23 August 2019

Tempat Makan Best Di Penang Uptown Bukit Jambul

Assalamualaikum Readers
 
 
Tempat Makan Best Di Penang Uptown Bukit Jambul, Pulau Pinang | Tempat Makan Best Di Penang | Bersiaran kembali dengan entri makan-makan. Kali ni nak bagitau satu lagi port makan best di Pulau Pinang. Siapa yang pernah datang ke Bukit Jambul, mesti akan tau persekitaran tempat makan ni. Bila dah datang review kat sini, baru tau ada banyak pilihan makanan yang boleh di pilih dari masakan kampung, Japanese, Western dan banyak lagi. Bermula pukul 6 petang.


Tepi jalan saja


Credit Blogger Sha


Apa yang menarik di sini terdapat pelbagai pilihan gerai makanan usahawan melayu tempatan. Satu peluang untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan untuk mempromosikan makanan mereka di Penang Uptown. Bagi orang Pulau Pinang, jangan risau sekarang terdapat 2 uptown (Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Uptown Bukit Jambul). Satu di dalam pulau dan satu lagi Seberang Perai iaitu tanah besar.
 
 
SYAWINS JIDDAN CAFE
(The best taste of Arabic & Western)
 
Menu di Syawins Jiddan Café
 
 
Apa yang best di stall Syawins Jiddan ni? Mestilah Nasi Mendi Combo (nasi mendi, ayam, daging kambing, sup, sambal dan salad) . Portion untuk 3-4 orang makan. Isi kambing yang lembut dan isi ayam yang cukup rasanya, nasi yang lembut, wangi serta cukup rasa rempah mendi. Menu di stall ini sangat murah, harga bermula dari RM 7.00 sehingga RM 14.00 saja. 

 

Nasi Mendi Combo RM 35.00

 
Spaghetti Meatball Bolognese Cheese
 
Baked Meatball Cheesy. Yang ni serius sedap.. Habis dimakan pak mertua. Haha
 
 
Menu nasi mendi ini berbeza-beza mengikut bilangan pax. Terdapat dalam set personal dan combo. Yang pasti, harga mampu bayar dan berbaloi dengan hidangan yang ditawarkan. Set bagi combo yang kami nikmati hanya RM 35.00 sahaja untuk 3-4 orang makan. Harga untuk spaghetti dan meatball bermula dari RM 10.00 sehingga RM 15.00
  
 
 
Official FB : Syawins Jiddin Café
 
Official IG : @SyawinJiddin 
 
 
THE MAC'S PENANG
(Mac & Cheese)
 
 
Mac & Cheese . Dimakan bersama tacos. Penuh dengan cheese. Harga bermula dari RM 9.00 hingga RM 16.00 
 

Official FB : The Mac's Penang
 
Official IG : @themacsmalaysia 

 
NASI GORENG PAK MAT
(Masakan panas/goreng tempatan)
 
 
Banner stall pak mat


Nasi goreng Pak Mat


Nasi goreng daging


Nasi goreng udang


Nasi goreng ayam

Mee Kuah (Mee Rebus)


Boleh rujuk FB Page (Uptown BJ Night Market), pasti kita akan dapat tahu bahawa nasi goreng stall Pak Mat ni memang SUPERB dan LEGEND. Bayangkan nasi goreng ayam sepinggan berjaya dihabiskan oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Anak blogger lettew. Kalau sedap memang akan habis makanannya tu. Paling Nina suka mee kuah (mee rebus) dari stall Pak Mat. Menu sangat simple dan tak menarik tetapi rasanyaa semua cukup. Tak ada yang kurang. Harga menu di stall ini juga murah, bermula dari RM 4.00 sehingga RM 10.00 sahaja.



Stall yang kedua ini pula sebuah stall makanan yang berkonsepkan 'Korean Street Food' . Menawarkan pelbagai menu makanan Korea seperti ayam goreng Korea (sambal chicken cube, mushroom chicken cube, original chicken cube, salted egg chicken cube, black pepper chicken cube) dan untuk lunch box (sambal lunch box, kimchi fried rice dan kimchi lunch box) dan juga kimchi home made yang dijamin Halal. Buat peminat makanan Korea jangan risau lepas ni boleh datang makan sini tanpa was-was.
 
 
HOTSTUFF
(Korean Street Food)
 
 
Menu dan harga di stall Hotstuff

Black pepper chicken cube & sambal chicken cube

Kimchi lunch box

Buat peminat Korea jangan lupa cuba menu ayam Korea terutamanya black pepper chicken cube. Yang tak makan pedas boleh juga cuba sambal chicken cube, boleh dimakan oleh kanak-kanak juga kerana bahan sambal ayam dinikmati dengan sos putih istimewa hasil resipi tersendiri pemilik stall, seakan-akan meneutralkan rasa pedas ayam. Menu di stall ni murah juga, harga bermula dari RM 7.00 sehingga RM 14.00 sahaja. Portion makanan untuk 1-2 pax. Boleh tengok di sini :
 
 
Official FB : Hot Stuff Penang
 
Official IG : @hotstuffpenang
 
 
Apa yang menariknya di sini terdapat stall-stall makanan yang di usahakan oleh pengusaha bumiputera, orang Melayu tempatan yang berkonsepkan makanan dari pelbagai menu. Menarik bukan? Ada menu makanan tempatan, makanan barat, Arab, Korea, Jepun dan pelbagai lagi. Entri ni, Nina nak kongsi beberapa stall yang sudi menjamu para blogger-blogger pada malam Khamis, 15 Ogos lepas.
 
 

Stall ke 3 ni more to western food. Nina suka rasa cheese iaitu flaming cheezy wedges. Rasanya yang unik. Portion juga meriah dan tak kedekut cheese. Memang puas dapat makan. Untuk menu aglio olio, best rasanya yang penuh dengan seafoods dalam spaghetti. Sedap! Menu di stall ni juga murah, bermula dari harga RM 5.00 hingga RM 25.00 sahaja.
 
 
M&JOE GOURMET CAFE
(Masakan Barat)
 
 

Stall M&Joe Gourmet Cafe


Flaming Cheezy Wedges


Aglio Olio seafood


Stall ke 3 ni lebih kepada masakan Jepun. Pertama kali dengar dan rasa menu bernama Okonomiyaki tau. Dari penerangan owner stall, menu ini berasal dari Osaka style. Rasanya juga berlainan dari menu Takoyaki, yang mana ianya lebih lembut dan crunchy. Ini disebabkan bancuhan adunan okonomiyaki berbeza dari takoyaki, kerana menu ini penuh dengan sayur-sayuran di dalamnya. Kalau tak suka sayur tak dapat nak mencuba. Hehe..


Official FB : M&Joe Gourmet Cafe     
 
 
BONDA DELIGHT
(Takoyaki & Okonomiyaki)



Menu takoyaki dan okonomiyaki terdapat dalam 5 perisa / filling yang berbeza iaitu plain, udang, ketam, ayam dan sotong. Harga bermula dari RM 5.00 sehingga RM 10.00. Murah dan berbaloi! Meriah pinggan dengan topping flakes.
 
 
Official FB : Bonda Delight 


Stall Bonda Delight

Semua sedap!

Takoyaki

Okonomiyaki

Menu untuk Okonomiyaki

Menu untuk Takoyaki

 
Buat pencinta makanan, datang cuba sendiri menu-menu yang ada di stall Penang Bukit Jambul Night Market. Pasti akan jadi 'port' makan best di Penang. Lokasi berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul, bersebelahan dengan PETRON Bukit Jambul.    
 

6 comments:

  1. lapo tengok makanan .... sedap-sedap semua

    ReplyDelete
  2. uuiisshhh, dah teringin balik dengan menu2 dekat uptown ni..nasib baik dekat, boleh repeat kerap2 he3

    ReplyDelete
  3. pergh!! kena 5,6 kali pergi ini barulah dapat merasa pelbagai jenis menu yang sedap-sedap nie.. ohsem..

    ReplyDelete
  4. rasa balik ni nak cari mi rebus laaa waduhhh lapo

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com