ikan Bakar siap cicah air asam |
Ayam Golek, Kambing Golek dan beraneka Nasi Arab bersama sup dan sos |
Ayam bergantungan berwarna keemasan |
Di bahagian kanan pintu masuk lobby terdapat deretan kiosk seperti Rojak, Shawarma, Roti Jala, Roti Bakar, Udang Goreng panas-panas dan Char Koay Teow. Bagi yang suka berbuka di tempat terbuka pihak hotel ada mennyediakan meja di luar berdekatan kiosk-kiosk.
Rojak, Shawarma, Roti Jala, Roti Bakar, Udang Goreng, Char Koay Teow |
Shawarma nampak sedap |
JENIS HIDANGAN DI LOBBY PARK AVENUE HOTEL
Masuk ke lobby Park Avenue Hotel, banyak lagi deretan makanan si serata tempat. Hanya perlu ronda dan pilih apa saja yang berkenan. Sebut saja makanan apa yang teringin semua tersedia. Hati manyak seronok.
Kiosk Nasi Ayam . Boleh tahan juga |
Ayam Kalio, Gulai Daging Cincang Campur Rebung, Asam Rebus Ikan Pari Campur Bendi, Hati Lembu Goreng Kicap, Telur Goreng, Lala Masak Lemak Cili Padi, Gulai Nangka Muda, Sayur Kailan |
Bubur Lambuk (tiada gambar), Bubur Jagung Bersagu, Bubur Kacang Hijau, Bubur Kacang Merah, Bubur Pulut Hitam, Bubur Hitam, Pengat Ubi, Pengat Pisang, Sira Labu, Sira Pisang, Sira Ubi |
Di bahagian tengah lobby terdapat stage. Ketika berbuka puasa kami dihidangkan dengan persembahan ghazal oleh S.M Ahmad, Dores dan Zatul Mentor 6. Sedap muzik dan suara Zatul. Juga terdapat meja beraneka jenis minuman panas dan sejuk. Nak Sirap, Oren, Limau Nipis, Jagung, Soya, Bandung, Air Kosong, Teh Tarik, Kopi semua ada ! Rasa nak minum semua tapi tak boleh. Haha..
Ais Kacang dan ABC, Biskut & Jajan, Fish & Chips, Italian Pasta |
Di bahagian sebelah kanan pintu masuk lobby terdapat beberapa kiosk makanan sehingga hujung lobby. Bagi penggemar masakan barat tak perlu risau. Sudut Kiosk paling colourful dengan biskut, coklat dan bermacam jenis ABC dalam balang kaca menarik perhatian. Ada kiosk Ais Kacang dengan bermacam jenis ABC sampai Z pun dok ada, biskut dan jajan untuk kanak-kanak, Fish & Chips, Italian Pasta.
Apam Balik, Pisang Goreng, Keledek Goreng, Murtabak, Yong Taufu bersama sos |
Pelbagai lauk tambahan seperti Mixed Vegetable Chinese Style, Ayam Masak Kicap, Prawn Masala, Kari Ikan |
Lemang dan ketupat serta Pecal, Rojak dan Jeruk Buah . Sedapnyaa |
Keropok, Papadam, Beraneka Kerabu, Ulam-Ualaman dan Sup |
Dessert dan Buah |
Sebelum publish entri ni nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Park Avenue Hotel kerana menjemput kami Team Projek Blogger Utara berbuka puasa di sana. Layanan first class ! Meja pun selesa :) Jom pakat mai makan sini..
Bagi yang berminat boleh hubungi :
Waktu Buffet Ramadan
7 Jun - 4 Julai 2016
7.00 PM - 10.00 PM
Harga Voucher :
RM 70+ Dewasa
RM 49+ Kanak-Kanak
Walk-in :
RM 75+ Dewasa
RM 53+ Kanak-Kanak
Untuk Tempahan :
Email : general@parkavenue.com.my
Tel : 04-431 7777
semua sedap kannnnnnn! terbaik =D
ReplyDeletewow banyaknya menu. naik juling mata tengok.. hehehe
ReplyDeleteSuka tgk cara dorang display food tu.. menarik dan menggoda sungguh... hehehe
ReplyDeleteUish makan tujuh keturunan pun belum tentu habis nii.
ReplyDeleteNasib baik tatap gmbr ni lpas dh berbuka hehe
300 menu...terbaikk
ReplyDeleteuih maaaaaaaaaaak koooo... terliuqqqqqq.....
ReplyDeleteperghhh kalu mkn semua ni mau pengsan kt situ hehehe
ReplyDeleteAyam dan Kambing yang bergolek tuh memang ohsem..
ReplyDeleteI am really enjoying the theme/design of your blog.
ReplyDeleteDo you ever run into any web browser compatibility problems?
A few of my blog audience have complained about my blog not working
correctly in Explorer but looks great in Safari.
Do you have any recommendations to help fix this problem?
Hello there, I think your site may be having internet browser compatibility issues.
ReplyDeleteWhenever I look at your site in Safari, it looks fine
however, when opening in Internet Explorer, it has some overlapping issues.
I merely wanted to give you a quick heads up! Other than that, fantastic website!