23 March 2019

Selamat Bertunang Ayuni & Izzham


Assalamualaikum Readers
 
 
Lagi sorang anak buah dah tunang. Umur baru 25 tahun, belum habis master lagi di UPSI, dah disunting orang. Hari bertunang ni pada 9 Mac lepas. Alhamdulillah tahun depan tambah sorang ahli baru. Diharap ahli baru ni masuk air jugak lah. Ya family Nina memerlukan ahli keluarga yang peramah dan masuk air. Kalau tak ada tu jawabnya krik krik la engkau tiap kali berkumpul, tak bersembang dengan orang. Apa ye nak cerita bab tunang anak buah ni? Oh ya, since Nina pun in shaa Allah bakal menyusul, mak cakap nak sponsor kek. Terus Nina order dengan Kak Lis (yang buatkan kek Unicorn untuk birthday tahun lepas). Boleh tengok entri kat sini  
 

Cantiknya pelamin

Hantaran mulanya plan 7 jadi 11 dulang

Close up.. Nampak kek sponsor disitu


 
Disebabkan tema tunang Uni warna blue mint jadi kek pun haruslah seakan-akan biru jugak. Datang rumah orang mesti kerja nak cari makan, ya makanan itu penting tambah-tambah ada ayam berempah. Majlis buat pukul 11 pagi macam tu, mesti majlis ada nasi. Plan hantaran dari 7 bertukar ke 11 dulang. Haa amekaw. Banyak sangat yang sponsor. Apa pun tahniah buat Uni dan keluarga. Dalam diam-diam bercinta, tiba-tiba bagi tau nak bertunang. Silent relay is the most powerful. Tak perlu nak tayang di socmed.
 
 
 
Athirah, adik yang bertunang ni
 
Buttercream cake dengan bunga Peonies dan Austin Roses
 

Rombongan pengantin lelaki

 
Ke kenduri pula

 
Sekali sekala berkumpul macam ni selain raya memang meriah. Macam-macam soalan yang ditanya, majlis tu kenapa buat hari jumaat, kenapa tu kenapa ni. Tak terjawab Nina. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, tempoh bertunang ni orang kata macam-macam dugaan.
 



7 comments:

  1. cantik kaler tema..byk kek & cookies..Alhamdulillah, ramai yg sponsor..

    ReplyDelete
  2. insyallah Nina pulak x lama lagi. jangan lupaaa jemput kiteee =D

    ReplyDelete
  3. Selamat btunang ayuni ahya...

    ReplyDelete
  4. selamat bertunang kepada pasangan.. semoga dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke alam perkahwinan..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com