4 Dec 2013

Putrajaya : Before Rehearsal

Assalammualaikum.


Wah lindunyee kat blog dan bloggers. Ayat ikhlas dari hati taw. Setelah 5 tahun hari tak buka blog dan harini nak story part sweet2 sebelum konvo. Hehee..


28 November lepas, dalam pukul 9.45 malam, selamat tiba di kediaman mak ngah aku di Precint 9, Putrajaya. Jammed teruk di Rawang dan haritu hujan lebat dan aku terus membeku sambil menikmati kuih pau berinti sekaya sambil melayan fb di fon. Dah takdo koje, penat tidoq. Terjaga saja tengok hujan, hujan saja aku terjaga. Hahaa.. 





Pagi Jumaat pula, bersiap nak pegi amek jubah di PICC. Sepanjang jalan masuk ke PICC, banner konvo tergantung di setiap tiang lampu. Serius cantik dan mewah reka bentuk bangunan dari lif hingga la ke lobby. Sayangnya aku sorang je yang sampai awal pagi, takda geng ler. Kawan mak ngah kerja dalam PICC rupanya, patut la masa aku amek jubah diorang senyap2 hilang. Nasib baik ada senior. 




Selesai amek jubah, apa lagi makan angin, menikmati pemandangan bangunan2 yang cantik. Rasa macam bukan berada di Malaysia. Hoho.. Menyeberangi setiap jambatan dari tasik ke tasik. Wahh.. poyonya ayat aku tapi begitu la hakikatnya. Meh melayan gambar yang sempat aku tembak.


 Ini namanya Jambatan Seri Gemilang menghala ke PICC. Cantik pada waktu malam.



Ini pula Jambatan Seri Saujana


Dah penat tengok 2 buah jambatan, kami singgah ke Pullman Lakeside Putrajaya. Skodeng budak2 mandi. Haha.. Tak la saja singgah jap jadi model jubah yang berkedut seribu itu. Selalunya Pullman menjadi tempat shooting, tempat budak2 mandi dan tempat untuk aktiviti sukan air.


Entrance Pullman. Mewahnye

Ini namanya testimoni pemakaian jubah. First time la katakan. 

Orang dewasa tak best mandi.. air cetek. haha


Model tali pinggang keledar. Kerana dirimu begitu berharga. 


Berehat sebentar di Petronas sebelum pulang ke rumah dan sebelum aku pegi ke PICC semula untuk rehearsal. Stay Tuned ! Ngeh..ngeh

19 comments:

  1. bila la akak nak sampai putrajaya..

    ReplyDelete
  2. cantik jubah awak. lg cantik dari hana punya dlu. haha btw congrats ok? :)

    ReplyDelete
  3. ingat nina nak singgah mai Banting... Tahniah dah gred pon.

    ReplyDelete
  4. Sempat juga makan angin. Kalau dah sampai Putrajaya...rugilah kalau dok dalam bilik jer.
    Kenapa tak bergambat kat menara jam pullman tu?

    ReplyDelete
  5. kalau ke putrajaya tu kdg mmg rasa mcm kat luar Negara, sbb rekaan bangunannya.

    nina mesti excited kan..nak konvo dah.

    ReplyDelete
  6. uikkss...konvo buat kat PICC ker??wah..bestnya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Dah lama x bawa anak mandi kat pullman ni.

    ReplyDelete
  8. kerap gak pi putrajaya . tapi gambar jambatan tu jer yg saya ado ... hahahaaaa ... tahniah !

    ReplyDelete
  9. pandai amik gambar. cantik :)

    ReplyDelete
  10. Boleh mandi ke kat situ Nina...Okje tak tau punng....walaupun dah berkurun duk KL hehe
    Lama dah tak bertapa kat Putrajaya tu

    ReplyDelete
  11. Senyum saja orang nak berkonvo ye.. kenangan manis ni kan.. best tempat konvonya tu..

    Kalau akak nk beli kereta tu nina boleh tlg ? Kiralah macam mana harga n kos hantarnya nanti..k..

    ReplyDelete
  12. tahniah ya......cantik kat situkan..:)

    ReplyDelete
  13. Model segala produk -,-" hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com