19 Dec 2016

Majlis Aqiqah Faiqihah

Assalamualaikum Readers..


Bulan terakhir tahun 2016 ni, makanya sibuk kenduri, sibuk aqiqah. Blog pun set Autopublish sesiap. Alhamdulillah, selesai majlis kenduri cukur jambul baby girl, cucu 1st Pak Long Nina pada 10 Dis (Sabtu) lepas. Kali ni dah takda lamb chop sebab "Aqiqah Faris" liat betol dagingnya, terbuang gitu saja. Entri kali ni tak sempat nak snap gambar makanan. Balik kerja terus ngap makan 😆


Baby angkat tangan buat apa tu. Hehe

Comeinya buaian

Kalau dah hadap makanan tak perasan dah orang curi ambik gambaq. Kurang asam Aqmal



Nama baby Nur Syafinaz Faiqihah, nama Syafinaz Hidayu pula mengingatkan arwah Kak Ayu, agaknya dah 6 tahun arwah tiada. Semoga kak tenang di sana. Kalau masih ada mesti gembira dah jadi Mak Long. Emosi pula taip entri ni. Ok dah takmo sedih-sedih 😅 Raya nanti Faris boleh kawan dengan Faiqihah, dah ada kawan sama kecik. Hehe


Zaman baby dulu-dulu mana ada semua ni. Bertuah kanak-kanak sekarang

Dah selamat dibotakkan oleh Syazwan, lagi senang ayah sendiri cukur kepala

Happy birthday Adik, dah besaq-besaq bebudak ni

Boleh jadi imam muda di kampung, one thing pasal prefect form 3 ni ialah suka solat awal waktu. Dengar azan terus ke masjid. Entah bila nak balik Kamunting lagi, merayau dengan budak ni. Missing May 😚


Rupanya hari majlis aqiqah tu jatuh hari birthday Adik, anak mak njang. Bedal makan pulut kuning. Tak ada kek segala bagai. Hehe.. Jadi lah, dapat suap sikit ayah, kakak dengan abang. Dah umur 13 tahun dah. Selamat menghabiskan pantang di Butterworth ye Syuhada. Ayah baby dah balik JB 😊

9 comments:

  1. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. psst..nina flawless kulit.. jelos! ;p

    ReplyDelete
  2. amboiii siap berpelamin gitu... comel je faiqihah bila da botak ;-)

    ReplyDelete
  3. Comelnya Faiqihah..

    berkumpul saudara mara, sepupu2..meriah suasana..

    ReplyDelete
  4. potorazi mana2 pun ada..beware haha

    ReplyDelete
  5. Seronokkan kenduri-kendara cenggini dapat rewang-rewang dengan sedra-mara.

    ReplyDelete
  6. alahai comelnya baby kalau dah botak cam tu.terigin nak ada baby lagi..huhu

    ReplyDelete
  7. scroll punye scroll xsedo entri thun lepas..haha
    yaya bru ad mse nk belek kot.. =p

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com