Assalammualaikum.
Semalam dan harini selesai sudah kerja-kerja menukar kulit blog. Rasa lama jugak aku tak salin kulit blog buruk nie. Ingatkan ular je bertukar kulit. Haha.. Warna tema tetap kekal pink sebabnya dah taktau nak guna tema apa. Walaupun tak berapa minat pink tapi tak kisah la janji blog nampak gerlish. Awat selama nie blog nampak boyish ke? *Kidding. Tak banyak yang ditukar tapi penat jugak nak cari idea buat header. Macam biasa header pun aku buat main hentam saja, janji nampak penuh supaya tak nampak plain sangat. Dulu blog dah cantik tapi kerana gatal tangan jadi berubah makin hodoh. Bulan 10 nie genap lah bloggieku 3 tahun.

Kadang-kadang naik juling tengok warna pinky. Harap-harap tak terlalu terang warna tu. Biarlah jadi pastel. Nanti tuan blog pun sakit mata tengok. Untuk blogger yang rajin singgah, mereka dimasukkan dalam list baru. Bukan bermakna yang lain tak singgah cuma ada bahagian tertentu. Hee.. Jangan majuk-majuk tau. Ada lagi tak masukkan dalam list baru tu. Sabaq tau. Bulan puasa nie semua kerja jadi lembab bak lelabi. Hehe.
List Sugar Candy - mereka-mereka yang letak blog nina dalam list blog mereka.
Terharunye. Rajin singgah, rajin mengusik, rajin bla..bla..
List Gegirls - Mereka-mereka ini banyak followers dan special sikit.. Hee
List Boboboy - Blogger lelaki yang rasanya hebat dari segi tulisan.
Gelak berdekah bila baca blog si Alief tu. herher..
Oke lah.. It's time to blogwalking.. Dah banyak blog aku tertinggal gara-gara masalah tak boleh view. Sabau jelah ye. Guna fon tersangat lah tak puas nak tengok jadi bila guna lappy, memang puas hati walaupun kena view berkali-kali. Sambil tu dengar lagu raya. Eh terdengar pulak. Ngeh..ngeh.