10 Dec 2013

Dari Putrajaya Ke Bandar Saujana Putra Dan Dengkil

Assalammualaikum.


Hari ke 3 di Wilayah Persekutuan ke 3. Sambung makan angin keluar asap sebelum konvo keesokkan harinya pada 1 Dec. Hari sabtu memang bagus kalau berjalan.


Destinasi pertama yang dituju ialah Bandar Saujana Putra (BSP Avenue), Jenjarom menjadi tukang kebun. Gunakan Highway MEX.. dekat je. Kesian aku dan ayah kena dera dengan mak ngah. Pagi2 dah keluar peluh 2 beranak cabut rumput di rumah baru. Woahh.. Seriusly cantik rumah tu! Tak tengok lagi kat dalamnya. Tak lama jadi rumah mak datin la. Haha..



Percaya Dejavu? Aku pernah rasa datang rumah nie.

Tembam? Ohh mm geee


Tengahari tu plan nak ke rumah pak cik di Gombak terpaksa dibatalkan. Tengok muka2 orang minyak. Lebih baik balik rumah dulu, mandi, solat dan makan. Lepas tu keluar pula ke Seri Perdana (rumah PM). Ayah dah macam -___-" bila masuk gate. Sebelum masuk beg kena scan ala2 macam kat airport dan kamera dilarang bawa tapi aku bedal je. IC guard simpan, pula tu en. Ahmad terlupa bawa IC. What !! IC tinggal kat Penang. 



Dibenarkan amek gambar kat luar. Cantikkan? Best kalau photoshoot wedding kat sini. Hihi


Nasib baik guard sporting. Memandangkan kami ber 4 saja pelancong di rumah agam itu, syok sikit. Korang tau kat pintu masuk, pelawat diberi shower cap. Ingatkan kena pakai di kepala rupanya pakai di kaki. Gelak mengilai dalam hati. Dalam tu mata bersinar-sinar tengok barang perhiasan Najib dan Rosmah. Fuhh.. banyak hadiah dari setiap negara yang Najib lawati. Penah juga tengok barang2 Mahathir di Langkawi. 


Paling ohsem kami dijemput naik lif. Dah penat tawaf terus balik sebab hujan sudah turun. Nak lari ke kereta pun basah. Pepatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan tapi payung disediakan selepas hujan. Sob..sob. 



Mr Google !


Malam pula, dinner beramai-ramai di Restoran Malee Tomyam Seafood, Dengkil. Walaupun pekan koboi tapi tak lama lagi Dengkil maju dengan adanya UiTM. Makanan kat sini memang sedap especially tomyam. Bermangkuk-mangkuk aku tambah. Haha. 


Jemput singgah makan disini


Sudah makan, ronda kejap. Aku paling suka berjalan waktu malam sebab cantik viewnya. Lepak di Restoran Ampangan berhampiran PICC. Memang ramai orang makan kat situ. Boleh tengok jambatan ala sayap Butterfly. Hee 



Putrajaya Pedestrian Bridge

Cantikkan ! 


Colorfullnya bangunan Perbadanan Putrajaya (PPj)


Destinasi lepaking terakhir di Jambatan Seri Wawasan. Memang feveret tempat orang melepak. Jambatan fames sebab cantik dengan lampu pelangi. Berubah-ubah kaler setiap 5 saat. Cool en.. Menghubungkan presint 2 dan 8. Balik rumah orang lain pakat tidoq, aku kena iron baju konvo, mak ayah. Shedihnya.. It's oke janji aku dapat rasa seksanya menggosok jubah tu T___T


Pinky Bridge. Hoyehh

Nampak tak Masjid Besi, Tugu Monumen dan Jambatan Seri Gemilang? 
This is Malaysian. I'm proud! :)


Jom layan video mencari parking di atas jambatan. Maaf kami merepek cakap Indon. 



13 comments:

  1. ooo patutla aritu Nina tanya akak tinggal kat bsp ke? rupanya dia datang sini.. lain kali kalau datang lagi bagitahu k...

    restoren malee tu mmg sedap.. kami pun kalau terasa nak makan tomyam sedap akan pergi sana..

    rumah pm tu boleh masuk ea? tak boleh ambil gambar ke?

    ReplyDelete
  2. seronok betul..cantiknyer lampu..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya rumah. Pernah makan kat restoran malee tu.

    ReplyDelete
  4. licha dduk ptrajaya tapi xprnh pon pergi seri perdana tu. hahaha..
    anyway jemput join GA licha ye dear

    ReplyDelete
  5. hana percaya dejavu sebab pernah laluinya. hehe cantiknya pemandangan malam dekat sana. :)

    ReplyDelete
  6. Lama x pg putrajaya..cntiknya lampu2 dia..:)

    ReplyDelete
  7. Wahh.. seronik.. mcm2 tempat berjalan.. :)

    ReplyDelete
  8. kalu dtg time festival fireworks aritu mmg lg cantik putrajaya!

    ReplyDelete
  9. wah...tak sangka saya yang putrajaya punya cantik waktu malam...lama betul sy tak pergi sana waktu malam...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com